Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 1, 2013

Abah dah keluar ward pun semalam =)

Semalam kan hari Selasa. Aku tak tidur lagi pagi tu menunggu abah call. sebab malam semalam nya aku dah pesan, pagi-pagi lepas doktor buat round, terus call aku. Aku tak nak la tidur sebab aku kalau dah terlelap, memang apa pun tak boleh kan. Menunggu2 sampai pukul 9 lebih.

Abah : Doktor kata pukul 12 nanti dia datang lagi. Baru dia bagitau boleh balik ke tak. Ko datang la Na. Datang pukul 12 nanti jumpa dengan doktor.
Aku : Okey, pukul 12 nanti kita sampai.

So aku pun terus je la amik order, setel packing barang dulu mana yang sempat sementara tu siap2 nak pergi hospital. Sampai spital pukul 12 lebih, tengok doktor tak sampai lagi. Aku dah agak dah sebab sellau second round doktor paling awal pun akan naik masa lunch. dalam pukul 1 macam tu, tapi takpe la kita tunggu je lepak2 sana. Boleh la aku lepak dengan kawan2 aku kejap. Jumpa abang kakak-kakak kat billing, jumpa kakak2 kat MOB. Jumpe nurse-nurse yang homei2 tu. 

Nasib semua masih mengenali diriku ini. Hihi! Pukul 1 lebih macam tu baru doktor masuk.

Doktor : Pakcik punya calcium turun sikit, takpe..nanti balik rumah pakcik kena minum air banyak sikit. Lepas tu nanti seminggu baru follow up lagi, amik darah. Kite tengok macam mana. Pakcik boleh balik dah..

Gembira muka abah aku, senyum sampai ke telinga. Lepas doktor keluar je, terus tunjuk good kat mak.

Gembira beno dia.Tak sabar nak balik sangat dah. padahal baru 3 hari je kat situ. 

Aku pun turun la lepak, menunggu bil, sebelum tu jumpe nurse. Dorang tunjuk senarai ubat kat aku. Aku cakap ubat tak yah prepare, aku beli sendiri. Masa kat admission kemain ramai gila orang beratur nak bayar. sekali...abang norin dah setelkan. Sebab aku bayar deposit haritu, tak habis pun guna deposit tu, ada balance lagi. Jadinya tak payah bayar apa-apa, boleh berambus terus. Hihi!

Judith pun banyak tolong aku.Ingat tak Judith? Kawan sefarmasi aku dulu. Dia la yang menyetelkan semua benda. Tenkiu ya kawan. Tenkiu Kak Watie sebab datang melawat abah, tenkiu kakak-kakak billing, abang norin, tennkiu staff nurse ward A3, tenkiu everibadi..hehe! Dan tenkiu Doktor Adina. =)

Qery dah menunggu aku kat luar, sebab petang tu memang aku ada hal nak setel. Aku call abah suruh kemas-kemas dah boleh balik terus dengan abang. Berdessup aku pergi bank semua. Pukul 4 lebih balik rumah, tengok mak abah dah kat rumah. Masuk bilik terus sambung buat kerja, layan customer, packing barang, tulis alamat. Packing sambil mata tertutup. Kau mampu? Haha! Mengantuk gila kot. Pukul 6.30 tu Qery datang amik barang, pergi pos. Sampai aku tertidur sepanjang perjalanan nak pergi pos. 

Nak makan pun tak de selera, mungkin sebab perut masuk angin kot. Lepas tu kena marah. I redha. Haha! Paksa je makan nasi.

Balik tu, aku baring, terus tertidur.Betul2 flat dah.

Baju dari Pretty Chase


Banyak warna lain lagi, aku punya yang tengah tu. Boleh buat 3 style. Lepas tu kan kat Pretty Chase ada 15% Off. Korang boleh singgah Pretty Chase k.

Tenkiu yang mendoakan. Tapi still abah kena follow up lagi. Cuma dah okey sikit dari dulu la. Doktor ada bagi ubat selera makan, ubat tahan muntah.

Ok la.

Selamat hari buruh semuaaa... Bye

7 comments:

mazs mazlan said...

Smoga abah sepet cpt smbuh

Asyik Izas said...

alhamdulillah..dh keluar pun abah cik sepet..:)

Chekgu Azrine said...

semoga abh sepet kmbli bertenaga spt biasa..

shemoy said...

epe pun jage la diri, nanti anaknye pulak yg sakit... ssedey laaa kitorg

NinaAz said...

Alhamdulillahhh. Semoga baik2 saja yea pakcik noh. :)

NinaAz said...

Oh ya. Selamat hari buruh sepet. Hehe

refia2130@gmail.com said...

semoga sehat selalu yaaaaaaaaaaa!!!!!

http://caradaftarmemberacemaxs.com/pantangan-penyakit-diabetes-kering/

http://obatpenyakitginjalbengkak.wordpress.com/