Amboi melampau sangat kan. Dulu masa pemalas, seminggu sekali update pun rasa hebat gila. Sekarang dah rajin memalam pun nak up entry. Sesuatu sangat. Huhu!
Korang dah beli baju raya ke belum? Aku setakat ni dah la kot. Tak ada la beriya sangat mencari. Setakat ada je la. Lagipun dulu-dulu mana ada orang jual online sangat. Kalau ada pun tak ramai. Sekarang ni online sesaja. Senang.
Senang la untuk aku. Bawak anak ni kan leceh sikit. Tempat bersesak-sesak, lepas tu pulak nak mencari yang senang nak nyusu.
Minggu lepas kot aku pegi PKNS. Cari baju. Kebanyakkan memang design biasa lah. Nak tak nak kena jugak cari online. Sekarang ni kat online jubah cantik-cantik. Ukuran pun dorang dah bagi siap-siap. Tinggal korang je la rajin dengan tak je ukur badan sendiri. Kalau tahap pemalas macam aku ni, memang hentam je beli. Uolls pun tahu i ber size XXXXS . KAH!
Semalam pegi The Mines, mencari baju omputeh Qery. Qery ni payoh sikit. Tapi sejak aku dah pengaruh dia, dah ok sikit. Dulu kalau beli baju, susahnya lahaiiii. Masuk sini tak suka, masuk sana tak suka. Sekarang ni, aku kena komen kat dia macam 'eh sesuai la dengan bie, nampak sado'. Walaupun Qery pun tahu aku menipu je, hahaha! Tapi dia tetap akan beli. Setakat ni strategi tu mmg boleh guna pakai.
Budak toya malas nak layan mother menshopping.
Jubah yang aku pakai ni memang best sangat. Asik nak ambik gambar je, feeling model. Mana taknya iolls pakai kasut 3 inci. Normal kan jubah akan labuh sikit. So kalau pakai kasut tinggi nampak cantik la. Aku kan jarang pakai kasut tinggi. So bila pakai tu mula lah jalan pun kekwat.
Baju Qery 2 helai RM69. Murahla pulak. Dia ala-ala POLO punya style tu, tapi tak de jenama lah. Haku pedulik apa tak ada jenama, baju je pun. Tu yang gembira je beli baju dia. Baju lelaki kan kebanyakkan mahal mahal. Tak paham aku.
Baju yang aku beli ni dari @azzar_aurah. Korang tengok tengok la kat sana. Memang best kualiti dia. Mak mertua aku pun cakap cantik. Kain sedap. Balik rumah mertua, dia belek-belek baju aku, hahaha! Nak belikan tak boleh pulak. Sebab mak mertua aku ni rendah lepas tu jenis lengan besar. Baju2 dia memang kena tempah. Kalau sama size dengan aku boleh la belikan sekali.
Korang kalau nak boleh contact 010 222 9554 terus.. Cakap je nak baju macam Sepet tu. Tapi ada design lain yang cantik jugak. Korang belilah. Minggu ni last dia buat postage tau.
Tak silap dia ada FB jugak, jap aku cek.
Ha ni FB dia. Azzar Aurah, klik situ k.
Tahun ni takde tema. So hentam kromo je la. Eh masa aku beli baju Qery tu, dorang ada pasang lagu raya, keluar pulak lirik2 yang ada pasal ayah ayah. Haihhhh, lain kali bukak la lagu lain, sengaja tau buat kita sedih cenggitu. Huhu!
Tahun kedua tanpa Abah, tapi tak apa lah Mak still ada. Ada orang lagi la tak ada mak ayah sekali. Lagi berjuta kali sedih. Jangan lupa beli baju online ye. Tetiba paksa orang, haha! Kbyeeee
1 comment:
comel je Qaiser meninjau mother dia selfie..tetiba rindu anak
Post a Comment