Semalam janji nak update pasal Ceera harini, sekali lupa pulak. Itupun peminat blog no 1 kita ingatkan, siapa lagi kalau bukan Qery tu, kikiki!
Setiap pagi tanya ada update tak, ada update tak, berapa update hari ni, pukul berapa, jangan lupa share kat facebook. Heee kadang2 malas nak jawab, huhu! Bayangkanlah hari-hari tanya soalan yang sama.
Ha, nak dijadikan cerita. Ceera ni hari raya pertama tu memang genap-genap lah 40 minggu iaitu bersamaan 9 bulan 10 hari. 40 minggu bukan 10 bulan ye uolls. Ceera ni memang dari anak first dengan anak ke dua mesti lebih 40 minggu. So dia memang jangkakan yang anak ketiga ni pun cukup-cukup bulan atau lebih 40minggu gitu. Tu yang dia lek-lek je. Ada orang jenis bersalin awal, 35 minggu dah bersalin, 37minggu dah bersalin, kan.
Hari raya pertama dia kata tak ada la rasa sakit nak bersalin, tapi sakit-sakit biasa tu ada lah. Tetiba raya ke 4 tu, pagi-pagi baca wasap dia cakap dah masuk ward. Eh excited lah kita ni. Bagitau Qery nanti Ceera dah beranak nak melawat. Pastu lepas mandi tengok fon balik, dia bagitau dah beranak.
Ehhh cepatnya! Hahaha! Tak ada la cepat mana pun. Kiranya dia menahan sakit tu dalam 8 jam jugak la. Tapi yang ni paling kejap la banding dengan anak-anak dia yang lain.
Aku punyalah excited, rasa nak tolong jagakan je anak Ceera ni, hahahaha! Over beno. Rasa nak bawak balik pinjam sampai setahun. kahkah!
Ceera tu muka suci je lepas beranak.
Lupa pulak, baby comel ni baby boy. Boleh geng dengan Qaiser nanti.
Omey angat dia tu.
Macam-macam borak, tapi kena balik cepat sebab Izz Qaiser tinggal rumah mertua. Mertua pulak puasa. So kesian la nak tinggal lama-lama. Cuaca sekrang ni dah la panas dia lain macam. Izz Qaiser pulak sekarang dia punya lasak tak dapat digambarkan, haha!
Risau mak mertua terkejar-kejar nak masak berbuka nanti. So cium-cium balik baby cute ni.
Bibir dia memang bibir keturunan betul, hahaha! Dari Keisha, Yunnan, sama aje pattern nya.
Ok bye bye baby. Nanti kita jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment