Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 22, 2015

Sehari Sebelum Raya

 Puasa kali ni langsung tak menyempat nak share juadah berbuka. Lepas tu tak update pun pasal berbuka dengan kawan-kawan, sahur apa, lauk feveret. Ada orang tak pos pasal makanan kat blog fb semua sebab nak elak riak ke apa kan. Aku pulak tak update bukan pasal apa pun, tapi memang tak sempat, hahaha!

Beberapa hari sebelum raya, baru kelam kabut mencari sampul raya. Siap paksa orang kedai bagi sampul padahal tak membeli apa-apa pun, haha! Qery la, dia pegi kat kaunter giant tu, tanya ada sampul raya tak, mintak bukan sikit, sekali 10 paket pulak tu. Aku dah lari jauh-jauh buat-buat tak kenal. Huhu!

 Balik rumah terus asing-asing duit raya. Sebelum tu siap tanya adik beradik dorang bagi berapa, hahaha! Anak buah ada 20 orang pulak tu, eh campur baby baru dah ada 21. Ekceli anak buah aku semua ada 23. Tapi kan 2 orang meninggal. So kita kira 21 lah. Campur Izz ada 22. 

 Semakin bertambah tambah ahli keluarga kita, bagus-bagus. Lagi ramai lagi best.

Ok seperti biasa, bila nak raya ni mesti la kena memasak. Dah plan dengan Qery, pagi-pagi tu nak tolong Mak Qery masak, sebab mertua aku suka masak awal. Pepagi dah masak. Pukul 2 3 tu dah tak ada buat apa. So petang tu pergi rumah mak sendiri pulak sambung masak. Sebab rumah mak aku jenis masak banyak sebab ada takbir. Bila masak banyak, memang banyak la kerjanya. Itu yang selalu dekat nak berbuka baru siap.

So ok la ingat camtu lah plannya, gerak-gerak Qery aduhai taknak bangun. Qaiser ofkos lah tak bangun lagi, dia jenis pukul 11 jap lagi baru bangun. Aku dengan Qery memang tidur lambat malam semalam tu sebab mengemas rumah. Lepas subuh tu baru tidur. Aku dah mandi semua, gerak Qery suruh mandi sekali dengan Qaiser. Haih dorang ni kalau dah mandi, macam kan berpesta dalam bilik air, air beterbangan sana sini huhu!

Qaiser kan memang suka main air. Bila kita angkat dia nak lap, mengamuk bagaikan halilintar. Dia punya menjerit sambil badan melentok nak hempaskan diri masuk balik dalam air, eiii urut dada betul. Itu belum lagi nak pakaikan pampers dia. Nangis macam kena dera, hahaha! Punyalah taknak pakai baju seluar pampers semua. Kuat pulak tu badan dia meliuk lentok. Aduiii kemon la Qaiser, is not funnehh ok. Huhu!

Kelam kabut la, semua pun kelam kabut. Baru anak sorang ni. Lepas tu sampai rumah mertua pun dah tengah hari. Tengok-tengok rendang dah masak pun, kahkahkah! Nasib baik ada kerja sikit-sikit, itupun sikit sangat, mak mertua suruh buat lontong. Aku tinggal nak potong2 sikit je, sebabnya mak mertua dah siapkan semua bahan-bahan.

 Aku ni kalau duduk kat dapur orang, terus tak reti buat kerja. Yela, risau la kita punya potongan tu tak memenuhi piawaian ke apa kan. Sebab kalau kat rumah mak aku, dia punya hirisan tu kalau tebal sikit mesti kena bebel. Klau kita potong tebal sikit je, nanti satu dunia tau, hahahaha! Macam serai and daun kunyit kan kita hiris halus gila, mak aku suka yang halus bila kunyah pun senang tak ada rasa kuat sangat. Kalau tebal kan nanti kita boleh perasan eh apa aku gigit ni, pastu bawak keluar tengok seketul serai. Hahaha!

Memang sampai 20 kali raya pun kena bebel. So kat rumah mertua ni, aku tak tau la mertua aku ni masak macam mana. Kena betul-betul petak ke, kena hiris halus ke, kasar ke apa ke. Nak potong tempe pun aku tanya dulu nak besar mana, hahaha! Tapi mak mertua aku ni jenis sempoi je. Buat lah cemana pun, asalkan sedap. Kekeke!

