Tetiba peribahasa kan. Semalam stress je aku. Qery cerita pasal kawan dia. Dia cite la kawasan rumah kawan dia ni takde air, jadi kawan dia ni join camping kat hutan dengan student. Besar harapan kat dalam hutan tu ada la chalet, bilik air, air la yang penting pun. Sekali...hamik ko. Jangan katakan air, nak salin baju pun susah. Pastu dia bagi la aku perumpaan...
Q : Klaka kan..Keluar mulut buaya, masuk mulut rimau
S : Hehe! Sian dia...
Q : Maksud perumpamaan tu kan...seperti....
S: Woi... Kamu ingat kite budak darjah berapa??
Q : Kite takut kamu tak paham je.
S : Pehlissssssslaaaaaaaa *jeling sikit*
Kong ajo sangat nak kata aku tak paham... Muka aku mempamerkan kebodohan melampau kot. Haha! Aku perhatiii je perangai Qery ni. Tak agak-agak pun kan.... Kecuali la kau bagi perumpaan yang susah kebeno, yang jarang orang guna, seperti embun di atas daun ke, atau seperti gergaji mata dua ke, atau bagai punggur rebah ke kan... Ini keluar mulut buaya masuk mulut rimau..Apehal sangat la mamat ni.bikin gua panas je..huhu!
Okey melalut sudah...berbalik kepada tajuk entry tadi. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Semua orang paham ye. Kalau tak paham sila berambus dari Malaysia..muahaha!
Sebab ada sorang email aku tanya berapa pinjaman bank yang aku buat untuk beli semua stok-stok ni. Dia nak tau la berapa, boleh la dia buat pinjaman yang sama. Begitu. Aku pasti dia bukan readers aku yang baca blog dari tahun lepas. Mungkin tergelincir masuk sini. Lepas tu ada beberapa reader mintak advice, mintak kata-kata semangat. Alorh, segannya aku nak bagi kata-kata semangat. Sedangkan diri ini pun suam-suam kuku je semangatnye. Haha!
Kite start dari 7.11.2012 ye.
baik punye tarikh macam kedai seven eleven.
7.11.2012
Permulaan dengan tak ada modal. Aku ambil pre-order. Kumpul order dua hari sekali. Lepas tu baru ambil barang dengan supplier. Produk pertama yang aku jual adalah Felinna Inchloss. Sehari keluar lebih 30 botol felinna inchloss. Senang aku nak fokus untuk satu barang ni. Pun aku tak payah pening nak reply harga kat customer, sebab memang satu barang je.
Tengok, semua pun losyen je kan. Hihi! Permulaan bisnes. Pun kite takde buku yang proper. Aku main tulis je kat buku conteng. Asalkan ada, dan boleh rujuk.
Buku recycle. Dah lunyai pun. Qery kesian sangat kat aku. Dia belikan buku baru.. =)
Buku ni pun dah habis.. suka buku ni sebab dia comel sangat.
Mula-mula bisnes, rak pun takde. Kite memang susun stok kat lantai je. Aku keluarkan dari kotak supaya senang nak kire. Losyen ni memang sangat-sangat berhasil. Ramai yang mesej bagi positif testimoni. Tapi masa tu aku pakai fon cokia. Paham-paham la tahap kebangangan aku. Nak print screen pun tak pandai. Testimoni terkubur macam tu je
Macam tu la stok, kite susun kat tepi.
Free gift pun susun kat tepi. Kesian tak de rak. Nak beli rak pun berkira2 duit. Sebab kita baru sangat start berniaga. Belum ada peruntukan untuk beli rak. Ada untung, kita kumpul untuk beli stok je. Pun takde perasaan nak guna duit untung tu untuk beli barang2 keperluan sangat. Malam-malam makan megy je. *tipu sangat...haha, mak aku masak kot...mihmihmih*
21.11.2012
Kita tambah barang.. 'Kita' bermaksud AKU dan QERY. Ini bukan bisnes aku sorang ye. Ini bisnes bersama. Sampai sekarang belum decide siapa bos. Memandangkan dua2 nak jadi bos. Lolss!
Masukla produk Felinna PMCVC.
