Aku memang jarang gila lah pegi sekolah Qery ni. Yela nak buat apa pun kan, bukan aku tukang kebun sekolah tu pun, kekeke! Ada hati nak jadi tukang kebun, tanam lalang pun mati. Lols.
Haritu Qery kata nak singgah sekolah sebab nak pas hadiah kat guru besar. Masa aku ngurut lepas bersalin, adik guru besar dia yang urutkan badan aku. So anak tukang urut tu kawin, Qery nak bagi hadiahla.
Kebetulan masa tu cuti, Guru Besar ada kat sekolah. Lagipun Qery kata nak ambik barang dia apa entah lah malas aku nak ingat. Huhu!
Aku tunggu dengan Qaiser dalam kereta. Tetiba nampak Qery bertenggek kat tingkat satu sambil suruh aku naik. Pastu nampak GB dia sengih2 kat aku. Aku pun keluarlah bawak Izz Qaiser jumpa GB Qery. Pastu aku dengar GB cakap, Cikgu Kay ni mana la nak tunjuk isteri dia, dia nak simpan je.
KAHKAHKAH!
Rasa lawak je. Memang pun, kalau ada apa-apa aktiviti kat sekolah yang boleh bawak family, Qery tak pernah pun nak bawak aku. Aku pun tak pernah pulak nak ikut. Kalau dia ajak pun mungkin aku taknak sebab malas, hahahaha!
Pastu kitorang turun, Qery ajak bergambar kejap. Dah alang2 tu, bukan selalu datang.
Amboi, lentik sangat ni.
Hidung cap mommy.
Dah pepoyo kat sana. Kita balik la rumah. Lepas tu Qery cerita, GB dia ingat aku ni menjahit kat rumah..
Hahaha! Muka aku nampak macam pandai menjahit ke. Haihhh banyak sangat kebolehan kat raut wajahku ini rupanya. Kohkohkoh!
Izz Qaiser balik rumah main lego. Setel.
1 comment:
suka tgk muka izz ni... :)
Post a Comment