Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 10, 2015

Kalau Qery Yang Tidurkan Anak.......

Semalam aku penat sangat. Yela aku kan tidur lepas Subuh. Bangun pukul 10. Waktu Qaiser tidur memang aku akan buat kerja non-stop. Malam je ada masa. Qery selalu suruh tidur macam orang normal, buat kerja lepas Subuh. 

Pun boleh jugak, tapi lepas Subuh Qaiser dia dah tak nyenyak. Dia tidur kalau aku kat sebelah je. Kalau aku tak ada mesti dia pun terjaga. Dah kalau dia terjaga macam mana nak buat kerja. Waktu malam je dia nyenyak. So terpaksa buat camtu. Harap-harap Qaiser besar sikit dia dah tak mengendeng kat kaki aku manjang, ok lah nak buat kerja pagi-pagi. Tapi Ceera cerita, Yunnan sampai besar pun ngendeng suruh 'dodok sini mommy, dodok sini' sambil tepuk2 sebelah dia, hahaha!

Kalau Qaiser tido tengah hari atau petang, aku nak buat kerja lain pulak. Kadang2 tu aku lantakkan jugak. Tapi dia punya menangis, berjujuran air mata. Haha! Kesian, budak kecik ni dia nak main je. Nak perhatian. Kalau aku tinggalkan buat tak tau baik aku takyah jadi suri rumah ye dak. So layankan je lah.

Qery balik rumah tengok rumah sepah dengan mainan Qaiser, membebel dia. Tadah je telinga dengar sambil menjawab 'ohyeke ohyeke', hahahaha! Pastu cakap aku malas la apa la, eh ofkos iolls memang pemalas pun, kihkih! Tapi lepas tu bila Qery pulak buat sepah aku balas balik berdas-das. Puas hati. Nanti dengar la ayat 'Aduh pedihnya, kena balik' Hahaha!

Hish nak cerita pasal semalam, merewang kemana-mana dah. Selalu camtu tau. Nak cerita lain, lepas tu tersasar. Aku dah penat dodoikan Qaiser, takmo lelap2. Dah la taknak lelap. Berpura-pura tidur pulak tu. Aku dukung dia, dia tutup mata. Aku letak je terus bukak mata sambil gelakkan. Seronok buli mak sendiri. Lastu-last aku mintak Qery jagakan kejap sebab tangan dah leguh.

Qaiser ni kalau dengan Qery memang geng sangat. Kalau main tu aku dari dapur dengar berdekah-dekah gelak. Entah apa yang seronoknya. Tapi kalau Qery suruh tido, buat suara garang sikit. Dia terus kaku. Hahaha! Terkebil-kebil mata dia paksa kan diri nak tidur.Kalau dengan aku, ngantuk gila pun sanggup dia tahan mata nak main lagi. Geram betul.

 Semalam. Qery suruh tido. Gelisah la Qaiser, kejap pusing sana, kejap pusing sini. Last-last tertido camni, haha!

 Ini pulak petang semalam. Dah penat main, Qery suruh tido. Terus peluk Qery sambil tido.

Senang je kalau tidur dengan bapak dia, kalau dengan aku siap bergaduh lagi, haha! Drama melayu semua keluarlah. Akulah yang drama, siap cakap kat Qaiser kalau sayang mami Qaiser tido lah. Sekali dia tak tidur, terus buat-buat merajuk la apa la. Tapi tak kena layan. Qaiser buat tak tau je, sebab dia tak paham. Kahkahkah!

Ini beberapa hari lepas. Qery bangun bukak2 mata nampak montot Qaiser. Huhu!

Tapi syukur la dapat suami yang boleh tolong jaga anak. Ada orang suaminya buat tak tau je. Ada tu tak pernah mandikan pun anak dia. Tak pernah suap anak makan, tak pernah pakaikan baju, tak pernah tidokan, tak pernah main-main pun. Alahai, sedihnya.  Semoga semua lelaki kat dunia ni ringan tulang tolong isteri memasing.

Haritu Qery balik-balik sekolah dah penat, tapi still nak main dengan Qaiser. Konon nak tidurkan Qaiser lah.

Bukak kartun nak tengok sama-sama.

Sekali Qery yang tertido. Huhu!

Qaiser turun sofa, sambung main lego dengan mak dia yang terlebih drama tu. Kekeke!

5 comments:

Afidah Azmi said...

comel jer moment ayah dengan anak..teringin gak tengok live depan mata..tapi belum ada rezeki lagi..

intandayani said...

Alolo untung sgt la kalau dpt laki yang rajin tolong jaga anak ni

sa'adah by atiehilmi said...

hahahaha~ comel gile montot itu.. situasi adalah normal.. bila ayah tidokan anak, ade 2 kemungkinan.. ayah jek tido.. atau dua dua tido skali jalan..

surizan abdghani said...

Haha..comel.suami sy klu sy mintak tlg tisokan ank mesti dia yg tertido dulu hihi.kesian pulak kt suami.tp bab suap makan,bg pakai baju,entertain ank,lipat baju sume bg kt dia la.klu mandikan ank n pakaikan ank pampers mmg sy la yg buat sbb ank perempuan,so kena latih ank ada gap sikit bab tu ngn ayah dia.klu ayah dia cuti sy relaks sikit,tinggal masak dgn basuh baju je.yg lain suami settlekan termasuk la dodoikan ank.tp ank sy terbalik.dgn sy dia takut sikit.tmbah2 bab tido.mmg akn kalah dgn sy la.ayah dia lmbut hati sikit

zuhannisa said...

bergaya betul masing2....tapi sikecik tu comel la..elok je landing kat situ..