Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 14, 2015

Ikut Daddy Main Badminton!

Kalau nak ikutkan aku, tak kuasa nak ikut Qery gi bersukan. Jenis aku, baik aku duduk rumah tido. Haha! Walaupun begitu, aku bukannya anti sukan. Masa sekolah dulu aku geng je dengan kawan yang jenis atlit-atlit ni. Ada yang pelari pecut, ada yang lari tak berhenti. Eh tak tau la aku apa nama sukan tu. Tapi tak mungkin la lari tak berhenti, kalau tak berhenti dah kenapa pulak kan, kekeke!

Masa sekolah aku ambik permainan catur je, sejak tingkatan satu sampai kesudah. Tak kuasa nak ambik bola baling, bola jaring, badminton bla bla bla. Baik main catur je, duduk bawah kantin redup pasang kipas kuat-kuat. Kalau lapar boleh beli air terus.

Lama jugak la aku tak ikut Qery, dulu lepas kawin pernah ikut beberapa kali sebab masa tu perut dah besar. Qery suruh ikut skali. Dia risau kalau tetiba nak terberanak kat rumah nanti dia tak tau. Masa bercinta dulu pun kena paksa ikut. Tapi aku tak keluar, duduk dalam kereta. Hee stress betul. Nak pegi main bola ke apa ke pegi je la. Lepas tu nak ajak-ajak pulak. Bukannya aku tengok pun dia main. 

Pulak tu aku bukan rapat pun dengan awek/isteri kawan-kawan dia. Duk melangut sorang-sorang. Dulu masa first time dia bawak aku tengok dia main bola, aku tanya la aku ni perempuan ke berapa yang dia bawak. Katanya pertama. *matakeatassangatsangat*. Takde la. Aku nak prepare kot-kot kalau kawan-kawan Qery cakap 'Eh yang ni siapa pulak?' Aku boleh la jawab 'yang baru uolls, yang lama tu dah putus, tapi i lapanjuta kali lebih jelita kan.' Tetiba sangat. Kahkahkah!

Ha nak cerita pasal ikut Qery main badminton je. Tetiba ter-throwback 6 7 tahun yang lepas. Huhu!
Malam tu Qery tetiba cakap nak bawak Izz Qaiser gi badminton. Aku ok je, kalau ada anak takpe lah nak ikut, tak ada la aku tercegat je kat tepi sudut menunggu dia habis main. Boleh la aku selfie dengan Izz Qaiser bebanyak.

 Nak selfie sekali anak pulak tido. 

Tapi itu bukan halangannya, hahaha!

Qery dengan Sukan berpisah tiada. Kalau kat rumah tu dia boleh bukak siaran bola, badminton, hoki, dan lain-lain. Haha! Padahal tak tau nama sukan, tulis dan lain-lain agar korang paham-paham la sukan apa lagi yang ada kat tv tu. Pfttt.

Aku boleh terima lagi kalau dia nak tengok MU lawan Chelsea ke, Arsenal lawan ManCity ke. Ofkos la yang popular selalunya orang yang minat bola ni akan tengok. Tapi...Qery ni yang tak popular pun sibuk nak tengok jugak tauuu. Sabo je la.

Takpe lah. Minat yang tu takpa lah. Redho je.


 So bawak budak kecik ni. suka sangat. Orang main badminton. Ke kiri ke kanan kepala dia tengok bulu tangkis tu. Aku tengok aku yang pening, hihi!
 
 Tengok la tu, kalau tak bawak bola dia tu tak boleh. Benda lain depan mata, tapi tangan lagi satu still pegang bola.

Eh jendulnya dahi. *buat-buat terkejut*. Macam lah baru tahu dahi tu luas. haha!

Sepahkan bulu tangkis pun dia buat dek je.

Tetaplah dengan bola dia.

Kesimpulannya. Qery main badminton takde la hebat mana pun. Saing-saing aku masa aku darjah 3 je gayanya. Kahkah! Matiklah kutuk laki sendiri.

Eh tak ada lah, hebat tau laki kita main badminton. Hebatttttt sangat. Hebatlahhhh sangat. *tangandibahu*. Sapa nak lawan badminton dengan Qery, kompom Qery sayur-sayurkan je. 
Nampak sangat statement tu......... hikhokhikhok

2 comments:

intandayani said...

Qaiser ada mainan favorite dia sendiri.Kalau Akiko benda pelik tu yang die suka.Bukan yang selalu dia tengok

sehaaa said...

hahaha kelakar lahh. Adoii ayat remaja sangat tauu. terkekek kekek gelak sambil baca hihi