Seumur hidup aku lah sepanjang 27 tahun ni, tak pernah lagi aku membuat kuih raya. Maksud aku buat sorang-sorang tau. Kalau tolong-tolong tu pernah la, tapi setakat bentuk-bentukkan, kacau, timbang, yang memang orang suruh tu je la. Kalau orang tak suruh aku pun tak tau nak buat apa, hahaha!
Dulu masa aku kekecik, mak and kakak-kakak aku rajin jugak buat kuih. Mak aku memang suka la buat kuih. Dia buat banyak-banyak lepas tu kirim kat opah sekali masa balik kampung. Kiranya masa puasa tu ada macam-macam aktiviti lah kat rumah aku. Ni cerita dulu-dulu tau. Sewaktu ramai lagi yang tak kawin, haha!
Masa tu nak buat kuih raya la. Nak kemas rumah raya la, tukang kusyen baru, tukang langsir baru, lap tingkap bagai. Semua pun mengelat nak buat. Dah patjuta kali kena bebel dengan mak baru hegeh-hegeh buat. Itupun buat sambil muka tak senyum langsung. hahahaha! Betapa ikhlasnya masing-masing. Der sangat perangai.
Paling menyampah kalau kena buat sorang-sorang. Tapi paling best kalau buat ramai-ramai. Kerjanya sikit, mulutnya banyak. Kadang2 tu kita buat kerja, orang lain jadi mando, eh sakitnya tuh di sini. Walaupun adik bradik sendiri, i tetap nyumpah seranah mereka di dalam hati 'eii tak guna betul. geramnya, Ya Allah pinjamkanlah kesabaranMu kepadaku', gitu, hahaha!
Tapi sekarang ni, dah tak ada dah kenangan-kenagan macam tu. Masing-masing dah ada keluarga sendiri, dah ad rumah sendiri. Sibuk nak cantikkan rumah sendiri je. Rumah mak lantok sana, haha! Biadap betul. Tak ada lah. Macam tahun lepas, rumah mak baru lepas renovation. So nak raya kitorang adik bradik pakat-pakat belikan sofa baru. Ada la lagi beli itu ini macam set sofa lepak-lepak kat luar, meja kecik, kipas, swing chair, frame, karpet, bla bla bla.
Tapi tula tahun lepas kan pertama kali raya tanpa abah. So tak ada la meriah sangat. Still dalam keadaan nak menyesuaikan diri. Tak happy sangat, tak sedih sangat. So so je. Camtu. Tahun ni. InsyaAllah semua dah ok.
Aku macam biasa lah, seperti tahun2 lepas. Beli kuih, tapi kali ni bukan kuih tunjuk. Tapi kuih online, haha! Advance sikit. Kawan2 ramai jual. So support bisnes kawan-kawan lah. Walaupun ada orang cakap eh mahal lah baik beli kat sinun situn tu murah belaka. Eh takpe lah awak, kita nak support kawan-kawan kita ni. Tak kisah la berapa pun, kalau rasa mahal ke apa niat sedekah je lah. Tapi aku rasa ok je kot harga kuih2 sekarang dengan harga macam tu.
Sekarang ni semua barang naik, nak beli barang pakai kereta, minyak naik. Nak beli barang, kena bayar gst, nak kacau adunan guna letrik, nak bakar kuih guna gas. Berapa je lah upah dorang pun. Kalau bukan kita yang support produk melayu siapa lagi. Ye dok. Lagipun kuih tu kan untuk kita makan ramai-ramai. Bukan untuk hiasan pun. So jangan kedekut sangat ye, kalau nak jimat silakan buat kuih sendiri, haha!
Aku memang kena beli kuih raya banyak. Sebab nak bahagi tiga tempat. Rumah Sendiri, Mak and Mertua.
Ko tengok la anak aku tu, excited beno sampai camtu sekali.
Tengah asing-asing.
Budak bertuah.

So tahun depan, sapa-sapa ada jual kuih raya. Jangan lupa wasap iolls, sekarang ni takyah wasap tau, hahaha! Dah banyak dah kuih raya ni. Tq korang yang masih rajin buat kuih raya. Menurunkan legasi resepi hikayat nenek moyang #dahkenapahikayatpulak
Kbye
2 comments:
gambarr no 2 , superr ohsemmm . hahaah
Bakar kuih guna electric la awk hihi.
Post a Comment