Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 14, 2013

Hari Emak

Hari Ibu kali ni, simple, riuh adik beradik je lebih. Kitorang sepakat kongsi duit adik beradik belikan mak handfon. Cadangan Ayie, sebab mak selalu mengadu telefon dia asik tak boleh cas. Tukar bateri pun 2 3 hari je ok, lepas tu kiok. 

Tambahan pulak abah aku sakit, susah mak nak contact abah. Aku cuma ditugaskan balut hadiah. Kad Ayie gi beli, kek kaklang beli. Ode beli jajan. Yang lain tukang makan, haha! Mak tanya-tanya aku anak-anak dia balik ke tak minggu ni. Aku cakap tak tau je. Ye la nanti kantoi la kan. Padahal semua dah janji nak datang lepas maghrib.

Korang tengok gambar la eh.

 tak tau la kenapa nak kena buat gaya macam kiyomi. Tapi macam best je, haha!

Aku tak tau ni gaya apa, sebab aku tak hafal pun step kiyomi tu. Tapi aku suka tengok orang buat. Comeyyyy

 Baju Merah paling cantik.

 Andak berat gileeeeeeeeeeeeee, sakit peha aku.  Aku tak tau camne anak buah aku si Angah boleh bertahan, haha! Mesti dia nyumpah seranah dalam hati.

Handfon ittew. 

Mak happy sangat dapat handfon. Sebab dia dah lama nak beli fon. Tapi dia fikir sekarang ni abah tak bukak kedai, jadi sumber pendapatan tu berkurang. Nak beli pun terfikir la dua tiga kali. Perangai mak aku ni la yang aku respek sampai sekarang. Dia bukan tak mampu nak beli. Tapi dia suka berjimat. Selagi boleh pakai, dia akan pakai. Kita ni, ada duit sikit mula la fikir nak beli itu ini. 

Lepas tu dia sanggup kutip duit syiling yang terabur kat rumah tu untuk beli barang2 dapur, pfttt. Rumah aku ni duit syiling bersepah. Takde la bersepah macam berlantaikan duit syiling pulak kan, haha, hover sangat kalau camtu. Maksudnya, kalau mak jumpu seposen, dia akan simpan dalam mangkuk. Kalau tetiba bawang habis ke, telur habis ke, dia akan guna duit2 syiling tu gi beli.

Paling aku ingat masa sekolah. Kalau nak dikirakan, memang mak susah. abah kerja driver lori. Sebulan 2 3 kali je balik rumah. 9 orang anak. Dulu kat sekolah ada biasiswa kan. Walaupun setiap tahun cikgu offer aku untuk amik biasiswa, tapi mak tetap tak benarkan aku amik duit tu. Katanya kita bukan susah sangat, ada yang lagi susah dari kita. Biarkan duit tu dapat kat orang yang betul2 perlukan. Padahal kalau nak diikutkan memang layak je dapat biasiswa. 

Mak aku ni penyabar. Lembut. Kuat. Tabah. Dia selalu cerita pasal kehidupan dia dulu2. Sebenarnya nak bagi pengajaran kat anak-anak. Mak tak pernah ajar anak dia berdendam. Mak selalu pesan,kalau orang tak suka kita, buat tak tau je. Jangan amik hati, bla bla bla.Hehe. Tapi ofkos, aku bukan baik macam mak aku kan...tettt...haha!

Dalam ramai-ramai orang dalam dunia ni, dah tentu-tentu mak la yang sayang kita. Kalau kita sakit, mak sanggup buat apa je. Dari kecik, sampai lah kita dah besar pun, mak lah yang paling risau. Naluri mak kan memang macam tu. Sapa mak mungkin paham kot perasaan ni. Walaupun aku belum jadi mak, tapi aku rasa semua orang tau fakta ni.  Hihi!

Dengan itu, kami adik beradik, sangat sayang emak, cinta, rindu, muah muah mak sampai bila-bila.

 Kite semua anggap mak sebagai idola.

Kita semua happy kalau mak happy!

Selamat hari emak =)

9 comments:

Shima Mazlan said...

heheheh .. best jew umh ko .. meriah .. mcm aku .. adik beradik xramai .. so celebrate bertiga jew ngn mak aku .. mak aku pon mcm mak ko .. penjimat ..

rina mazlan said...

seronoknya mak dia..

NinaAz said...

Keputihan sepet terserlah disiti. Hekhekhek

NinaAz said...

*disitu:P

refia2130@gmail.com said...

bersykurlah bagi kamu yang masih punya emak / ibu... karena kalian semua masih punya kasih sayang dari orang yang pernah mengandung dan melahirkanm kamu...

http://caradaftarmemberacemaxs.com/pantangan-penyakit-diabetes-kering/

http://obatpenyakitginjalbengkak.wordpress.com/

Love Razila said...

Alah...nak tengok gak hp mak yang baru. Hehehehe =)

NinaAz said...

sepet!!! brg aku dah sampai! hehehe. suke2. malam ni pakai mask tu. sedappp wehhh. TQ. sgt pantas sampainya

Zurina Hj.Zainal said...

best best!

Irfa said...

mcm best je adik beradik ramai dan sporting..mesti mak kamu bangga dapat anak2 macam kamu semua ;)