Jul 13, 2015

Tak tau nak kemas rumah untuk raya

 Hallu korang. Sorry la harini ter-monday blues pulak. Malas-malas je nak update. Tapi pepagi tadi Qery dah warning sebelum gi sekolah 'jangan lupa update jangan lupa update'. Eiii kalau ikutkan malas je nak layan, huhu. Qery tu suami merangkap penolong kanan merangkap bos aku kat rumah ni. Hahaha! Kadang tu panggil dia Bos, suka sangat senyum sampai telinga. 

Korang dah kemas rumah untuk raya ni tak? Aku tak tau la nak kemas macam mana dah. Sana sini kotak. Aku bising-bising kat Qery suruh sewa kedai kecik untuk simpan barang je, tapi katanya nanti nanti nanti. Ha merasalah beraya bersama stok.

Stok pulak baru sampai. Seronoklah kan stok sampai. Tapi yang buat tak senang duduk bila tak ada tempat dah nak letak, hahaha!

 kat ruang tamu ada

 Tepi toilet pun ada.

 Sebelah meja makan pun ada.

 Tangga pun ada.

 Stor kecik pun penuh.

 Dapur pun penuh

Memang dah tak ada tempat dah.

Nak letak kat tingkat atas memang tak terdaya lah. Gilo ke apa nak angkut sesatu naik tangga. Dah la berat bukan main. 1 kotak tu 200pcs barang dalam dia. Tak patah pinggang laki bini. huhu!

Haritu Kaklang datang rumah, lepas tu dia cakap kat dalam wasap, rumah ana tu tinggal laluan tikus je. Kongajak sangat, kekekeke!

Dah la semangat nak raya ni, beli kuih pelbagai jenis bewarna warni. Balang baru pulak tu. Tapi rumah camni rupa dia, hahaha! Hampeh betul lah. 

 Itupun nasib baikla Stokis restock semalam. Ha lupa nak bagitau, walaupun dah tak buat postage. Tapi Agen/Stokis kita masih aktif lagi ber-cod ye. So sesiapa yang nak grab peluang kombo-kombo, nak jimat, nak simpan stok, silakan contact dorang ni. Lepas 30 Ramadhan harga dah kembali seperti biasa.

Contact
011-2107 6726
Atau contact Stokis/Agen berdekatan

2 comments:

eima said...

tu dia ...semoga maju jaya sepet ...

MasReena said...

kelakar sepet ni tau, hehehhe.... construct 1 bilik lah sepet di ground floor utk simpan semua stok2 ni, & buat kabinet yg banyak shelf