Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 22, 2015

Raya Pertama 2015 (Rumah Mertua)

Disebabkan hari raya pertama aku raya dua-dua rumah (mak and mertua), so tajuk pun kena lah ala-ala eksyen sikit, hahaha!

Raya Haji ke, Raya Puasa ke, rumah pertama aku akan pergi mesti rumah mertua dulu. Ada orang kata eh mana boleh, selang seli la tahun ni rumah belah suami, tahun depan belah isteri. Gitu. Boleh je nak gitu, tapi untuk aku tak payah macam tu pun takpa. Aku tak kisah pun tetiap kali raya rumah mertua dulu sebab rumah kitorang ni dekat je.

Qery cakap, rumah dia tiap kali raya selalunya lepas salam raya and makan-makan dengan family, dorang dah tak ada apa-apa aktiviti. Selalunya kalau tak beraya rumah saudara mara atau jiran, dorang lepak je kat rumah tunggu orang datang rumah.

So lepas beraya rumah mertua, dalam pukul 11 lebih macam tu, kitorang gerak rumah mak aku kat cheras baru pulak. FamilyNoh ni pulak jenis sambut raya tengah hari. Pukul 11 ke atas. Sebab nak menunggu semua orang sampai rumah. Pepaham lah kalau dah adik beradik 9 orang, kakak-kakak aku tu dorang pun dah ada family, anak pun dah besar-besar. Kadang tu nak merasa beraya rumah sendiri, ambik gambar feeling-feeling dulu kat rumah sendiri, so dah lambat sikit la nak ke cheras baru.

Kira ngam-ngam la untuk aku. Pagi rumah Qery, Tengah hari rumah cheras baru. Petang tu balik rumah sendiri, hahaha! Dan memang lepas kawin ni, raya pertama mertua akan datang raya rumah aku waktu malam. Ha so takyah gaduh, satu hari setel raya dua-dua rumah. Kekeke!

Lepas Qery solat sunat raya, kitorang pun gerak la gi rumah mertua. Sampai-sampai terus salam. Aku tak sempat nak susun sampul.  Kemain laju nak salam, ni mesti kes dah lapar nak makan ni. Family mertua aku jenis dah salam mintak maaf semua baru makan. Kalau family aku, nak menunggu semorang sampai, pukul 12 baru boleh makan, pitam dibuatnya, huhu! Tu yang lepas je kitorang sampai, lelaju nak salam sebab dah lapo, tahun lepas pun sama, hahaha!

Sebab Qery anak sulung, so terus turn aku. Tu lah kelam kabut tak sempat susun lagi sampulnya, nak bagi duit raya kat mak ayah terkebil-kebil mata aku mencari nama memasing, hahaha!


 Seronok la Izz Qaiser, dapat duit raya.

 Mintak ampun kat suami, banyak dosa terkumpul ni, hahaha!

Turn anak kedua pulak.

Senyum sampai telinga kakak ipar siapa lah tu. Mana taknya, dapat duit raya. kikiki!

 Biadap sangat ni salam tapi tak melutut, hahaha! Ada kisah disebalik kisah melutut Si Cepul ni. Ekceli 3 hari sebelum raya, dia eksiden dengan ayah mertua aku. Habislah lutut lengan jari dia kulit terkopek, luka sana sini. Jatuh motor lepas beli kuih and air kat param.

Haih, nasib baik lah tak ada apa-apa. Aku dengar pun kerisauan, mak Qery lagi lah patjuta kali lagi risau. Malam tu asik tanya Qery nak belikan bandage ke ubat ke apa ke, tapi Qery tu lek-lek je. Aku tanya dia tak sedih ke tengok kaki ayah n cepul gitu, pastu dia cakap sedih tapi takkan la nak tunjuk. 

Haha! Aku pulak tak puas hati kan. Yela kalau sedih ke risau ke, pegi la belikan bandage ke apa. Sakit tau kalau tergesel-gesel dengan seluar. Huhu! Membebel-bebel aku, biasalah perempuan kan suka je emo tahap entah pape je, hahaha!

Aku bagi sakura mask je suruh dorang sapu, Alhamdulillah sangat lah cepat kering luka memasing. Itulah kisah si Cepul salam tapi tak boleh melutut. Huhu!

So lepas salam nak bergambar pulak.

 Ayah dengan mak nak acah-acah sweet pulak. Hiks!
 
 Atuk bagi duit raya, terus rampas. Salam tak apa pun tak, huhu! Bertuah punya cucu.

 Bersampin bagai.

 Gambar family banyak gila, tengok sampai muntoh.




 Kitorang ambik gambar pakai camera tepon je. Sekali Syah keluarkan camera canggih dia. Terus posing lagi sekali.


 Aku kalau bergambar yang ada flash, memang berkilat muka. Mana taknya, bukan pakai bedak pun, tepek bb cream je.



 Eii tutup muka mother yang jelita letops2 tu pulok. Sabotaj betul.



Masa ni nak ke rumah cheras baru dah. So bergambar kat luar pulak.
 
 



Begitulah cerita raya kat rumah mertua. 

Next entry, raya rumah mak sendiri. Tungguuuuuuuu...

3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Selamat Hari Raya buat Sepet sekeluarga ...
Itu lah kelebihan bila rumah mak dan mak mertua dekat..
Tak payah bergilir nak balik kampung kan :)

-iLLa- said...

Selamat hari raya..cantik frame bunga kt belakang qery tu👍👍

Juls Julie80 said...

I is sedihhh..

Tahun ni last minit kensel flight balik raya..

:'(