Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 1, 2013

Tutorial Bergambar Shawl Jameela

Kemainnnn aku semangat subuh-subuh pakai shawl semata-mata nak buat tutorial cara pakai shawl jameela ni ha... Padahal cara dia lebih kurang macam tutorial dulu. KLIK SINI.

Seperti biasa. Aku adalah tak pakai anak tudung. Jadi ko anggap je la ini anak tudung aku, jangan komplen yeah. Tumbuk kang. Huhu!

Amacam, comei kan? Tapi tak boleh lawan Kak Ton. *haha, tetiba sangat*

1. Pakai anak tudung, terpulang nak pakai ke tak, kalau aku...aku memang tak pakai, sebab rambut iolss dah sikat pin kemas-kemas. Lagipun shawl tak jarang. Kalau nak pakai lagi bagus alhamdulillah. mihmih!

 2. Pilihan shawl adalah shawl Jameela, sebab shawl ni hujung dia bulat. Kalau shawl biasa hujung dia petak kan. Jadi aku tunjuk kat korang 2 jenis shawl. Satu hujung bulat, satu hujung petak. Aku nak buat tuto ni adalah yang bulat punye.

 3. Pakai shawl ni sebelah pendek, sebelah panjang. Yang pendek tu. Lebih kurang atas pusat la kalau nak nampak cantik. Masa ko solat kan ko letak tangan bawah dada, atas pusat kan. Ha ngam ngam kat situ. *kemain bagi contoh solat kan, sesuatu sangat, haha*. Lepas tu pin kan terus kat leher tu.

 4. Lepas tu, belah yang panjang sekali tu, pusingkan (lilit) seperti dalam gambar.

5. Dan akan jadi seperti gambar di atas. Ko kemas-kemas kan la sikit. Sekarang shawl tu dah jadi sama panjang la ye. 

 6. Pastu pin kan semula bersama-sama, Ko bukak la balik pin tu, pastu pin semua sekali. *mohon jangan tengok lubang hidung i ye*

 7. Shawl yang ko lilit tadi tu,balance dia bawak naik atas, pin kan kat situ. Homei2 je pin tau.

 8.Sebelah lagi yang pendek kita tak usik dari tadi kan, kita pin kan sampai jadi macam gambar kat bawah ni. 

 8. Siap!! jadi dia memang bulat dua tingkat. Haha! Kalau ko rasa nak labuh lagi, pandai2 la alter sendiri. konsep dia begitu jugak ye.

Mana nak beli shawl ni.

Begitu gigih aku membuat tutorial yang di minta sejak 2 bulan lepas. haha! Korang niiii.....pakai je la macam2 mana pun. Sajaaa la tu nak suruh aku berpura2 ayu depan cermin. Masa nak snap tu aku tersenyum2 sorang. Terpaksa iolls bajet jelita. hahaha!

Tatkala aku buat tutorial ni, aku belum tidur lagi dari semalam. Kejap lagi nak lelap dulu. Tapi sebelum tidur mesti minum Aurawhite.

 Dah seminggu aku minum. Memang ada perubahan putih dia. Sampaikan Qery paksa aku bagi dia, dia nak try. Baru je malam tadi dia mintak aku. Sibuk je nak putih. Aku dah la suka kalau dia hitam. Huhu!

Lihat mata ku.  Menantokkkk nyeeee...

Sapa nak beli Aurawhite lagi meh la order. Walaupun aku tengah tidur, pasti akan ku reply selepas bangun nanti *mesti la kan..haha*

Aurawhite Rm150 free postage free shaker free masker
Maixara C-Sential RM99.90 (promo price until 30 April 2013) Lepas tu normal price RM125.

Sepet 012-2678134 (msg/wassap sahaja akan di layan)
Email pun layan jugak : sepetsshop@gmail.com

5 comments:

Shima Mazlan said...

wahhhh .. sepet .. wat tuto byk2 .. bole bg aku idea .. cz insya'allah pasni aku nk berhijrah .. n nk tny .. aura white tuh 1 botol utk brape lama yer ..

najatulanirah said...

nmpk sepet smlm kt alamanda! nk tegur tp segan.. hehe! btw awk cntik.. :)

farra8979 said...

thanks for the tutorial... ^^

Unknown said...

Thks sepet..
Ermm..Bole tunjuk gmbr blkg x?? Hiihuu...

NinaAz said...

Omey3nya kulit u. Jeles mak!!!! Wawawaq