Disebabkan produk Felinna memang tengah hot gila Setiap hari memang banyak permintaan. Jadi stok makin bertambah. Aku decide untuk beli rak. Lagipun modal pun dah ada sikit. Kalau nak beli rak harga murah2 boleh la. Jadi....belilah kita rak. Hihi!
Inilah keadaan masa tu yeah. Serabut alam. sampai sekarang pun serabut jugak. haha!
Kerana permintaan melampau-lampau, sampai aku rasa penat tulis alamat sambil baring. Lalu dengan tak sengaja telah membuat permintann kat Qery, tolong belikan aku meja. Poyo gila konon2 nak tulis alamat atas meja. Sampai kesudah tak guna pun meja tu. Haha!
Inilah mejanya.
31.12.2013.
Sebab ramai nak produk muka, jadi aku bawak masuk Myracles Beauty.
Hari pertama dah ada 20set order. Jadi terus la aku ambil stok banyak-banyak. Supaya tak menyusahkan Qery asik nak pergi amik stok je. Macam la mamat tu takde keje lain. Haha! Ada keja lain pun haku pedulik apa.
Produk ni memang bagus. Aku sampai sekarang pun guna spray dia. Mesti bawak spray dia ke mana-mana. Sikit-sikit spray, bosan pun spray. Dalam kereta..tengah silent takde benda nak borak dengan Qery, aku spray muka dia. Haha! Tanjat mamat tu..padan muka sapa suruh diam kan.. mihmihmih!
1.1.2013
Aku bawak masuk satu lagi produk. Vco-Antioxidants. Produk untuk kecantikkan luar dan dalaman.
Kau tak boleh bayangkan betapa gigih aku menyusun, gila nak masuk rak? Rak kecik kot, mana muat. Haha! Still susun kat tepi-tepi je. Jangan banyak songeh nak masuk dalam rak.
Order semakin hari semakin banyak. Sampai aku tak cukup tidur. Sehari 2 jam. Kadang2 masa tulis alamat tu boleh tertidur. Itu yang mak aku sikit-sikit masuk bilik sebab nak gerak anak dia. Muahaha!
Pastu aku merungut kat Qery, aku ni kuat mengadu tau. Pening kepalaaa Qery nak layan aku ni. Aku cakap la nak beli dot matrix, senang taip alamat, tak payah nak tulis. Lenguh gilaaaaaaaaa nak tulis kalau banyak-banyak ni. Jadi terbeli la Dot matrix ini.
Tapi kesudahannya, terbiar dot matrix ni sebab aku tak tau setting, orang kampung macam aku ni...apa pun tak boleh. Pastu bila Qery tanya kenapa tak guna dot matrix, aku bagi alasan wayar dia pendek. Padahal....haha! Eh memang wayar dia pendek pungggg..
25.2.2013
Kerana Felinna PMCVC lama gila takde stok. Aku bawak masuk alternative vitamin c untuk semua customer. Aku jual pulak Maixara C-Sential. Yang ni pun keluar macam pisang goreng. Hari pertama dekat 50 box.
Semua orang tau kot, pembelian 2 botol ke atas akan dapat free gift. Rak aku semakin tak muat. Jadi bilik aku semakin bersepah..
18.3.2013
Secara tetiba ada customer buat permintaan suruh jual Aurawhite. Kerana dorang tak nak beli dengan orang lain. Baiklah...kita jual je. Mula-mula aku malas nak jual, sebab contain dia lebih kurang Maixara kan. Apakah motif aku nak jual barang lebih kurang tapi brand lain-lain. Tapi kerana customer ku...ku relakan juga.. hihi!
Tak sangkaaaaa pulak ramai suka Aurawhite ni. Jadi kite restock bebanyak. Sampai kan aku pun tergoda dengan Aurawhite. Sampai sekarang aku minum Aurawhite
Rak tak muat, jadi aku order dengan bapak aku rak. Lupa pulak bapak aku jual perabot. Haha!
Susun2 sekali tak muat. Lalu aku telah menyusahkan bapak aku. Suruh dia order lagi rak yang sama.
Dalam pada masa nak tunggu rak tu. Berita gembira, stok Felinna PMCVC dah ada balik. Tapi dah bertukar rupa la. Panjang2 leper kotak dia.
Engko tengok bersepah kotak. Rak tak muatkan. Serabut bilik aku. Semak gila.
