Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 15, 2015

Best Ke Skincare Seqy Beauty Tu?

Pemenda la orang nak cuti raya dah, aku sibuk nak ceita pasal skincare.  Ala bagi la kita peluang cerita, kita kurang kasih sayang dan perlukan perhatian dari korang. Lol. Haha! Dan dan tu kurang kasih sayang, padahal taktik je tu nak korang baca sampai habis, mihmihmih!

Kalau ingat balik masa memula nak buat Skincare dulu, macam-macam perasaan. Huhu! Kita nak buat set yang boleh rawat kulit bermasalah, nak bagi kulit lembut, nak bagi kulit sihat, bla bla bla. Tapi tak tau lah kalau-kalau sesuai ke tak dengan orang lain. 

So far, Alhamdulillah.. Sebelum ni jual produk orang, kalau ada masalah kita boleh refer stokis atau tanya owner kenapa camtu kenapa camni. Tapi sekarang, kau jawab lah sendiri, tak ada sapa tolong kau, hahaha! Gelakkan diri sendiri.

Ni nak cerita sikit pengalaman aku pakai skincare Seqy Beauty.

Sebelum ni pun kita memang dah keluarkan Cleanser dulu, sebab kita nak orang cuci muka bersih-bersih. Dah pakai BB Cream, nak solat tu cuci muka, nak tidur cuci muka. Yang paling penting sekali memang pencuci muka. Aku memang serasi dengan pencuci muka ni, memula tu rasa kering jugak kulit. Yela aku memang jenis kulit kering, tapi lelama tu ok, dengan syarat cuci takyah lama-lama sangat.

 Aku tak reti nak compare produk aku dengan produk orang lain. Cuma yang aku boleh cakap, toner dia memang smooth, lembut je bau dia. Bila pakai tak rasa pedih ke apa, tapi rasa cool cool gitu.

 Serum terpaling suka, hahaha! Aku punya suka tu sampaikan bawak seketul letak dalam handbag. Incase balik rumah mak, cuci muka lepas solat, aku pakai serum dulu. Bau dia wangi hamat. Serum ni memang jarang orang letak sekali dalam set skincare, pulak tu lepas orang beli satu set, mesti krik krik krik menanya ada tak jual loose serum je. Amboi, geng la kita ni, haha! Nanti dah jual loose kita war-war sini.

 Nak cerita krim 2 in 1 ni ha, sebelum keluarnya skincare, krim ni lah yang buat aku paling risau. Bukan sebab kita ada letak merkuri ke hydroquinone ke apa. NO NO NO! Tapi sebab bau dia. Hohoho!

Aku mengaku la, masa dah siap ingredient dia, aku cuba dulu. Aku cuba 3 minggu, dan aku bagi 10 orang cuba sekali. Feedback dorang semua ok, cuma dorang cakap bau dia bau ubat. Sighhhhh..

Tapi aku memang tak boleh nak buat apa dah, memang main ingredient dia bau camtu, memang inilah hasil terbaik yang kita boleh buat, nak tambah tambah wangi tu takut nanti menggangu function atau mengurangkan concentration dia. Amboi, lempang satu kali, ayatnya pun taknak kalah. Kerlas kau mariaaaa, hahaha!

TAPI!!! YANG MENGEJUTKAN AKU!!

Ramai gila suka sebab bau dia, hahaha! Aku pun pelik. Dorang cakap, even bau memang ala-ala masuk spital, tapi lepas pakai rasa berangin and rasa segar balik kulit tu. Senang nak sapu, dan bila dorang nak apply make up lepas tu pun ok je, tak bercapuk pun.

 Ni la ghupa krim kita. Ada orang duk sok sek sok sek risau kita tiru produk orang lain. Eh uolls, tak baik tau. Produk orang lain biarlah produk orang lain. Masing-masing ada kekuatan tersendiri dan masing-masing ada rezeki yang Allah bagi.

 
 Lepas tu dorang tanya lagi, 15g cukup ke? dulu aku pun macam eh cukup ke ni, dah la guna pagi malam. Rupanya memang cukup. 6 minggu ke atas pun masih boleh guna lagi. Korang takyah la pakai tebal seinci. Pakai nipis2 je dah ok. 

So, inilah dia kesemua set yang ada kat dalam skincare seqy beauty.

Perubahan yang aku alami, lepas 5 hari, punyalah lembut masa nak cuci tu. Pegang pipi macam rasa pegang kulit bayi. Auwww! Ayat cam menipu sangat kan, haha! Tapi itulah yang aku rasa. Rata-rata customer yang beli, dorang pun bagitau kulit memang soft sangat, lagi2 bila bangun pagi nak basuh muka. 

Pori and blackhead memang berkurang sangat. Jerawat harini nak timbul, aku letak tebal sikit kat situ, esok terus lenyap. Suka. 

Tapi ini pengalaman aku tau. Kalau korang nak baca pengalaman atau nak tengok testimoni orang lain, boleh KLIK SINI.

Akhir kata, sesiapa yang belum cuba meh la cuba. Memang postage dah tak buat, tapi kalau nak order still boleh lagi. nanti barang kita pos lepas raya. Ok uolls.

Contact
011-2107 6726
Atau contact Stokis/Agen berdekatan

2 comments:

intandayani said...

Selamat hari raya Sepet

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Salam lebaran aidil fitri buat sepet sekeluarga ;)