Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 18, 2013

Muka Miang

 Korang ada add aku kat facebook tak. Aku upload gambar muka dekat-dekat. Pastu senyum. Gambar biasa je kot. Tetiba 2 3 hari lepas tu, aku dapat mesej dari Qery..

Q : Takde gambar lain ke nak upload
S : Apa?
Q : Facebook
S : Kenapa?
Q : Macam nak gode orang je.

Terus la aku cek. 

 gambar ni, aku pernah publish.

Gode? Kong ajo Qery ni.Dia suruh aku tukar. 2 3 hari lepas tu baru aku tukar sebab dia asik membebel je tanya bila nak tukar..

Aku pun tukar la gambar ni


Malam tu dia mesej lagi. Katanya gambar ni nampak macam miang....

Hoihhhh!!! Apa ni??? Bengang je aku..pastu aku malas nak layan. Buat tak tau... Pastu dia suruh upload gambar bawah ni, merayu2 suruh tukar. Stress betul..


Muka aku miang yeah? Benci betul. Mana ada miang kan...Mana ada buat muka duck face, mahupun muka jelir2 lidah. Tetiba cakap muka aku miang. Pastu siap bagi idea letak gambar muka aku yang nampak sipi2 je. Boleh?? Baik aku letak gambar pinggan mangkuk je kalau gitu..huhu!

Minggu lepas terpergi The Mines. Sebenarnya aku dengan Qery bertekad tak nak masuk dah The Mines dengan Alamanda bulan 4 ni. Sebab kalau pergi sana mesti terbeli. Tapi haritu Qery kata nak pergi The Mines sebab nak makan kat Little Wok Kitchen. 

Okey la kite pegi je...Tapi dah datang The Mines takkan nak makan je kan. Mesti la jalan-jalan.

 Baju from FemmeFashion2u

Macam ni la gambar model sebenar pakai.

 Cantik...tak sure ada warna apa lagi. Korang KLIK SINI tengok yeah.

Yang ni model miang punye gambar. Mihmihmih!

Macam biasa, terbeli kasut Qery. Lepas ni pergi Tesco je lah..

Okbye..

p/s : sapa-sapa yang dah dapat aurawhite yg baru tu, sedap tak?? hihi! Macam tu la rasa sebenar dia. Memang sedap sangat. =)
Borong bedak Arab dah ditutup. Stok yang ada ni untuk aku jual je. Yang peruntukan untuk borong dah tutup yeah. Sorry. Tapi sapa-sapa nak borong untuk next month, boleh la booked dulu. Cuma barang sampai pertengahan bulan 5. Okeyh bebeh.

6 comments:

Irfa said...

qery jeles la tuh takut ada org 'tergode' ngan kamu.hahaha

edlidza said...

cik sepet nih comel sangat !!! ^___^ tuh yang cik abg jeles...

Shima Mazlan said...

hahaha .. kuang ajo tunang ko tuh .. muka comel dia ckp muka miang .. takot org tergoda ngn ko la tuh .. hahaha

Zanira Noh said...

Eeee siapa yg gems jln belakang ko tu na. Hahahaha

Rara said...

comelnye pakai jumpsuit! kena kurus mcm awk bru sy leh pakai :D

NinaAz said...

Jelesla tu org len tgk tunang dia. Agagaga