Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 21, 2013

Tak mampu ke Korea...cuma mampu makan makanan Korea je.

Baca tajuk tu sambil muke cebik pandang kuku kaki. Sedih sangat kan. Hihi! 

Aku tak ingat bila lah, masa tu Ceera tido rumah aku sebab ciput, keisha and FIL ke Singapore. Aku macam biasa petang-petang keluar. Kesian tengok dia bosan kat rumah, aku pun ajak la dia kuar sekali. Tetiba teringat yang Ceera pernah update kat blog dia makan makanan Korea. Disebabkan aku dah lama gila teringin makanan Korea, jadi marilah kita menunaikan hajat. mihmihmih!

Ceera sempat lagi buat keek


Kat mana entah, aku pun tak ingat nama kedai ni. Pilih-pilih menu dia punyalah banyak. Last-lasti kami pilih yang ni.

Daging dia bentuk love, comel! Sesuai la untuk orang bercinta, masa ni tak bercinta sangat sebab ada Ceera, kalau Ceera takde, mungkin la makan sambil pegang tangan. Kita tak tau kan..manusia.. *tetiba sangat, huhu*

 Pelayan dia yang masakkan.

Tak ingat nama dia. Rasa nak makan lagi je. Haritu aku dengan Ceera makan bibimbap. tapi Ceera bibimbap seafood kot, aku punye chicken, aku kureng sikit seafood ni, tak kena tekak. 

 Yunan pun adeeeee... Yunan Qery jaga. Haha! Sebab Qery makan laju gila, jadila tukang jaga anak. Sapa suruh makan laju kan...Lain kali kalau bawak Ceera jalan-jalan, pastikan makan slow-slow. Miahahaha!

 Ini Qery punye makanan, tak tau apa nama, tapi sedap!

Ini bibimbap aku. Ceera punya tak snap. Tapi memang sedap gila okeyyyyy.. Walaupun sedap gila, tapi aku tetap tak boleh habis, sebab nasi dia bila campur2 dengan semua bahan2 ni, adalah banyakkkk sangat. Aku boleh makan separuh je. Dah tu bila makan separuh, balik rumah je teringat2, lepas tu menyesal sebab tak habiskan. Huhu!

Ahad lepas, aku ke OU dengan Qery, nampak Dubu-Dubu. Apa lagi, terus masuk. Qery tak suka sangat makanan Korea. Aku pedulik apa kan..haha! Jadi marilah kita makan bibimbap lagi.

 Sedap tak hengaaaattt kate ko...

 Gaul-gaul semua.

 Tapi tak boleh lawan yang makan dengan Ceera tu. Tapi still sedap la.

 Qery pesan seafood apa entah, kata dia macam rasa maggy kari. Haha! Punyela tak suka kan. Dia memang macam tu, kalau tak suka, mula lah nak sama kan dengan benda2 entah pape.

 Nasi dia memang warna ni. Bibimbap aku pun nasi dia warna ni. Pelik. 

Tapi takpe, yang penting sedap. Harga dia? Kalau korang mampu makan kat Kenny Roger, maknanya korang mampu jugak lah makan kat restoren korea okey, huhu!

Okeyla. Byeeeee =)

9 comments:

Izz Latif said...

Lain kali ingat nama tempat n snap terus plisss
:')

Wan Zulqhairi said...

kedai yang bakar-bakar kat atas nama apa?? plissss ingat...

mrs.smile said...

Rasanya gambar bakar-bakar tu macam makan kat Restoran Korea nama Bulgogi..kalau tak silap MS lah, pernah makan kat situ..dan memang sangat sedap! tetiba rindu dengan makanan korea

strawberi said...

takleh bygkan ape rasa mknn korea..nak cuba..takut tk kena tekak yg bukan jiwa korea..hahaha

:: Cik Viva :: said...

pelik2 makanan korea ni, tapi sebab selalu sgt tengok cite korea saya pun jadik teringin jugak nak try..haha

najatulanirah said...

rse ny name resoran ni dubu-dubu.. :)

sepet a.k.a zack_u said...

Hehe. Yg bakar2 tu kat bulgogi..

NinaAz said...

Waaah. Love2 gittew daging

Papa-NtiQ said...

Hi...kita orang dah pegi Sweetree Halal Korean restoren awal tahun ni di ampang (entri dah masuk) tapi bulan lepas ada satu lagi restoren korean yg halal dubu-dubu di KL..best jugak tapi anak2 la yang suka sangat..bapak nye biase jerrr hehe
Senang2 tu jenguk2 la yer pics yang saya dah download kat dubu-dubu di blog www.blogmakanbest.blogspot.com
Kalu minat bolih la follow blog saya TQ!
Semer entri2 di blog ni cakap pasal makan, makan dan makan 100% takde topik lain hehehe maklum la kita idup utk makan kan?