Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 30, 2013

Keluarga Noh (As requested)

Aku rasa dah banyaaak kali aku cerita pasal keluarga aku. Bila aku google nak bagi korang link, rupanya keterlupaan yang aku dah save draft entry lama. Okey la kita perkenalkan semula yeah. Tak de hal. Cuma mungkin korang akan pening sikit la sebab ada 9 orang adik beradik semuanya...

 Ini abah, abah ni adalah idola aku. Aku kagum dengan dia sebab dia adalah abah yang sangat-sangat bertanggungjawab. Dia tak bagi mak bekerja kat luar. Sebab dia cakap tanggungjawab mencari rezeki tu adalah tugas dia. Biar dia susah. Jangan anak bini dia susah. Gittew. Walaupun dulu kami susah, tapi tak pernah pun kami berlapar. Dulu abah kerja lori. Dia korbankan masa untuk anak-anak semata nak cari rezeki halal. Tapi kita semua paham je. Kerana terlalu kuat bekerja, sampai sekarang pun masa sakit still fikir nak bukak kedai. Pftttt. Umur abah tahun ni adalah 71 tahun.

 Ini emak. Emak lagi perempuan hebat. Walaupun suami jarang balik rumah, dia tetap gigih menyara keluarga. Untuk tambah pendapatan keluarga, mak pernah ambik upah lipat kotak, pernah jual goreng pisang kat kawasan rumah. Untuk save duit belanja, mak tanam macam2 sayur, pokok cili, dulu rumah aku ni banyak pokok mangga,pokok rambutan, anggur, resberry, tapi rambutan dah tebang sebab banyak kerengga. Mak sangat kuat semangat, dan dia sangat prihatin kat semua anak2 dia. Umur mak 62 tahun.

Abang. Namanya Zaki. Umur 44 tahun. So peramah punya orang. Kalau sapa-sapa yang berborak dengan dia mesti ada je benda yang dia nak borakkan. Jarak beza umur kami adalah 19 tahun. Dulu masa kecik-kecik dia suka belikan aku gula-gula yang serbuk sagu tu. Sedappppp...Aku memang panggil dia abang tau. So kalau aku cerita kat blog abang abang abang tu, maksudnya memang abang aku yang ni la, takde abang lain dah. Qery iolls tak panggil abang. Please la..hihi!

 Akak (Zarina). Pun memang panggil akak. Walapun aku ada ramai gila akak. Tapi hanya Akak sorang je yang kitorang satu family panggil Akak. Akak umur 42 tahun. Anak akak yang paling sulung umur dah 19 tahun. Anak 4 orang dah. Badan tetap maintain walaupun ada 4 orang anak. Penggemar beli tudung. Pantang nampak tudung atau shawl, mesti nak beli. Aku agak kalau dia jual balik tudung2 dia dah boleh deposit rumah dah. Huhu!

 
 Kaklang (Zahirah). Umur dah 40 tahun. Yang paling kuat gelak dalam rumah. Kalau gelak suara dia sahaja. 3 orang anak. Pun badan maintain. Perempuan kedua tertinggi dalam rumah. Dan setiap kali nak raya, kaklang adalah orang kuat dapur. Kalau kaklang takde, rasa macam tak lengkap je dapur tu.

Kakcik (Zaharah). Umur 38 tahun. Ada 4 anak. Pun kuwuss je. jeles aku. Super funny punye perempuan.Apa yang dia cakap mesti kita rasa nak gelak. Aku selalu gelak dalam hati je. Sebab kang kalau layan, menjadi-jadi dia punya tak betul tu. Hihi!

 Ode (Zakhir). Umur 35 tahun. Ada 2 anak. Ode adalah sangat poyo sebab suka up diri sendiri. Lelaki paling tinggi dalam rumah. Dan yang paling penting, suka mengada2 memanja2 dengan mak. Buwekkk...haha!

 Jemah. (Zaimah) Umur 33tahun. Family panggil dia Andak. Perempuan paling tinggi dalam rumah. Andak ni kalau tengok lemah gemalai anje hangat, tapi she is a strong person inside la. Ada 3 anak, sorang dah arwah. Dalam family, andak sorang je yang aktif dalam sukan. Yang dia paling hebat adalah Hoki dan Kayak.

 Ceera (Zanira). Umur 31. Kitorang panggil dia Atam. Ada 2 anak. Dia macam aku, tak join apa-apa aktiviti kat sekolah pun. Aku join jugak kawad kaki kan.  Dia langsunnggggggg... Apa pun tak boleh. Haha! Walaupun di luar nampak kasar kan, tapi hatinya amat lembut sekali. Auw!

 Ayie (Zikri). Umur 28 tahun. Anak manja emak. Pfttt. Selalu jaga aku masa sekolah dulu. Aku syak, sebab tu masa dia ada kat sekolah, orang lain takut nak ngorat aku. Bila dia habis form 5 je, berlumba-lumba orang ngorat i. Wahh gitu, rasa nak lempang diri sendiri, haha! Pun suka buli aku. Grrr

Aku (Zuhana). Kat rumah ada dua panggilan (Zack-u & Ana) . Umur 25 tahun. Im the last one lols... 
Tak sabar nak kawin. 

Haha!

Okbye.

14 comments:

intandayani said...

br la tau skrg ni adik ceera..

NinaAz said...

umor 25 taun ekkk. bestnya kwin awal. jeles ok. haha

siti said...

wowww family zzZZ semua Z ;)

Shima Mazlan said...

muka 1st smpai yg 3rd sama jew .. best la adik beradik ramai ..

Aida Effarina said...

sis ada tertinggal la. adik zuhana tu sy, aida effarina. umur 21. not married yet. ekekeke :P

nalsweet said...

semua badan maintain..dan muka sama..ceera jekot lain sikit..

pasni buat list anak buah plak tau..cramp jari menaip sebab ramai sangat..hihi

Sya Kiffli said...

sepet...kakak2 awak dan awak semua cantik2...puteh gebu gitu...badan maintain jer semua..:)

noja shari said...

Semua cantik dan handsome.. ;)

ima said...

Rasanya zikri n zuhana je nama lain. sbb yang lain sume ZA. hahaha. ;p

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

tak sabar nak kawen ye...hu3.

Wani Raduan said...

Hoih, awat la smua awet muda. Bila tau umur memasing, cm xcaya ja. Muda mudi ja muka n badan dr ayah smpi ke anak bongsunya.

Wani Raduan said...

Hoih, awat la smua awet muda. Bila tau umur memasing, cm xcaya ja. Muda mudi ja muka n badan dr ayah smpi ke anak bongsunya.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

boleh buat buku biografi ni haha...

Nur Mai said...

Igtkan ceera kakak pd jemah....rupenye jemah kakak pd ceera....semenye mantain je badan apakah rahsianye......he..he..