Followers

nuffnang

My Blog List

  • Cleanser By Seqy Beauty - Assalamualaikum dan Salam sejahtera. SQB sekali lagi mengeluarkan produk terbaru iaitu 'Cleanser by SeQy Beauty'. Setelah kami edarkan sample Cleanser SQB...
    3 days ago

Dec 31, 2012

Produk Myracles Beauty penyelesaian wajah bermasalah.

Sticky Mode : Entry baru kat bawah =)

Selama aku menjual supplement  ni, ada jugak orang sms/wassap/email tanya takde ke jual pencuci muka collagen sebab dorang jenis yang tak boleh telan pil-pil. Aku pun sebenarnya jenis yang macam tu. Aku tak suka makan pil, ko bayangkan yeah. Demam panas sampai 40 darjah celcius pun aku still pemalas nak makan panadol. Padahal aku bukan jenis yang tak reti telan tablet. Tapi kerana aku mempunyai peragai yang tak suka telan pil pil ni.

Jadinya, bila dah makin ramai tanya and suruh aku suggest produk apa yang bagus. Aku terus laaaa google punya google. Carikan untuk korang. Macam-macam produk aku teliti. Kalau boleh aku taknak produk yang kulit muka mengelupas. taknak produk yang ada campuran kimia. Sebab kesian kulit muka kita kalau dah berlambak bahan kimia. Kan tak elok.....Seperti biasa, bila tengok ingrediant, mesti ada jeeeee bahan-bahan kimia. But but but...sehinggalaaaaahhh aku terdiam dan tersukaaa kat satu produk ni...

MYRACLES BEAUTY!!



INGREDIENT 100% KOLAGEN MARIN
TAK ADA BAHAN KIMIA
DIIKTIRAF FAMA

FAMA??? Seriusss?? bagussss okey!! Aku pun apa lagi, terusss laaa cek semua. Apa yang aku boleh explain kat sini...


Produk ni mengandungi

1. OXYGEN WATER (masa kerja farmasi, kitorang hanya gunakan oxygen water untuk patient okey, sebagai fungsi penyerapan yang bagus untuk kulit)
2. ALOE VERA (bagus untuk seluruh badan dari hujung rambut sampai hujung kaki)
3. BUAH DELIMA (semua orang tau kot, hehe! memang bagus untuk kulit)
4. SARANG BURUNG WALIT (membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.)
5. RUMPAI LAUT (masyarakat china selalu guna ni tau, sebab tu kulit dorang cantik)

Semua bahan kat atas tu tak dinafikan kebagusan dia. Function yang kedebabom untuk kulit. Hihi!

Myracles Beauty ni korang kena pakai satu set. Dalam satu set tu ada dua barang SAHAJA. Tak payah korang nak pakai banyak-banyak untuk kulit jadi cantik. 2 barang je dah boleh jelita habis. 

1. Myracles Collagen Soap

Sabun ni, korang kena guna 2 kali sehari. (pagi dan malam). Mula-mula basahkan muka korang dengan air. Lepas tu cuci dengan sabun kolagen myracles. Biarkan ia di muka seketika dan lepas tu bilas. Sabun ni ada wangian semula jadi tau. Bau dia sangatlaaaahhh wangi. Aku pakai rasa tak nak basuh pun ada. Haha! Lepas tu buih dia banyak. I liokeeeee. Buih banyak baru la yakin sabun tu kena semua tempat. Tak gitu mak jemah??

PESANAN PENTING!! Oleh kerana tiada bahan kimia dalam sabun ni. jadi sabun ni sedikit sensitif. Korang kena pastikan lepas guna, basuh sabun ni , dan letak dalam bekas yang bersih. Dont worry, bekas sabun aku akan berikan sebagai free gift kat korang semua k. Produk baru memerlukan bekas sabun yang baru supaya semangat sikit nak pakai. Kekeke! =)

Penggunaan sabun terpulang kepada individu sama ada nak kerat 4 atau kerat 2. Ikut kepada keselesaan pengguna.

Kalau ikut aku, aku suka potong 4. Bukan sebab nak jimat ke apa. Sebab sabun ni sensitif. Kalau pakai sekali, nanti kalau terdedah dengan kerosakkan, habis satu sabun tak boleh pakai. Jadi pakai sikit-sikit. Kalau portion tu rosak. I ada backup. Kekeke!!


Macam ni la rupanya bila dah dikerat 4.

Jangan risau, benda ni boleh lekat balik. Jadi tak tercemar pun. Simpan baik-baik dalam almari.

2. Facial Collagen Spray.

Macam mana nak guna?? Lepas cuci muka pakai sabun tadi, semburkan Spray muka kolagen myracles kat bahagian wajah korang terutama bahagian dahi, mata (pejam mata masa spray), pipi, dan dagu (kemamkan bibir masa nak spray tu). Nak spray kat leher pun boleh. 5-6 spray la untuk seluruh wajah. Lepas tu tepukkan dengan jari secara lembut. Bahagian mata (eye bag) pulak urut sebanyak 3 kali. Lepas tu biarkan je dia kering sendiri. Dalam masa 3-5 minit, korang dah boleh rasa perbezaan dan kesegaran dia. Seriussssss... Aku kan tak tidur malam, tak cukup tidur pun. Eye bag tak boleh bla la hoiii. Bila pakaiii....memang eye bag berkurangan terus. Apakah ini tidak best??? Syukur sangat tauuuu...eye bag sangatlah menjengkelkan..

