Jul 6, 2015

Cuti-cuti Malaysia : Cyberview Resort & Spa

Hallu semua, sorry la asik update pasal bercuti je di bulan puasa ini, haha! Sebab aku nak habiskan entry lepas so lepas ni boleh la update rutin harian. Kalau nak diikutkan malas aku ni, memang tak jadi apa.

Nak bercuti ni ekceli saja melayan si anak, takda la anak aku yang mintak gi bercuti, baru berapa bulan dah demand bercuti manjang memang menakuitkan. Huhu! Qaiser suka mandi main-main air. So daddy nya melayan je la. Suka dia budak tu kocak2 air kaki kuak-kuak. Eh maknya pun seronotttt sangat ke cenggitu. Tq nak, kalau mak kau yang mintak setahun sekali pun belum tentu. *dasartakbersyukurpunyamak. Hahaha!

Macam biasa aku lah yang ngemas baju. Ha uolls, sebab masa ni kitorang kerap bercuti. So dah boleh agak berapa banyak baju dan apa yang terbaik bila kat hotel ada pool. Kalau dulu selalu je bawak baju melimpah ruah, tapi pakainya tak banyak pun, jenis yang tak boleh decide nak pakai baju apa, pastu lambakkan dalam bag, tutup zip rapat2 taknak fikir dah. Perangainyaaaa.. Sekarang tidak lagi. Amboi, cam pakar pulak, tadi merungut tak bercuti. Seperti tidak selari je statement ittew, kekeke~

Itu nanti kita buat entry lain ye.

So here we go!

 Bercuti dekat-dekat je pun, Cheras ke Cyberjaya berapa minit entah. Tak sampai sejam. Tapi tetap feeling seronok gila ya sebab dah nama pun bercuti, haku pedulik apa dekat ke tidok. Huhu!

 Sampai sana, check-in dulu lah macam biasa. Check-in pukul 3 lah normal. Tapi datang lah awal macam pukul 1.30 atau pukul 2 gitu, kalau bilik dah ready dah boleh masuk. Tapi aku datang ni hari Jumaat. So tunggu Qery solat Jumaat baru berdesup peginyaaaaa...

Aku sarankan korang datang awal untuk check-in sebab service dia untuk agak slow sikit.

Lepas tu masa check-in takyah nak bawak semua sekali turun, sebab bilik bukan kat situ, korang kena drive ke tempat lain. Sini tempat untuk check-in check-out sahaja. Tunggu dalam kereta je lagi senang. Tapi kalau turun pun boleh sebab dalam ni cantik, boleh bergambar.

Aku turun jugak sebab Qery dia pemalas isi borang, grrrrr. Selalu macam tu tau, bila ada borang, tak kisah la apa-apa borang, campak ke muka aku. Amboi, kemain campak kan, saja up cerita, haha!

Kalau korang jenis yang pemalas lipas nak keluar-keluar nak beli makanan, atau nak save budget tak nak makan kat hotel, sebelum sampai tu silalah beli apa-apa makanan dulu ye. Roti, keropok, air, atau kalau korang nak bawak sambal ikan bilis rangup, pun delicioussssss, kalau bawak family yang ramai-ramai2 tu, bawaklah periuk nasi dan beras, hahaha! 

Sekarang ni kita kena berjimat walaupun bercuti. Tapi jangan sampai tak balik kampung. Tetiba kan. Heee sakit hati bila fikir statement 'orangbijak' ni bercakap. Ada ke patut jangan balik kampung. Mungkin beliau bukan anak orang, tapi anak sungai atau anak buluh betung. *kembangkempistahanmarah*

Ok berbalik kepada cerita tadi, Cyberview Resort & Spa kat Cyberjaya ni memang highly recommended, tempat makan kat luar berlambak-lambak, shopping complex pun ada, tapi aku yakin sangat kalau korang dah sampai sini, takda nya nak berjalan sana sini, duduk je la resort tu mandi manda dengan anak-anak. Lagi best. Kot nak keluar pun malam je la gi cari makan.

 Bilik dia pun besar dan selesa. Tapi ikutlah jenis room yang korang pilih tu. Kalau bilik aku ni 6 7 8 orang pun ok je. Bawak lah toto tido bawah. Bilik air pun beso.


 Yang ni muat sorang ye, jangan nak buat lawak duduk sekali 7 8 orang, tidak kelakar. *mata ke atas*

Qaiser memula sampai, merangkak sana sini tak cukup kaki. Pusing pusing panjat sana sini. Excited la kan sebab luas tempatnya, kalau kat rumah aku, kotak sana sini, terhad tempat dia nak merangkak. Huhu!

Kitorang lepak-lepak dulu. Makan maggi cup, makan roti, minum nescafe. Aku memang dah siap-siap beli makanan sebab tau petang kang mesti lapar, tengah malam pun mesti lapar. Sambil tu menunggu cuaca redup sikit tapi tak redup2, panas sesaja. Lepas Asar terus aku bebel kat Qery suruh bawak Qaiser mandi. Tunggu2 redup sekali kalau hujan apa pun tak boleh.


Baju superman ni beli sejak dia sebulan, hahaha! Baru sekarang boleh pakai. Qery la beli masa aku tengah pantang. Tau2 masa lipat tu, eh eh bila masa la dia beli ni..

