Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 3, 2013

Aktiviti tak sihat. Hihi!

Minggu lepas hari Ahad kot. Aku dengan Qery pegi Alamanda. Saja je pergi takde motif pun. Takde la niat nak beli barang atau pun nak tengok wayang. Memang saja je pergi. 


Macam biasa termasuk kedai kasut Nike, Qery sengajaaa je lalu situ. Kalau tak masuk tak sah. Lepas masuk Nike, masuk Al-Ikhsan. Pening kepala aku. Kedai sebelah-sebelah pulak tu. Dah la yang masuk sana semua lelaki boroi. Yang dah kawin la. Takde selera la aku nak tengok kan. huhu!

Masa masuk kedai Nike tu, ternampak kasut ni, homei sangat. Terus try sarung. try je la. Motif aku nak beli kasut sukan pulak buat apa kan. Bukannya aku bersukan pun. Hahaha! Paling extreme pun sukan aku adalah lompat bintang. Aktiviti yang tak perlukan kasut pun.


Kalau dapat free alangkah indahnya dunia. Aku dah la lamaaaa gila tak bersenam. haritu saja la gedik lompat bintang 50 kali kat dapur. Ofkos la kena lompat kat dapur, sebab kat dapur lantai simen kan. Kalau melompat dalam bilik. Patah papan bilik aku. Kalau betul patah, memang kong ajo papan tu. Huhu!

Saja la lompat bintang, Lepas tu..rasa mengah tak cukup napas. Padahal masa sekolah dulu *cita 8 tahun lepas...pftt* bila cikgu suruh lompat bintang sebelum mula larian, rasa macam....apa jadah buat lompat bintang, bukan boleh keluar peluh pun. 8 tahun selepas ittew. lompat bintang 50 kali je, rasa nak rehat seminggu. Amboiii sangat. haha!

Barula sedar diri dah gemuk, dah tak aktif. menangis di dalam hati pun tiada gunanya... marilah kita tanam azam berdiet. Jangan makan nasi.

Esoknya berjaya...


Makan ni je. Makan smbil hidung kembang kempis, sebab bangga dengan tahap pencapaian sendiri, sehari tak makan nasi. *kejadian jarang2 berlaku memang gini la ye*

Esoknya..tetiba order ni pulak.


Dah order baru teringat sedang diet. Acaneeee?? Terpaksa makan....membazirkan amalan syaitan..Ececee..dan dan kan...haha!

Balik rumah kena study. study dalam kekenyangan adalah amat melampau susah diaaaa... Asik nak tertido je.


Study pasal tocotrienol.  Oh semalam ramai jugak yang order untuk parent masing2 ye. Ololo semua sayang mak ayah. Hihi! banyak kelebihan. Aku masih sedang explore dia punya kelebihan. Ko tengok tebal mana buku tu. Mana cukup sehari aku nak taip kebaikkan dia kan. Sapa nak boleh order tau.

Masa tengah study tu...rasa nak pejam-pejam je mata.Tapi tak boleh la kan. Kalau study, biarlah study..walaupun tak paham langsung, baca la patploh kali pun takpe. Pastu menyesal sebab makan kenyang sangat. Tebal ni aku boleh habis baca dalam masa 2 jam je.  Power gila Sepet. *puji diri sendiri adalah kelebihan aku ye. haha* Kelebihan la sangat..

Memang boleh habiskan dalam masa 2 jam. Paham tak paham belakang kira. Yang penting..habis baca. haha! Itulah konsep study aku yeah.. Jangan ditanya macam mana aku study dulu. Sekian terima kasih..

5 comments:

NinaAz said...

Rajin sungguh u study yea sepet.good2. Hehe

Chikova_Airashii said...
This comment has been removed by the author.
hasyimahshe said...

kasut tak nak kalah!

Mimie Najib said...

rajinnya study..hehhee..

*mak aiihh, bnyk nya mkan..klau sy tak tertelan dah..hihihi

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

rajin sangat baca semua tu..