Followers

nuffnang

May 6, 2013

Bestnya urut.

Morning!! Semangat gila mak hincik bangun pagi-pagi ni. Hihi! Korang tau...aku dah seminggu menjadi orang normal tau. Aku dah tak berjaga waktu malam. Start yang abah warded tu. Sebab aku berjaga malam dan siang. So aku tak cukup rehat kan. Tu yang bila malam je aku tidur. Ada hikmah disebalik kejadian..haha! Poyo gila.

Bila badan aku rasa tak boleh bla. Sabtu lepas Qery ajak berurut kat Thai Odessey. Mula-mula ingat nak urut kaki je. Lepas tu fikir-fikir...baik urut 1 badan. Alang-alang berurut kan. Amik la pakej sejam setengah tu.

Tapi awal2 dah pesan kat tukang urut tu.. Medium je urutannya, jangan kuat sangat. Dia tanya nak kepak-kepak tau. Terus aku bayangkan...kepak?? Scaryyy...Haha! Pun aku cakap medium boleh la.

Tapi best la urut kat sini, sebab dia tak guna batu mengarut-ngarut. Pernah la aku urut dengan Ceera kat mana tak ingat, dia boleh guna batu urut belakang badan aku ni. dah la belakang tulang je, balik tu terus demam tau.. Benci..huhu!

Yang ni boleh rasa, kalau urat kita keras kat certain tempat, dia akan urut-urut urat tu. Lega sangat. Lepas tu dia letupkan badan. Urut kepala. Habis urut tu aku rasa ringan je badan.

Qery pun urut. Aku yakin..orang yang urut Qery tu mesti susah. Sebab badan Qery kan gemok. Tak boleh bayang macam mana la orang tu nak kepak-kepakkan badan dia, mesti memerlukan dua orang. Haha!

Oh semalam mengundi kan. aku ceera kaklang abang jemah abah emak akak kakcik abang-abang ipar semua pergi mengundi. Mesti abah aku rasa semua anak2 dia dah besar, semua dah boleh mengundi, kalau tak dulu dia dengan mak je. Hihi!

Harini dah dapat resutl pun kan. Kepada warga-warga facebook, sudah-sudah la berkempen. Sudah la tu memaki hamun. Harini aku bukak facebook, adala lebih 10 orang aku unfriend. Bukan aku tak suka kau, sebab aku tak nak ada aura negatif dalam facebook aku.  Aku tak suka orang berfikiran negatif, sapa yang kuat maki hamun, aku unfriend, senang cerita, Hihi! 

Byeeee =)

3 comments:

sarah said...

berurut ni bagus tp kena tgk gak..kang silap urut jd cam sy..urat belikat dah bersimpul..sakit nak mampuih..

Chekgu Azrine said...

Haah..menggelabah sgt...huhu..tnjuk perasaan kt fb..

NinaAz said...

Full body massage best! Xsabar nk tunggu sawo fly. Selalu suh dia jea. Free lagi. Kikiki