Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 25, 2013

Musim hujan..internet gila..aku pun hampir gila..hihi!

Geram je bila nak connect dengan internet. Aku kan pakai broadband. Bila musim hujan mula lah buat perangai. Bukan setakat boradband, internet kat fon pun suam-suam kuku je. Nak upload gambar kat IG pun macam nak bercinta. Dugaan sungguh..huhu! Tapi musim hujan ni syok nya dapat tidur.

Sekarang ni kalau panas pun tak tahan, hujan pun komplen. Manusia sungguh..huhu! Kalau panas..memang rasa kulit pun nak terbakar. Nasib baik rumah aku banyak mask muka, panas sikit je aku tampal. Ngengade sungguh la hai...tak reti nak bersyukur pulak. Tak baik..jangan ikut perangai aku tau..hihi!

Semalam letih sangat, sampai tertidur, lepas tu bangun pukul 3 pagi terus makan nasi. Ko boleh? haha! Selamber pergi dapur bukak periuk nasi. Makan dalam bilik sambil tengok cd korea kejap. Lepas tu start google cari persiapan nak kawin. Terus berdebar..psycho gila.

Aku kan..kiranya dah lama tak nyanyi kat rumah. Semalam aku nyanyi la dalam bilik. Mak aku masuk...terus dia cakap kat aku.. 'Ko susah hati ye Na'. Tetiba cakap aku susah hati kan.. Apakah?? Sebab mak aku kata, dia kalau susah hati baru dia nyanyi. Pastu dia kata dah lama tak dengar aku nyanyi. Memang mak yakin konfiden habis la aku susah hati..huhu!

Agak laaa... Susah hati sebab semua dalam rumah ni sakit. Aku alhamdulillah sihat la. Cuma lately ni badan letih, lepas tu slalu tertidur, dalam tidur tu mesti akan mimpi 'benda'. Semalam paling teruk. Aku mimpi dah la tak boleh bangun. lepas tu aku nak keluar bilik, boleh bilik tu terkunci, pastu lampu terpadam, bila bukak suis macam tak function. Nampak la lembaga dalam kegelapan. Perasaan bengang lagi banyak dari takut. Kerap sangat mimpi 'benda' tu. Amarah sungguh la kan.. Bila mimpi 'benda2' macam ni, lagi la bertambah badan aku letih..sebab banyak guna tenaga.. Harap lepas ni okey la..

Dengan abah aku asik muntahhh. Minum susu muntah, makan burger muntah. Sekarang ni dia larat bukak kedai dari pukul 8 pagi sampai tengah hari je. Lepas tu balik tidur. Aku belikan susu Ensure tu nasib la dia boleh minum. Dah suruh tak payah kerja. Duduk rumah je. Anak2 boleh tanggung kot. Lagipun still dapat duit sewa rumah, sewa tapak kedai bulan-bulan. Daripada menyusahkan diri tu nak bukak kedai..Alahai..duduk rumah sampai sihat, baru la fikir pasal kedai. Tapi abahku degil macam aku jugak. Haha!

Kerana kerisauan melanda..marilah kita perasan cantik di depan cermin.





Ok bye... =)

p/s : Bedak Arab warna Russet OUT OF STOK. Warna lain available. 
Stok lain pun masih available. =)
jom beli dan dapatkan free gift yang comel
Muah!!

4 comments:

NinaAz said...

Pakai tidung style cm ne pun ok. Hehehe

suemayuzi said...

pic yg 1st plg comel,style tdung yg last tu klakar skit xkena ngn muka sepet..hehe

mazs mazlan said...

Jgn lupe bce 3 qul d ayt qursi..spy dlindungi sllu....

Nur Mai said...

Wlu pun entry ni dh lame ttp sy nk komen jgk...de bwk ayah gi jumpe ustaz x? Pe kate bwk brubat cre perubatan islam plk....xslhkn klu kite ikhtiarkn..... :-)