Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 22, 2015

Tak Rugi jadi Agen Seqy Beauty

Selama hampir setahun ni kan, dah macam-macam reward kita bagi kat Stokis/Agen terbaik kita. Seronok bila agen-agen gigih menjual, tengok dorang berusaha nak baiki taraf hidup. Ada tu siap personal wasap nak ucap terima kasih sebab tolong dia.

Awak-awak semua, kita tak tolong apa-apa pun. Korang yang berusaha bersungguh-sungguh. Insyaallah orang yang berusaha tu takkan pernah rugi. Usahalah banyak-banyak.

Lepas tu ada yang mengadu, dorang ada buat group-group dalam whats'app. Selalu kena perli sebab menjual produk. Lepas tu ada pulak group yang negatif minded. Ada yang segan nak update kat facebook, ada yang tak tau nak create instagram, ada yang malu-malu nak jual. Hihi!

Macam-macam lah. Kalau nak berjaya, kena pekakkan telinga. Jangan ambil pusing benda-benda yang tak perlu. Benda-benda negatif, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Orang nak kata kau poyo ke, nak perli2 kau kat facebook ke, buat tak reti je. Salah satu kunci kejayaan adalah, pandang ke depan, orang berjampi kat telinga kiri kanan kutuk-kutuk takyah dengar. Ambil kata-kata dorang tu sebagai pembakar semangat korang. 

Buktikan kat orang sekeliling yang duk kondem korang tu, yang korang boleh berjaya. Takyah nak sakitkan hati tu berdendam pulak dengan orang yang cemuh2 korang, maafkan je kekilafan mereka. Auww! Hahaha! Kita ni hidup kalau asik nak bergaduh je pun tak guna. Takde faedah pun. Baik kita majukan diri kita sendiri. Ye dokkkk. Huhu!

Aku tersangatlah seronok bila korang berjaya. Seronok tu bukan sebab korang jual produk aku, so automatik lah aku seronok. Haha! Bukan ye. Tak kisahla korang jual produk apa sekalipun, aku tak pernah larang agen2 aku nak menjual produk orang lain. Aku percaya rezeki tu milik Allah. Kita ni hamba Dia, kalau kita nak sesuatu atau pinjaman dari Dia, kita kenalah berusaha. 

Rezeki pulak, nak kedekut-kedekut sangat pun tak boleh. Nak simpan sorang-sorang, seronok sorang sorang pun tak best. Jadi, marilah kita share dengan #teamsqb kita ni.

Eh sebelum tu, niat aku bukan nak menunjuk tau. Ni update ni nak suruh korang join team Seqy beauty, meh la jadi Stokis/Agen, kahkah!

Antara reward yang kita pernah bagi ke Stokis dan Agen.

Memula dulu kita ada bagi handbag kat agen-agen yang sale paling letops.








Ada ramai lagi yang dapat handbag, tapi mana entah gambarnya, hihi!

Reward percutian pun kita ada bagi. Bercuti ke Grand Lexis.

Ada 6 orang agen hebat yang dapat. So kita hadiahkan percutian 2H1M untuk dorang lek-lek dengan family kat sana.

Bercuti ke Korea pun ada Stokis yang pernah dapat.

Aku sendiri tak pernah gi Korea uolls, hahaha!

Reward by cash pun kita pernah bagi ke stokis yang capai target.

 Yang cash ni semua kakak-kakak aku je yang menang pun, hahaha! Dorang dapat capai target jual 1000unit dalam masa sebulan. Hebat sangat.

Bercuti sama-sama dengan stokis pun kita pernah buat kat Phillea Resort.

 Kebanyakkan agen-agen kita ni asalnya adalah customer. Serius tau, dorang jatuh cinta terus daftar jadi agen. Jadi, untuk sesiapa yang nak cuba-cuba dulu sebelum jadi agen. Silakan order, jangan malu2, huhu! Mana tau korang pulak dapat reward lepas ni. Rezeki manusia tak siapa yang tahu.

Contact
011-2107 6726
Atau contact Stokis/Agen berdekatan

Kita bukan bisnes MLM. Kita bisnes awak jual, awak untung. Okay semua. Semoga korang semua berjaya. =)

4 comments:

Afidah Azmi said...

Teringin gak..tapi modal tak hado..so hanya mampu memandang dari jauh jer sepet :-(

Sepet said...

Xpe xde modal. Boleh try jd dropship. Cuba contact hq :)

bella hamzah said...

sis sepat nak try jadi dropship nak contact no mana?

Hayati M Y said...

Aku pun teringin nak jadi agen, aku dok melaka..
Tapiiii modalnye takdeee.
Berapa modal nak jagi agen ni sepet??

http://hmy-pages.blogspot.com