KESAN SEGERA (3-5 MINIT)

Korang boleh rasa dan nampak kulit muka akan jadi lebih tegang, lebih runcing, lembab, rasa segar, lebih cerah, serta eye bag akan berkurang ataupun hilang. Sekejap kan???

KESAN JANGKAMASA PANJANG (1-2 MINGGU)

Kulit akan lebih cerah (whitening) dan pencerahan dalaman (lightening). Nampak lebih muda (anti-aging) dan bentuk muka akan lebih runcing (facial up lift)

Sekali lagi, kerana Produk Myracles Beauty ni TIADA BAHAN KIMIA. Jadi dia tak mengelupas, kerana dia merawat semua sel-sel dalam kulit kita. Malah menghidupkan semua semua sel-sel mati. Good sangat!

PENTING!!

1. Sekiranya korang nak pakai foudation selepas spray kolagen kat muka. Dinasihatkan.....sapu foundation selepas muka korang betul betul betul betul betul kering!! Ok????? Sampai dah kering sangat. baru apply foundation. Keranaaaa???? Kalau korang sapu foundation ketika muka lembab (kolagen tak habis meresap kat dalam kulit), nanti foundation tu pun aku masuk ke dalam kulit korang. Sebab macam korang tengok ingredient tadi ada oxygen kan, dia meresap masuk ke dalam kulit sekali. Kerana itulah muka korang akan jadi gelap. Sebab dengan foundation tu masuk sekali dalam kulit.

2. Minum 3 liter sehari. Kalau kat rumah takde botol air 3 liter takpe. Minum 8 gelas air satu jam selepas bangun tidur. bangun pukul 6. Minum segelas air pukul 7 pagi, 9 pagi, 11 pagi, 1 tengah hari, 3 petang, 5 petang, 7 malam, 9 malam. Cukup..Hehe! Dan boleh tidur dah pukul 10. Nak minum lebih silakan..lagi bagus. Kalau korang tak minum air dengan cukup, mungkin akan rasa pedih sikit kat muka (biasalah, semua produk pun sama, kalau tak cukup air, kulit kering, bila cuci muka memang akan rasa kesat and pedih, jadi sila minum air secukupnya kalau nak kulit cantik)

3. Jerawat akan kecut, jadi sesiapa mempunyai masalah jerawat boleh cuba produk ni. Kerana kulit muka menegang. Juga mengecilkan liang pori dan jika liang pori mengecil, jeragat jugak akan berkurangan.. Serius tak tipu. hehe!

TESTIMONI PENGGUNA






Harga satu set RM170 Semenanjung, RM185 Sabah/Sarawak
Harga Myracles Collagen Soap : RM50 Semenanjung, RM55 Sabah Sarawak
Harga Myracles Collagen Spray : RM120 Semenanjung, RM130 Sabah Sarawak

Cepat SMS/Wassap ke 0122678134 (sepet)
atau email detail ke sepetsshop@gmail.com

Detail diperlukan.
Nama :
Alamat :
Produk :
Kuantiti :
No telefon :

Tambahan RM6 postage untuk ke semenanjung dan RM9 ke sabah sarawak.

Kalau korang order harini, aku akan pos esok insyaallah. Aku ada ready stock, tapi kerana aku nak cari bekas sabun yang proper sikit untuk korang. hehe! BEKAS SABUN AS A FREE GIFT. Tapi kalau korang tak nak dan nak cepat. bagitau. Aku akan pos without bekas sabun. Kekeke!!

Ready stock.

Azam baru aku untuk tahun depan, nak cantik dengan myracles beauty. Korang jom cantik cantik jugak!

Segala pertanyaan tentang produk ni sila komen di sini. Terima kasih. =)

11 comments:

~ cik AiN pinky ~ said...

sepet...yg spray tu brape ml..? agak2 tahan brape lame ehh...

Norasiah Nasir said...

sepet : Akak dah email, 1stime nak beli dgn sepet ni.teruja !!!, jadi tak tahu mcmana..nak bayar terus atau nak tunggu reply dr sepet dulu..:) hahahhaa
.Mmg tgh cari pencuci muka yang selamat..akk percaya sepet sbb sepet dolu2 ahli farmasi...

Hayati Buya said...

Sepet, kalau nak guna sabun saje boleh tak ?? so if da guna sabun.. da tayah guna pencuci lain ke ??
spray dia mahal beno la.. adeeeeh takot kite ni over spray kat muke. hakhak.. tp sabun tu mcm berminat je..

Zeera Lana said...

bole hilangkan freckels tak?
tengah mencari produk yang bole kurangkan freckels

LILI said...

bau sabun dia wangi...rasa cm nk mkn je...hehhe

dya said...

salam kenal.dya follower sini iyer..jemput singgah my blog ya ^^

wawa said...

salam....

nak tya if after pkai spray nak pakai pelembab blh ke..

bcoz after cuci muka sya akan pakai penyegar, pelembab and 2way foundation...

Double F & Double D said...

salam sepet..
akak dah email...
x reply pun..

Double F & Double D said...
This comment has been removed by the author.
Noor Azah said...

Hi nak tanya product nie boleh hilang oil seed x?

siti salwa said...

Salam.sepet ada buat dropship x?