Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 7, 2015

Mengimbau ala-ala Kerinduan

 Sebenarnya aku nak update lagi pasal bercuti, tapi kang nanti korang meluat pulak, haha! So kita stop kejap. 

Haritu (dah lama gila okay 'haritu' aku tu, berbulan jugak) aku lepak dalam bilik Izz Qaiser, Saja suruh Qaiser main sepah-sepah dalam tu. Dia kan jarang masuk bilik dia sebab asik ngepit dengan mak dia je. So bila masuk dalam bilik tu banyak la benda dia nak sepahkan.

Aku boleh la belek-belek kotak lama yang aku simpan since tak kawin lagi. Macam-macam ada, ada jam yang Qery hadiahkan. Banyak gila okay. Masa tu Qery belikan jam yang RM10 RM25 kat pasar malam . Yela dulu kan kitorang bukannya ada duit sangat pun. Itu pun dah rasa happy tak hingat.

Dulu Qery selalu hadiahkan aku handbag. Handbag RM25 yang jual kat kiosk tengah2 shopping complex tu. Handbag kain yang beli kat tepi jalan. Cincin silver yang ada nama kat dalam tu, tu kira dah habis romantik dah tu, hahaha!

Bila nak makan kat luar, siap tanya duit ada tak, ada berapa so boleh decide nak makan kat mana. Kalau jalan-jalan, nampak benda comel mesti Qery belikan. Tapi ofkos la yang murah je. Masa tu gaji aku RM1600. Selamber je bagitau gaji sendiri, hahahaha!

Tahun 2010 sampai 2012, secara jujurnya, walaupun aku kerja separuh nak mati oncall 5 hari berturut-turut. Gaji aku campur OT tak pernah lagi sampai RM2000.

Ekceli masa kat KPJ gaji tinggi sikit, 2K ke atas bila campur elaun semua, lepas tu aku resign sebab nak dekat dengan rumah. Aku tak kisah la gaji sikit asalkan senang sikit dekat dengan rumah apa-apa hal pun dekat dengan mak abah. Gitu.

Masa tu perbelanjaan aku

Mak : RM200
Taxi : RM150
Makan : RM300
Bil Tel : RM50
Duit Minyak Qery : RM150
Beli barang dapur : RM200
Total lebih kurang RM1050 dan balance ada RM550.

And ofkos kita ada masa rasa nak makan sedap-sedap kat luar, nak beli keperluan harian, macam baju kerja, sabun mandi, syampu, kasut kerja, seluar, baju jalan, bla bla bla bla.

Oh masa bercinta, aku pegi kerja naik taxi sebab tak ada bas yang lalu sana. Balik Qery ambik hari-hari, so aku bagi la dia duit minyak sikit. Iolls bukan jenis suka ambik kesempatan okay, kekeke!

Dengan gaji yang macam ni, susah betul rasanya nak menyimpan untuk kawin. Boleh la simpan sikit-sikit, tapi selalunya mesti terpakai. Tu yang aku decide untuk buat part time jual barang online. Ok yang tu takyah cerita lah sebab aku rasa korang dah jemu dah baca, hahaha!

Bangun pagi. pukul 8 keluar jalan kaki tunggu taxi tepi jalan. Pukul 9 start kerja non stop sampai pukul 5 petang. Kalau oncall kerja lah sampai 9 malam. Kalau dah balik rumah tapi ada urgent kes pukul 3 pagi, ko kena datang jugak hospital. Kerja yang tak tentu arah ni bernilai RM1600.

TQ sebab bagi gaji RM1600. Sebab kalau dorang bagi aku gaji RM3000, mungkin sampai sekarang aku tak berhenti kerja. Sebab bagi aku RM3000 tu dah alhamdulillah. Aku tekad resign sebab gaji RM1600, ada doktor lelaki kacau sampai call ajak dating, dan sebab nak ubah kehidupan.

Memang kiranya tekad habis lah ni sampaikan bos aku tanya, if dia mintak HQ naikkan gaji aku sama macam staff lama aku nak stay ke tak. Oh, staff lama gaji lain ye. Masa staff lama mintak kerja bos besar lain, masa aku bos besar lain, so tak sama.

Kerja kat farmasi best. Best sangat kot. Tempat kerja aku tu memang terpaling best. Staff sana semua peramah tahap teratas, haha! Cuma biasalah ada HOD HOD yang kekwat sikit, itu takyah dilayan. Dia saja yang betul. HOD selalu fikir kitorang ni kuli je. Kadang tu senyum pun taknak. Eh ada aku kisah, tetiba hati aku dah hitam sikit bila mengenangkan orang2 kekwat ni, haha! Yela gaji iolls Rm1600 masa tu tak setanding gaji dorang. Benci tau. Huhu! Tapi bukan semua HOD ye, ada yang baik tahap tak tergambar, gittew. Rasa nak jadikan kakak angkat pun iya jugak. Lols

Tapi aku tak pernah lagi menyesal kerja kat situ, sebab pengalaman tu lah yang paling mahal. Pengalaman tu jugak lah yang membentuk aku pada hari ini. Eceaa lempang seribu kali. Kekeke~


Sekarang ni memang alhamdulillah sangat-sangat sebab Allah bagi pinjam harta Dia. Aku selalu ingatkan Qery, yang rezeki kita dapat tak semestinya kita punya. Kadang tu Allah bagi kita, tapi Dia nak kita salurkan ke tempat lain. Jangan sombong sangat, takyah kekwat, takyah nak berubah perangai, takyah nak sembang cam orang kaya. Buat biasa-biasa je, yelah kita pinjam je. Semua Allah punya. Kita pernah rasa tak ada duit, kita pernah rasa susah berpanas berhujan EH? dah kenapa berhujan tu, hahaha! 

Banyak la benda dalam bilik ni yang boleh buat aku teringat itu ini. Nampak pulak buku masa memula ambik order korang. Senyum sorang-sorang. Hihi! 

Berangan berangan sampailah Qery masuk. 
 


Rindunya nak kerja kat farmasi. Boleh belajar ubat baru, boleh dapat ilmu bila ada TALK. 

So kesimpulannya bersyukurlah dengan kerja kita sekarang. Ada orang tu masih tak dapat kerja. Ada orang yang diberhentikan kerja faktor ekonomi negara. Kerja sungguh-sungguh. Memang kadang tu sakit jiwa dengan perangai kawan/bos, tips dia senang je. Buat pekak, buat bodoh, buat baik, takyah layan. 

Uolls mampu mengubahnya, hihi!

2 comments:

intandayani said...

Alhamdulillah akhirnya dengan ilmu tu jugaklah Seoet dapat keluarkan produk sendiri..bangga sangat okeh

zuhannisa said...

Haha habes bersticker dahi si kecik tu..