Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 23, 2013

Selasa Sudah Mali...Hihi!

Harini dah Selasa. Kejap je masa berlalu kan. Semalam aku tak tau la apa ke lemau sangat badan ni. Pukul 10 pagi baru nak try tidur. Sekali hamik kau...pukul 3 petang baru terjaga. Alarm pulak aku tak hidupkan. Adoi, masak lemak cili padi laaa makannya. Kelam kabut aku bangun, cek handfon. Customer mesti menyumpah seranah dalam hati sebab aku reply lambat kan.hihi! Maafkan diriku ini... Tak sengajaaa tidur lama-lama. 

Melompat jugak la aku dari katil tu. Terus bukak lampu. Lepas tu salin alamat semua. Mesej Qery, sempat membebel kat dia sebab tak gerak aku. Tak pasal2 je kena marah. Haha! Nasib mu la.. Tengah siap-siap, sekali Qery kata dia datang lambat sikit sebab hujan lebat. Apa lagi kita bergambar la dulu..


Aku yang membesar dengan jayanya. Saja nak teman Qery gemok. *alasan lama..haha* Shawl ni beli kat sorang kakak. Cantik ke tidok...hihi! Pastu sementara menunggu Qery aku pun susun2 la parcel, sebab dah lama gila tak tunjuk bukti yang aku bukan tipu duit orang. Ada kakak tu, dia dah bayar, lepas tu aku reply mesej dia lambat sikit, biasalah aku kan slow. Terus cakap iolls tipu. Tatut kittew. Hihi!

 Lepas je upload, Qery terus nasihatkan aku..

'Jangan upload gambar-gambar parcel ni selalu, nanti orang ingat kamu berlagak, menunjuk'

Mana ada selaluuuuuu...ini sejak berapa bulan aku tak upload gambar parcel tau..sob sob..

Tapi bila fikir-fikir balik. Betul jugak tu kan. Sebab tu jugak aku dah stop update tracking number. Bukan semua orang berfikiran positif dalam dunia ni. Dalam 100 orang, 10 orang je yang positif. Contohnya, dalam 6-7 ribu reader aku, mungkin 6ribu akan fikir aku nak berlagak. Kan kan?

 Tapi kalau korang nak fikir aku nak berlagak pun. Aku nak buat macam mana kan.. Sesungguhnya, niat aku upload untuk meyakinkan orang yang aku memang jual barang. Dan marilah beli dengan aku. Haha!

Maaf lah kalau terasa aku berlagak ke apa. Semua manusia dalam dunia ni buat silap. Termasuk aku. Kalau aku ada buat salah yang tak sengaja atau sengaja, maafkan lah aku, doakan lah supaya aku tak tersesat. Sesungguhnya doa adalah hadiah yang paling baik dalam dunia ni. 

Ceaaa.. Tetiba kan...

Lepas tu, masa nak keluar pos barang. Mak pesan belikan ubat kutu. Sebab katanya kepala gatal2 takut ada kutu. Aku pun ke watson.

Beli ubat kutu, beli susu abah. Abah nak susut, jadi kena beli susu untuk bagi dia lebih nutrisi. Bertabahlah abah. Ini semua dugaan. hihi! beli detox, beli pencabut dot dot, beli lip ice. Lepas tu boleh terlupa bawak kad watson. Nak tak nak buat kad lagi sekali, tapi kena register nama Qery pulak. Mana tau pembelian Rm200 ke atas. Dapat free gift manyaaakkkk.....


Yang bawah tu free gift, produk simplysiti. dengan detok brand lain. 
Best rupanya perasaan dapat free gift ni kan. Haha! Sebab aku jarang dapat free gift masa beli barang. So ini lebih kurang first time beli barang dapat free gift. Seronok.

patutla kebanyakkan customer yang beli kat aku tanya.. 'ada free gift tak' haha! Kadang2 beli banyak2 semata2 nak kan free gift tu. Kecomelan betul korang ni..

Semoga ceria sepanjang hari.. Muah!!

5 comments:

NinaAz said...

Tak rasa berlagak pun. Tp rasa bermotivasi. Tetiba rasa nk jual brg mcm sepet gak. Ngeeeee

misz sheyla said...

try bagi ayah makan herbalife shake tu...benda tu nutrisi untuk badan...kira macam makanan tambahan la...kite boleh bagi diskaun harga kita..

Shima Mazlan said...

laaaaa .. yke ko xpenah dpt free gift .. sian .. hihihihi .. best kn perasaan dpt free gift .. hnihihihih

Huda Azman said...

bagi tracking no pada customer je. senang dia cek brg dia dah sampai mana. so takde la dia tanya sepet byk kali dh pos ke blm kan =) lagipun ada ready stock kan. boleh terus bungkus.

sebab saya ada beli brg dgn sorang akak ni. bila clear payment je mmg dia terus bg tracking no. kita boleh cek brg dah sampai mana. padahal brg dia pos mmg byk. servis dia mmg tiptop.

ni cadangan je tau. nak support bisnes sepet. customer is always right kekdahnya. tapi saya tau ramai customer yg buat penjual asyik garu kepala yg takde kutu =P

takyah publish komen ni pun takpe =)

cikji said...

org yg berhati busuk je akan ckp sepet berlagak. btw,cikji suka tgk parcel2 tu semua,terus jadi bersemangat tau,hihi