Aku pinjam baju Qery. Nak sama dengan anak punya pasal.

Pemandangan memang cantik sangat. Dan paling best, tak payah nak pakai swimming suit kehape. Pakai tshirt pun boleh je mandi.

Tengok budak ni, masuk dalam air senyum terus. Takyah agah pun takpe, huhu!


Aku duduk kat tepian je, tak kuasa lah nak mandi pun.



Dia punya kocak tu tinggi peginya, haha!

Qery suka gila sebab aku cam bajet-bajet taknak basah konon. Sekali kena serangan dari Qaiser habis lenjun jugak.

Kat sini best sebab ada banyak tempat mandi untuk budak-budak.

Ada tempat yang Qaiser boleh cecah kan kaki ke lantai. Eh lantai ke apa entah, lantok.


Bawak belon sabun tiup-tiup ni.

Qaiser punya khayal tengok sampai nak tertido, haha!


Terus ngantuk, huhu! Pastu ada bebudak lain tengok je kitorang main belon dari jauh. Alololo kesian, so Qery bagi je bebudak tu. Qaiser pun bukan nak main sangat.

Dah puas main kat tempat cetek, aku suruh Qery mandi tempat dalam pulak. 

Siap ada air terjun.



Qaiser dah ngantuk sebab feeling berenang laju, padahal kuak-kuak kaki je. Huhu!




Amboi bos besar ni, hahahaha! Ok lah jom balik mandi tido.

Lepas mandikan Qaiser, bagi dia makan dan nyusu. Terus tido. Dia punya penat tu siap marah aku sebab lambat bagi susu, hahahaha!

Lepas Qaiser tido aku dengan Qery pun bersiap-siap lah. Lapar gila kan, kitorang makan maggi. Nasi tak jumpa lagi. Qaiser pulak tido. Tunggu budak ni bangun, ambik gambar acah-acah anje.


Dah kenapa pegang kepala aku, haha!

Cam bos besar.

Qaiser dah bangun, kelam kabut gi cari kedai makan. Memula ingat nak makan kat Saba', tapi punyalah penuh tak hengat. Haih, masuk shopping complex depan tu, tak ingat nama apa. Mencari nasi.


Sementara tunggu makanan, Qery bawak Qaiser jenjalan. Tengok2 beli cermin mata buntang ni. Makpak yang lebih pun. Hihi!


Lepas makan jalan-jalan mall dulu, then balik.

Main dengan budak kecik ni. Sampailah tertido semuanya.

Esoknya kami sarapan, tak ambik gambar langsung sebab take turn jaga. Tak sempat nak pegang fon pun. Qaiser ni dia bangun pukul 10 yang sepatutnya. So bila kena bangun awal, dia cam takde mood je, huhu! Prangai maknya sungguh.

Pegi sarapan tu tak mandi pun, kohkohkoh! Sebab dah plan lepas sarapan terus mandi pool. Nanti dah mandi pool kan kena mandi lagi. Takyah mandi banyak kali k. Gosok gigi cuci muka pakai bb cream je.

Rugi tau kalau tak mandi pool pagi-pagi tu, mandi je banyak-banyak kali baru la rasa berbaloi sikit bayar hotel.



Kat sini ada tempat yang baby boleh merangkak. Tapi korang belikan yang pad untuk lutut tu, entah la aku pun tak tau apa nama. Yang slalu orang sukan pakai ikat kat lutut tu kan. Ada yang baby punya tu, pakaikan dia. Sebab lantai dia tajam2. Takut calar2 lutut.






Kat sini Qaiser merangkak sana sini, masa ni aku tak tau pun yang lantai dia tajam-tajam, second time pegi baru aku tau. Tapi tengok lutut dia ok je nasib baik.


Sepanjang mandi pool memang Qery je yang main dengan Qaiser, aku tengok dari jauh.


Aku balik bilik dulu, mandi siap-siap. Siapkan makanan Qaiser. So bila dorang dah balik bilik, Qery mandi sekali dengan Qaiser, aku kemas beg. Senang sikit bila semua dah sedia. Kalau tak Qaiser mengamuk kalau dapat susu lambat. Hihi!

Walaupun 2hari 1malam, tapi puas hati la. Kalau korang yang duduk KL ni, tak ada banyak cuti boleh la datang sini. Jumaat Sabtu pun ok, Sabtu Ahad pun ok. Tak penat sangat drive, pun tak jem.

Silakan suami-suami tu bebawak lah isteri korang bercuti sekali sekala. Tak dapat gi Bali, datang sini pun isteri-isteri dah syukur alhamdulillah. Ye dok kaum-kaum hawa. Mihmihmih!

3 comments:

Nazima said...

Tempat saya honeymoon dulu..memang best! Pegi pulak weekdays.Mmg pool tu mcm kitorang punya la. Hahaha.Rindu nak ke sini balik..dekat je padahal..haha

atiehilmi.com said...

maap mummy Qaiser, unty rasa seluar bunga dengan baju belang mummy lg win.. hee~ boleh masuk dalam list holiday ni.. dok KL sesak dengan hutan batu.. nyampah..

Unknown said...

Igt nak book sini utk honeymoon..mmg ok ke? Ape je lg yg ade kt sane ye..