Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 14, 2015

Sepet Refer Siapa?

Minggu lepas, setiap hari Qery gi kilang ambik stok.

 Selpie satu kali.

Kilang dah kol, barang banyak dah siap. Eh gumbira lah hati kita ni. Yela, stok dah la tinggal sikit. Ada tu memang dah kehabisan. Stokis asik tanya je bila ada bila ada. Gerun tau dapat stokis kencang melampau ni, haha!

 Sampai-sampai kilang, huih! Rupanya stok kita bukan sikit. Nak sampai 100 kotak. Kereta ni muat paling busuk pun 14 kotak je. Kau fikirlah berapa kali trip Qery kena ambik, haha! Aku suruh sewa je lori pegi sana ambik. Tapi Qery ni biasalah. Old fesyen. Suka guna cara lama. Kadang tu geram tau, tapi suami sendiri kan. Jangan derhaka sangat. Silakan ambik, pegilah berapa trip pun asalkan selamat pegi selamat balik. Hihi!

Lepas tu bagitau aku, tak dapat nak ambik semua. Nanti lepas raya sambung lagi. Sebab rumah dah tak muat. kahkah! Tahu pun. Itupun dia bagi idea nak letak kat rumah mak dia. Eh eh eh bijak sangat bab nak menyepahkan dan membuat semak kat rumah orang. Haha! Sengaja bagi iolls bebel tau, kurang pahala puasa. (-_-)

 Memasing muka kepenatan. Tapi yang paling penat ofkos la Qery. Sian dia. Tapi tu la, dah tau penat, kita bagi cara mudah, nak jugak cara susah. Lantok sana. 

Muka tak puas hati sebab Qery takmo sewa lori. Hahaha!

Tapi walaubagaimana pun, Qery tetap the best. Sebab dia tu lah yang meringankan kerja aku sebanyak 80%! Semua benda dia buatkan. Design, iklan, deal stok, bla bla bla. Aku tukang promosi dan kira-kira je. Itupun aku bagitau dia aku dah cukup sibuk dah ni, hahaha! Lempang diri sendiri. 

2 comments:

yoorin melacolea said...

semoga dipermudahkan ..hehe..murah rezeki..

Petak Bunga said...

kalau tak suami tolong isteri sapa lagi.