 Rendang ayam, nasi impit semua dah siap. ha tengok mak mertua aku masak nasi impit lek-lek je. Kalau kat rumah mak aku tak boleh letak camtu, kena himpit nasi tu sekali. Korang paham tak? Maksudnya, lepas masak, letak tutup periuk atau kayu pemotong atas nasi himpit, lepas tu letak la lesung batu ke apa-apa lah yang berat, supaya nasi tu mampat. Mungkin nak dia mampat senang potong ke apa, tapi tak himpit pun ok je senang potong, tak tau lah haih. Tapi camtulah. Haha!
 
 Walaupun aku tak banyak membantu, tapi gambar harus banyak kengkonon aku lah yang masak pada hari itu, kekekeke!
 Over gila Qery, gambar ni pun dia nak ambik.

 Terpaksa lah aku upload, kah!

 Pastu aku pulak jenis tak reti guna pisau besar-besar. Mak mertua aku ingat pisau tu tumpul sebab aku berhati-hati betul masa potong, hahaha!

Ok siap lontong, tapi lontong kosong je lah. Nanti lah raya haji kita cari telur burung puyuh, udang, petai, kacang panjang, masuk sekali dalam tu.

Lepas tu pukul 2 lebih terus gerak rumah mak sendiri. Kali ni rumah mak dorang kata nak masak lemang. Aku sampai-sampai memang dah 3/4 masak dah.

 Qery kengkonon je tu. Hihi!

 Sementara aku buat kerja memotong bawang, menghiris bahan-bahan nak masak sup tulang, Qery main-main dengan Qaiser. 

Masa aku hiris daun bawang semua, Atam duk depan aku. Pastu aku pun cakap la kat dia, alamak tebal sangat tak potong ni. Selamber je dia cakap, 'kau potong depan mak ke, tak kan. Kalau depan atam ko potong je la camne2 pun, hahaha'. 

Tergelak-gelak aku memikio. Kitorang kalau emak ada kat dapur, pulak tu nak hiris serai ke, daun kunyit ke, mesti berhati-hati. Kalau tebal sikit, sorok tempat lain dulu. Hahaha! Bila mak lalu je tunjuk yang halus, 'mak, potong halus camni kan', konon2 halus lah sangat, padahal yang nyorok kat tepi tu tebal kemain, kekeke! Tapi sekarang mak aku dah ok sikit. Dia pun lantok kan je anak-anak dia nak potong macam mana pun. Kitorang je la yang still cam poyo-poyo. Kalau ada dua orang hiris serai, sorang tu halus, sorang lagi kasar, mesti yang potong halus tu ugut2 nak bagitau mak sebab potong kasar2, haha! Macam-macam.



 Qery pulak sampai-sampai terus kena tolong angkat barang bawak naik kedai, kekeke! Aku biarkan je sebab tau nanti dia boring duduk rumah tak ada buat apa. Kalau kena ada keje sikit tu tak ada la dia boring sangat.

 Rendang pun satu cerita, kalau mak aku ada kat situ. Kena masukkan bahan-bahan ikut tertib dia. Memula masuk ini, pastu itu. Tapi kalau kaklang aku yang masak, dia balun je. Kaklang cakap campak je, sedap jugak, hahaha! 

Lepas tu, aku balik rumah mertua pulak, sebab berbuka kat sana. Rutin mertua aku, dorang setiap malam raya akan pergi jalan tar shopping. Qery yang bawak sebab adik dia kerja, ayah tak boleh drive malam. Lagipun memang dorang punya tradisi la tu pergi jalan tar beramai-ramai. Aku tak ikut. Korang pepaham lah aku ni dari dulu lagi memang tak kuasa nak ke sana. Dulu masa tak kawin pun aku malas pergi sana tu, haha!

Perangai kekwat sangat. So, Qery kata lepas berbuka dia hantar aku rumah mak, so aku boleh lah join orang takbir. Aku punya kerja tiap kali takbir adalah potong buah. Sampai-sampai rumah mak, pasang langsir punya cangkuk, potong-potong buah, lepas tu menunggu orang datang. Pukul 1 pagi Qery ambik aku. Aku pun balik ke rumah. 

Gambar lauk masa takbir malas nak ambik. Nanti lah raya haji baru snap.

Nanti kita sambung cerita raya pulak. Bye Bye!

2 comments:

Afidah Azmi said...

sama la macam mama Fida..Selalu lepas rebus nasik impit terus lapik benda berat atas ni..bagi balance katanya..pastu masuk peti air..bagi beku cepat..Tapi kalau kat umah sendiri..main hentam kromo jer..asalkan masuk perut perut kenyang...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hehehhehe.. perangai mak kamu tu sama sangat perangai mak akak.. semua kena perfect. semua ada cara.. skrg dah berjangkit kat akk.. hehehhe

selamat hari raya Sepet..