Followers

nuffnang

Apr 10, 2013

Bersyukur... =)

Aku selalu percaya, kalau kita ikhlas dalam buat apa sahaja pekerjaan, niat kita betul. insyaallah Allah akan tolong kita. Korang tau kan yang aku masuk majalah Mingguan Wanita untuk produk Myracles Beauty. Yang berderet gambar top dealer. Dapat masuk majalah pun dah bersyukur ni..

Suatu hari, Myracles Beauty ada buat event, bagitau cara penggunaan Myracles spray dan sabun dengan betul. So aku dengan Qery attend. Kita dapat la ilmu, banyak ilmu yang dia bagi, tapi yang masuk dalam kepala otak aku sikit je. Haha! Biasalaaaaa....darah muda macam aku ni kalau nampak ilmu kite jeling2 sikit je. Cer nampak lelaki.Terbayang sampai ke malam. Pfttt

Ada la hadiah-hadiah yang dia nak bagi untuk top dealer dengan syarat2 tertentu. Kalau tengok hadiah tu, semua orang nak kot.Balik tu aku pun story la dengan mak aku....

Aku : Mak..tau tak, kalau kita jual banyak kan, kita dapat hadiah bla bla bla....

Sekali mak aku cakap apa tauu....

Mak : Jangan kejarkan sangat hadiah.. Salah niat tu. Kita jual barang sebab barang tu bagus. Bukan sebab hadiahnya. Ingat tu. Jual macam biasa je. Kalau ada rezeki tak kemana. 

(-_-')

Sebab tu aku sayaaaaaang kat mak aku. Selalu sedarkan aku kalau aku salah. Hihi! jadi aku pun jual je la macam biasa. Takde la terkejar sangat hadiah-hadiah tu semua. Pun aku tak terfikir untuk bersaing dengan mana-mana penjual Myracles Beauty. Sebab kita sama-sama jual, sama-sama cari rezeki. 

Sejujurnya aku jarang bukak page official semua produk yang aku jual. Sebab tu kalau ada promosi aku selalu tau lambat. Kelam kabut pulangkan duit customer. Hihi! Tapi owner Myracles Beauty sangat bagus, setiap kali nak buat promosi, mesti call bagitau bila dia buat promosi. Agaknya dia tau kot bukan semua penjual produk 24jam depan komputer. The very the good. I like...hihi!

Semalam aku bukak la page Myracles Beauty sebab nak tengok info pasal Opti E Plus ni. Sekali aku ternampak la Ranking Top Super Dealer Myracles Beauty. Ofkos aku nak tau aku kat mana kan.... Walaupun pesanan emak terngiang-ngiang, ecehh....haha. Lempang tau la... Aku pun klik la dengan tak de perasaan. 

Tanjat gegirl. Rasa macam amik exam. Tengok dapat no berapa dalam kelas kan.. Tapi iolls memang selalu je dapat no 1 masa sekolah dulu *mata ke atas sangat, haha*

Sapa-sapa nak beli, boleh roger2 tau. Daku cuba memberi perkhidmatan terbaik untuk semua. Insyaallah. =)

Masa nak ambik stok Opti E Plus ni, tak sangka dapat jumpa Super Dealer Penang mali. Hihi. Nurul Iman namanya. Tinggi, terserlah kependekkan diriku ini. 

Iman, awak sebenarnya pakai kasut tinggi kan.. Tolong la cakap awak pakai kasut tinggi walaupun hakikatnya dot dot dot. huhu!

Bersama pengasas produk Myracles. Encik Fadhlur kita, sebenarnya semua orang panggil Encik Rahman, beliau pun panggil diri sendiri Encik Rahman, aku dengan Qery je panggil Encik Fadhlur, sebab dah terbiasa, susahnyaaaa nak tukar. huhu!

Terserlah kesepetan ku. 

Opti E Plus adalah produk yang dipasarkan oleh syarikat Myracles Beauty ye. Kalau korang nak beli dua2 produk ni pun lagi bagus. Jap aku copy sikit tahap kebagusan Opti E plus ni. Produk ni pun digunakan oleh doktor2 pakar kulit tau. Juga sebagai supplement untuk sapa-sapa yang mempunyai pelbagai penyakit. Penyakit apa boleh rujuk sini yeah..


Ingat ye. Opti E Plus ni bukan vitamin e biasa yang selalu korang tengok kat farmasi, yang tu vitamin e (tocopherol), haritu ada orang tanya minyak kelapa dara vco tu guna vitamin e apa kan, yang tu pun tocopherol. yang Opti E Plus ni adalah TOCOTRIENOL. Korang tak percaya boleh google sendiri kehebatan tocotrienol ni. =)

Insyaallah, aku akan jual produk yang bagus untuk korang k. Sebenarnya aku sangat terharu bila ada anak2 beli Opti E Plus ni untuk parent masing2. Pesan kat mak ayah, masa makan tu baca selawat sekali. Semua penyakit yang datang dari-Nya, kita cuba usaha takat mana yang mampu. =)

Kalau lelaki yang asik bersukan tu, cara makan dia lain ye, korang boleh tanya aku terus time beli tu macam mana nak makan yeahhh... Sebab aku kadang2 lupa nak bagi direction macam mana nak makan. 

Kalau yang ada penyakit tu pun cara makannya lain. Kalau yang ada hiv, aids atau cancer cara makannya lain. Tolong mintak aku consult untuk korang ye..

Kalau saja-saja nak makan as supplement tambahan, pun cara makan dia lain..

Itu sahaja. Kbye =)

3 comments:

aida said...

baguslh adik sepet,akak doakn business adik diberkati tuhan.

NinaAz said...

Wahh. Tahniah sepet. Semoga berjaya!♥

Chekgu Azrine said...

good girl..syabas bete!!