Followers

nuffnang

Apr 16, 2013

Amatur

 Agaknya sapa follow IG aku mesti rasa pelik kehapenyeee si Sepet ni lukis-lukis. Dah la buruk, lepas tu selamber upload kat IG, macam la chantekk sangat.. Lolsss!! *baru belajar taip lols dengan anak buah..pfttt* Begini ceritanyaaaa... Meh dekat sikit meh... Mihmihmih!

Haritu Qery cabar-cabar suruh aku lukis. Sebab haritu aku pung pang pung pang *cite kemain* dengan dia yang aku memang suka melukis. Tapi stop sejak tingkatan 3 di atas suatu perkaraaaa... Haaa...perkata apa ittew... Nak tau la tu kan kan kan.. Haha!

Peristiwa yang membuatkan aku tak melukis lagi, adalah apabila aku tau kelemahan aku adalah mewarna. Yup, aku sangat lemah dalam mewarna. Lukis pun takde la cantik beno. Aku bukan jenis bijak lukis muka orang tau. Aku suka lukis pemandangan. Rumah, sawah padi, hutan. Gittew. Bajet pencinta flora dan fauna. Padahal siram pokok pun dah tak ingat tahun bila. Kahkah!!

Berbanding aku dengan Qery, Qery adalah lebih berseni dari aku. Dia lebih kreatif. Aku tak kreatif. Tapi...aku tak pernah tengok dia lukis. Dia cite pung pang pung pang buat mural kat sekolah, itu ini..kemain la cite konon2 dia ni kreatif tahap gaban punya, takde sapa boleh lawan dia. Aku iyekan je. Sapa lagi yang boleh pura-pura percaya kata-kata dia selain aku kan. Depan gua percaya la. Belakangggg...kirim salam je. 

Jadi, tahun lepas sebenarnya permintaan aku untuk harijadi adalah...aku mintak dia lukiskan muka aku, lepas tu buat bingkai sendiri guna ranting kayu bla bla bla, paham la imaginasi aku. Tapi...harem...katanya dia tak pandai lukis muka orang. 

Der.....tadi cite camane kann... Sekali kata tak reti...

Lepas tu, tahun ni pun aku masih tuntut lukisan tu..tapi pun tak dapat.. Kerana aku kesepian.. Ewahh..haha! Geli.. Kerana aku terlalu mengimpikan orang lukis muka aku.. Malam tu aku terjumpa pensil. Dan aku tak pernah lukis muka orang yeah. Bila dah habis lukis. Aku happy gila, muahahah. Walaupun sedar tak cantik pung, senget benget. Aku mengharapkan Qery kata

'whoaaaa..hebatnyaaaaaaa'

Iyela..walaupun tak hebat, ofkos lah kau kena jaga hati aku kan...

Aku pun dengan semangatnya upload kat IG, siap lepas tu mesej Qery 'nanti tengok Ig tau'.Lama gila aku tunggu dia tak like pun...Orang lain adalah like, tapi aku menunggu Qery like kan... sampai tertidur2 iolls. Kong ajo mamat ni.

Jap aku upload gambar tu.


Iye, lukis mata sebelah je memang senang, kalau lukis dua2 belah kompem aku tak boleh, sebab tak pandai la kan. Nanti mesti sebelah macam lain, sebelah lagi macam lain. Mana la aku pernah lukis semua ni.Contohnya di bawah...

 Kan ke senget hidung dia tu. haha! Tapi lepas lukis2 rasa macam muka pelakon Fezrul Khan pulak. *perasan gila aku ni, haha*

Sekali bangun2 pagi tu. Qery komen apa...

'Amatur'

perghhh...macam bagus okey diaaaa...Selamber komen aku amatur. Haha! Walaupun memang hodoh tahap cipan pun, jaga la sikit hati aku kan. Kong ajo sangat.. Malam tu cuba lukis lagi, tapi memang aku rasa aku memang tak dilahirkan untuk ada seni lukis muka orang.


Inilah hasilnya setelah 10 tahun tak melukis. Syabas...tolong la lupakan terus niat untuk melukis, kerana tak sanggup di kutuk Qery lagi. Haha! Tapi memang 10 tahun yang lepas, aku suka sangat melukis, sejak dari tadika aku suka melukis. Sanggup beli buku kosong semata2 nak buat buku lukisan, meja aku paling hitam di antara kawan2 sebab suka lukis atas meja. Lengan baju skolah tak yah cite la hitam dia. Tapi itulah masalah aku... Aku suka melukis, tapi aku tak suka mewarna.

Sekarang, langsung tak pandai melukis, semua out. Apakah semua ini.... =(
Tapi abah aku memang tangan seni. Dia memang pandai lukis terus pakai water color. Dulu dia pernah ajar aku lukis gambar hutan, taman bungaaaa, guna water color terus, tapi aku cuba mesti tak jadi. Abah aku lukis cantikkkkk sangat. Tapi dia tak minat pun melukis. bakat tu memang bakat semula jadi kot. Tak payah asah. kalau macam aku, tak asah...makannya amatur la. haha!

Motifnya di sini : Qery sangat kuang ajaa....huhu!

4 comments:

NinaAz said...

ADA SENI MELUKIS GHUPANYA :)

Ayu azmir said...

wahhh... berseni sungguh tangan die...

edlidza said...

nice.... :) keep it up beb!!

Shahada Fauzi said...

menjadik jugak tu kamu lukis..kalau kite yg lukis mahu jadi muke hantu..horror sgt..huhuhu..