Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 10, 2013

Adik Beradik yang ada blog

Kiri - Ceera

Seperti yang korang tau, mereka berdua ni adalah kakak kandungku. 5 tahun yang lepas, tahun 2008, mereka inilah yang paksa aku buat blog. Haha!

Dulu aku jadi tukang baca blog dorang je, masa tu study lagi. Kalau stress-stress study *poyo gila la konon2 study* boleh la baca blog dorang. Sebab kat hostel kan jarang jumpa dorang ni, bila baca blog tu rasa macam hari-hari jumpa gittew.

Satu hari, masa kat rumah. Masa tu ada abanglang, ada kakcik, abangcik, kaklang, semua kena paksa buat blog. Kami ni menurut perintah. Buat je la blog. Dah la suruh buat blog, lepas tu ajar garang2. Omaiii...tatuit okey. Terpaksa aku cepat-cepat pickup. Haha! Masa tu ex-bf aku yang buatkan blog. Aku guna je. Nasib baik..kalau aku sendiri yang kena buat blog tu, mau kena maki-maki dengan Ceera sebab slow. Haha!

Ceera ajarkan cara letak nuffnang semua. Lepas tu paksa update. Haha! Masa tu nak update apapun tak tau. Tapi hentam sajalah. Asalkan update. Kang tak update kompom kena perli-perli punyaaa.. abanglang, kakcik, abangcik, kaklang ada blog, tapi dorang jarang gila update. Masa mula-mula dulu je la semangat, lepas tu takde. 

Aku je la yang berpura-pura gigih update. Sebab aku memang suka merepek kot. Lepas tu Qery pun nak buat blog. Jadi aku create kan satu blog untuk dia. Tapi Qery pun suam-suam kuku.

So sekarang ni, yang ada update pun, Jemah dengan Ceera je la. Dorang ni banyaaaaak ajar aku, bukan ajar pasal blog je la. Ajar tu maksudnya, dari kecik sampai ke besooooooo. Aku kalau tak tau pape je, kompom tanya pedapat dorang ni. Maybe sebab dorang rapat sikit dengan aku kot. Jiwa lebih kurang. Dorang kalau maki aku pun, aku redha je. Haha!

Dulu Jemah punya blog, kita tak panggil Jemah, semua orang panggil dia VP. VP tu viruspadu la. baru-baru ni je dia tukar, katanya nak orang panggil dia Jemah. Tapi aku lagi suka nama VP tu. Senang aku nak taip pun. hahaha! Ceera memang tak berubah, dari dulu pun Ceera. Dulu kemain masing-masing, satu hari 5 kali update. Cerita sakit perut pun dah 1 entry. Psycho. Haha! Sekarang, kalau jalan-jalan gi Melaka pun belum tentu rajin nak update. Semua dah pemalas. 

Aku ni je la berpura-pura rajin. Kadang2 stress tak tau nak update apa. Macam sekarang ni, sebenarnya aku tak tau nak update apa. Tapi aku main hentam je tulis. Asalkan ada. Kuikuikui!

Okey lah. Gambar kat atas tu, muka tak sama ke? Muka kitorang lebih kurang tak? Ceera dengan aku jarak 6 tahun, aku dengan Jemah jarak 8 tahun. Tapi kenapa dorang nampak muda? Tsk tsk tsk

p/s : promosi masih berjalan seperti biasa. =)
sapa nak free gift banyak-banyak. harini last day tau. Muah!

7 comments:

Norliza Nordin said...

muke tu ade yg xsame sangat. tp mate tu same sket kot.. ^^

Puteri Satu said...

muka lain2.. tapi suara 3 beradik ni samaaaaaaa jeeeeekkk... hehehe...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

ceera muka garang sikit hehe

nalsweet said...

jemah ngan sepet ada iras gak..ceera je lain..mungkin sebab dia free hair kot..tu yg nampak lain..dan hidung dia lain sket..hehe..tapi sepet paling cute.. ;)

NinaAz said...

Sepet. Asal nampk tembam lam pic ni. Agagaga. Mabe sebab ko baru lepas mkn burger kot. Hehe

refia2130@gmail.com said...

dua-dua nya juga sangat cantik sekali gan......

http://caradaftarmemberacemaxs.com/pantangan-penyakit-diabetes-kering/

http://obatpenyakitginjalbengkak.wordpress.com/

Irfa said...

dulu hari2 baca blog vp.skrg je dah kurang.suka baca blog kamu pulak ;)