Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 2, 2013

Nak gambar tak edit dekat-dekat zoom. Baiklah.

Kekadang aku paham keinginan customer untuk melihat wajah empunya penjual. Kulit cantik sebab guna 360. Haruslah kan. Kalau dah edit still tak cantik adalah sangat sesuatu. Huhu. 

Jadi ramai jugak yang konon2 nak pick up sendiri semata-mata nak jumpa aku sendiri. Buat pengetahuan korang, segala urusan COD, aku memang tak buat memandangkan aku memang la buta jalan. Plus Qery kata bahaya sebenarnya COD ni, sebab kita tak kenal siapa. Kang tetiba entah sapa2 menyamar. Jadi kalau dah kritikal sangat nak COD, Qery yang akan hantar barang tu. Iolls duduk rumah diam-diam je. mihmih!

Ada jugak kata yang nak pick up kat rumah. Aku memang tak prefer sapa-sapa tau jalan ke rumah aku. Sebab aku rasa rumah ni adalah privacy keluarga. Kecuali kalau kawan-kawan yang dah kenal takpe la kan. Ada je kawan2 yang dah kenal bertahun2 nak barang datang rumah aku. Cuma yang tak pernah kenal ni la. Aku tak berapa selesa sikit tetiba nak bagi alamat rumah. Lagipun bukan rumah aku, ni rumah family. Kalau sapa-sapa penduduk ceras baru ni, yang tau kedai bapak aku. Memang aku suruh ambik kat kedai je. Takde la sampai ke rumah hendaknya...hihi!

Lepas tu sekarang ni aku dah la tak berapa suka nak snap gambar sendiri. Sebab malas. Keluar pun takde snap gambar ke hape. Inikan pulak nak snap gambar syok sendiri. Kebetulan semalam dah buat tutorial shawl. Aku pun snap je la gambar dekat-dekat, kita zoom dekat sikit. Supaya korang tengok sendiri yeah. Yang ni tak edit. Jadi haruslah masih ada cacat cela di wajah ku. Tunggu sebulan lagi. Yang ni baru consume seminggu. 

Abaikan lebam di bawah mata. Gambar ni semalam dah tunjuk. Tapi yang tu guna 360, dia jadi terang. Semua korang tengok gambar yang tutorial tu semua 360. Jadi semua terang dan nampak agak blur.

Takde la cantik gila ke hape kulit aku. Still dalam proses pemulihan. Kan aku cakap haritu jerawat naik kan. Sampai mak aku pun risau kenapa jerawat naik dengan menggila. Bukan yang kecik2 pulak tu, siap yang takde mata tu. Kalau yang takde mata tu kan susah sikit nak hilang. Lepas tu aku consume Maixara C-Sential seminggu. Dalam masa seminggu tu memang okey la. Lepas tu aku tergoda pulak dengan Aurawhite, aku minum pulak Aurawhite, pun dah cukup seminggu. Hihi!

Aku rasa aku biasa je. Tapi mak, ceera, dan Qery kata aku dah putih. Bukan la before ni aku hitam. Dorang kata putih lain. Putih lain aku pun tak tau. Aku tengok pun memang ada rasa perubahan, tapi takkan la aku nak syok sendiri kan. Muahahaha!

Liang pori-pori sedang mengembang, sebab dia nak balancekan ph kulit. Lepas tu nanti dia akan kecil balik. Jadi korang boleh nampak liang pori iolls. 


Jerawat pun makin kecut. Lepas tu aku tak pakai langsung mekap dah sekarang. Kecuali kalau nak keluar, aku pakai la lipstik. Sebab bibir aku bukan jenis yang merah2 tu. Sobsss

Aku nak syorkan korang. Aurawhite atau Maixara pun aku tak tau. Masing2 ada kelebihan masing2. Ikut kemampuan dan ikut kehendak tekak. kalau nak dua-dua pun boleh. Dengan syarat ambil 2 scoop Aurawhite pagi, 1 biji Maixara malam. Minum air cukup. Hihi! Mesti result the vas vas vas.

Nak tengok gambar lama tak sebelum ambik apa-apa supplement. Jap aku cari. 

Masa ni muka aku agak kusam. Mungkin keletihan,lepas tu tak bermaya je kan. Kulit pun kering je. Harap2 lepas ni okeylaaaa kulit ku. Sempat tak nak cantik masa kawin nanti. Semata-mata kan. hihi! Kbye

2 comments:

Shima Mazlan said...

aku mcm teringin nak try aura white .. tapi dh byk sgt supplement yg aku amik ..kang jem plak organ aku ni .. sbb terlalu byk supplement .. huhuhuhu

suri said...

sepet, agak org dlm pantang bleh amek ke aurawhite nih? skang ni sy tgh tunggu ms nk deliver je nih..bese la kulit jd kusam n ada part2 tertentu jd cam hitam hihi.. prubahan hormon..bese la kan..ingt nk try aurawhite...tulunnn jawab sat hihi