3.4.2013
Aku bawak masuk Opti E Plus
Produk ni memang terbaik untuk kesihatan luar dan dalam. Doktor2 pakar pun guna ye.
Berapa produk dah tu?
Pastu kebetulan, rak yang aku order dengan bapak aku. bapak aku order rak harini, esok dapat. Whoaaa. lagi hebat bisnes dari anak dia. Haha! Bapak aku tak yah tunggu postage pung. Dia call supplier, suruh hantar hari tu jugak. Pagi call tengah hari dapat. Terbaik. Malam terus hantar balik rumah.
This is the way i do. Pre-order is good for starting la, tapi jangan buat permanent bisnes dengan pre-order. Ko paham tak english aku yang tunggang langgang tu. haha! Apa nak kisah english tunggang langgang kan. Melayu tunggang langgang pun tak berapa nak malu. Tapi atleast paham la keluar mulut buaya masuk mulut rimau *tetiba, haha*
Kena tanam azam kuat. Dapat untung jangan guna. Kumpul untuk modal. Jangan la modal Rm5. Untung RM2. Pastu happy untung Rm2, pergi beli ayam penyet RM7. Apahal??
Jangan jadikan alasan tak belajar akaun, jadi tak berapa bijak manage duit. Aku pun tak ambik akaun. Tapi stakat bisnes kecik. Boleh la manage sendiri kan.
Aku tak pernah buat pinjaman bank kecuali Ptptn. Untuk bisnes pun tak pernah mintak duit mak abah. Padahal sebelum aku start bisnes, kering air liur mak aku offer nak bagi pinjam duit dia. Kalau korang ingat, yang aku selalu lepak kat hall buat kerja sambil mak jahit langsir, hari-hari mak berjampi kat telinga aku supaya pinjam duit dia. Terlebih duit ke apa mak aku ni kan. Hihi!
Sebenarnya tak kisah pun dari mana sumber pertama korang start berbisnes. Pinjam bank, pinjam mak abah, pinjam boifren, duit sendiri, pre-order. Asalkan korang pandai manage, tak boros. Insyallah..semua orang boleh berjaya kot.
Apa-apa pun. Yang paling tersangat penting. Doa. Mintak rezeki dari Allah. Semua yang datang pun daripada-Nya.
One more, hormat customer walau apa pun terjadi..Kerana dalam kita tak sedar, mereka ni adalah tulang belakang kita.
=)
Tetiba nak upload gambar sendiri. Yang ni tak jual yeah. Haha!
Kbye =)
18 comments:
memang best sangat berbisness kan? Mee too . kadang boleh kumpul duit dengan bisness je. Masya ALLAH. rasa bbaloi pnat lelah bila tgk untung kn. tp tgk awak nye bisness rancak. Alhamdulillah rezeki Allah
comel sis sepet!!
Pergh. Kagum teriba. Ak doakan ko berjaya dunia akhirat. Amin.
kagum dgn kesungguhan akak..
Anak melayu yg gigih bekerja..
Chaiyok2 kak.. :D
semoga brjaya bisnes akak..
terbaik!!!
Suka sangat baca blog adik Sepet ni. Humble, comel, tapi bijak sangat dalam berniaga. Congrats and keep it up, dik!
First time komen ni...sebelum ni just silent reader je...kite respect kat sepet n semoga sentiasa di murahkan rezeki k;)
Thanx for the sharing..utk supplier brg2 pula cmne?cmne nk dpt ctc ek..
i luv u sepet . (tetibe kan)
haha. suke gile bace blog akak :)
Nk tnye cm ne nk dpt customer? Ade promote kt fb pon xjln...
Wah kagumnye!!!...
Bilik sepet dah macam farmasi kecantikan dah..hihi
sepet, kalau x nak dot matrix printer tu jual kt kite la. tgh berkira kira nak beli ke x.
try guna printer biasa, tp tulisan jd senget sbb borang tu 4 helai kan.
best baca...tetiba rasa bersemangat jugak nak maintain n up kan lagi bisnes y ada...
betul2...customer kena jaga...dorang tulang belakang kita....:)
Akak pun mcm teruja nak berniaga..sepet ni boleh bg motivasilah...
bagus sepet keep it up :)
entri pemberi semangat ni :)
Post a Comment