Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 28, 2013

Abah masuk ward

Jarang sekali aku update hari Ahad kan. Hihi!Ni nak cite la.. Semalam malam, memang bincang2 dengan Jemah, KakCik, Emak, Atam nak bawak abah gi hospital Hari Ahad, tapi nak bawak malam sebab HUKM rasanya malam macam tak ramai orang. Jadi malam semalam pun bincang-bincang nak masukkan abah kat dalam ward.

Abah dia memang dah teruk, tapi tu la. Kite paksa dia pergi hospital. Dia mesti ngelat. Katanya boleh tahan lagi. Tapi kita semua kenal bapak kita macam mana. Sebab abah dia memang jarang macam ni. Kiranya dah sebulat suara nak hantar hospital, suruh doktor masukkan dalam ward, cek betul-betul apakah masalahnya.

Pukul 2 pagi, semua orang dah nak tidur, aku macam biasalah burung hantu, tengok laptop nak update untuk hari Isnin. Lepas tu aku dengar abah keluar dari bilik dia, pergi dapur. Batuk teruk. Aku pun turun dapur, intai la dia..takut dia lapar..Sekali tengok dia duduk kat singki je, standby nak muntah..duduk diam2 situ, agaknya dia penat la tu asik ulang ulang muntah kan.

Aku : Abah lapar ke?
Abah : Abah sakit la Na, sakit sangat ni, tak tahan rasa..
Aku : Kita pergi hospital lah.
Abah : Ok, abah pakai baju.

Aku pun apa lagi, bila abah dah volunteer nak pergi hopsital, laju-laju gerak Jemah. Sepantas kilat Jemah bangun. Masa tu nak pukul 3 pagi dah. Siap-siap nak pergi HUKM sebab haritukan kite check up kat HUKM. Terus ke emergency..

Yang paling tak boleh bla. Kita explain la kat nurse ni...yang abah sakit dah lebih 2 bulan. Dan kita dah jumpa doktor pakar semua, cuma lepas makan ubat ni, badan abah condition abah semakin teruk. Lepas tu nurse pun explain

'Sekarang ni sistem kat emergency, kita merawat orang yang betul-betul sakit. Orang macam pakcik ni kena tunggu doktor, harini ramai, lebih kurang 3 4 jam jugak pakcik kena tunggu doktor'

Dan aku pun keluar cari Jemah, bincang.. Gilakapo nak suruh orang tua yang dah sakit sangat tu tunggu lagi sampai 3 4 jam. Dah la tak bagi ubat tahan sakit langsung. Ayat nurse tu paling klaka apa tau..

'Pakcik boleh bernafas lagi kan..pakcik balik dulu, esok pagi baru datang balik jumpa doktor, doktor akan suggest macam mana'

Tak menyirap ke kau. Aku pun cakap kat nurse tu aku bawak bapak aku balik je. Aku paham la kat emergency dia punya sistem macam mana. Memang dia rawat orang yang kritikal dulu, tapi ko tak payah kot nak cakap boleh bernafas lagi ke apa kan. Lempang sekali tau la.

Abah aku muka dah berubah dah sebab aku ajak balik. Yela sebab dia sakit.. Takkan nak balik rumah. Huhu! Masa jalan keluar tu aku bisik kat abah..

Aku : Kite gi hospital swasta je Bah
Abah : Boleh ke Na?
Aku : Boleh je

Dia risau la tu, takut mahal kan. Hihi! Dont worry Abah, anak abah 9 orang. Insyaallah kita akan ikhtiar yang terbaik. jadi decide pergi hospital tempat lama aku pernah kerja je. Senang, dekat dengan rumah. Aku pun kenal la doktor mana yang okey.

Sempat keek lagi.




 




Sampai sana, sebab aku kenal semua staff yang kerja tu, lagi bertambah senang la procedure nya. Hihi! Daftar masuk ward terus, kite cerita sikit-sikit apa masalah abah aku. pagi ni terus cek. Dia kena cari punca dulu kenapa semua. Lega sikit hati. Abah terus masuk drip, kena inject tahan sakit.

Sementara nak tunggu Xray, abah baring dulu kat emergency. Masa ni pukul 4 pagi. Abah cakap dia dah tak sakit, sebab dah inject ubat tahan sakit. Kitorang suruh abah tidur, rehat dulu dalam bilik tu. Esok kitorang datang bawak baju, ubat semua.

So kesian tau.. Aku pegang tangan abah tadi, memang takde isi dah. Turun 10kg, ko bayangkan.. Harapnya...apa yang kita ikhtiar ni, dipermudahkan oleh Allah swt. Aminnnnn

17 comments:

thah salleh said...

semoga abah sepet cepat-cepat sihat. amin..

najatulanirah said...

Semoga abh sepet cpt sembuh! Amin!!

halimatussaadiah-itus said...

sepet pun kena take a rest...sme2 kte doakan abah sepet akan sihat walafiat..insyaAllah..

Puan Nad said...

Sedih bila bace part yang sepet ajak abah sepet gi hospital swasta n bleh lg pakcik pk boleh ke tak... sayu plak bila sepet mention, anak abah 9 orang...

syabas sepet n semua adik - beradik anda.

selagi mak ayah ada, kita cuba sedaya upaya sentiasa di cc mereka

bazilah abu hassan said...

Moga dipermudahkan segala galanya kak sepet. amin~

Mai Keding said...

sabar yeah...Allah ade.. :)

Miss arfisa said...

teruknya layanan nurse tu.

NinaAz said...

Dulu... aku rasa nyesal sgt sb letak arwah abah aku kat spital kerajaan...huhuhu. diaorg buat silap. Kita yang hilang segala2nya. Tp kami redha. Kdg2. Doktor pun bukan boleh percaya. Manusia biasa. Tp. Bab2 nurse y mulut power tu.. kalo aku. Besar kecik besar kecik jea aku tgk. Huh. Semoga ayah sepet cepat baikkk

NuRuL ADiBaH said...

moga abah sepet cepat sembuh.
amin..

iza_sna said...

Hopefully abah awak cepat sembuh ....
Jemput la singgah blog saya k ...

iza_sna said...

Saya doakan semoga abah awk cepat sembuh ye ...
Jemput singgah blog saya tau ...hihi

iza_sna said...

Saya doakan semoga abah cepat sembuh ye ..
Jemput la singgah ke blog saya ...hihi

Mrs.FHM said...

Semoga abah sepet dan jemah ni cot sembuh yer insyaaAllah.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

semoga dipermudahkan segalanya......

Shima Mazlan said...

klinik kerajaan mmg mcm tuh .. sbb ramai org kan .. dorg pon mmg xpk aty org len .. myb sbb tension sgt kot ramai pesakit .. so hope ko sabar n semoga abah ko cpt sembuh ..

Jojet said...

sy doakan abah awk, sembuh segera..diringankan sakit dia..amin..

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

sakit plak hati akak dgn procedure hospital kerajaan ni...
ntah apa2..nak tunggu kritikal tahap boleh hilang nyawa baru nak take action ke...

tu pasal la tak sanggup nak pegi govt. hospital...

mujurlah abah sepet dah discharged dah pun...gamaknye kalau masih dok kt hospital govt tu.. tak taulah berapa lama masa yg pihak hospital nak ambik utk pantau kesihatan abah sepet tu...