Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Dec 18, 2012

Teman Ceera.

Peplum sangat. Aku sebenarnya takde la hantu peplum. Tapi disebabkan baju ni lengan panjang. Semua aku nampak cantik. Haha!

 

Baju sekali lagi dari Pretty Chase. Wajah aku tetiba sopan gila masa snap gambar. Kompom Qery jatuh hati. *mata ke atas sangat-sangat*


Banyak lagi baju dari Pretty Chase, korang boleh cek k. Ada certain dress yang ada sale tau.

Eh nak cite sikit. *bunyi macam cik kiah sangat, haha* Haritu ada teman Ceera pergi jumpa kawan dia. Memang dah plan seminggu awal la. Ceera mintak tolong teman dia, bawak Qery sekali sebab dia nak angkut anak-anak dia sekali. Maklum la hari Selasa kan. Ciput kerja. Qery kan masih cuti sekolah minggu lepas, jadi dia okey je la kalau nak tolong pun.

Sebenarnya kawan dia ni ada buat pertandingan gitu kot kat office dia. So ramai gila model dalam tu. Ramai yang memang ramai la. Dengan photographer, media semua. Jadi aku dengan Qery bagitau Ceere, kitorang lepak kedai kat bawah, malas nak lepak situ sebab memang sesak habis kan. Ceera suruh bawak Kesha sekali.

Jadi kami bawak la Keisha turun. Dia macam rumah kedai. Bawah tu ada kedai ayam penyet. Tapi sebelum kite gi kedai ayam penyet tu. kite singgah kedai runcit cari mainan Keisha. Maklumlah takut budak tu nangis, sebab dia kan tak biasa dengan Qery.  Masuk-masuk kedai..

Qery : Boss, mainan budak ada?
Boss : Mainan apa u nak?
Qery : Macam kereta-kereta ke?
Aku : Hoi, Keisha perempuan la, apahal pulak mainan kereta ni?

Sukatiiii je belikan Keisha kereta. Sekali Qery jumpa barbie doll. Aku pun belikan dia gula-gula dengan barbie doll tu. Lepas beli kitorang lepak kedai ayam penyet, order makanan. Qery bukak-bukak menu terus cari hindangan untuk kids punya. Muahaha! Lawak aku rasa.. 

Qery : Set ni la pilih untuk Keisha. Yang ada kentang dengan aiskrim ni
Aku : Ha boleh jugak, kita tak lapa sangat. Boleh kongsi dengan Keisha.
Qery : Ah! kamu jangan ngada2 tak makan, makan benda lain. Kalau tak kita tak nak makan.

Grrrrrrrrrr

Terpaksaaa aku order laksa. Geram betul. Suka ugut-ugut. Sampai-sampai makanan Keisha, Qery habiskan aiskrim dia.

Aku : Woiii tu Keisha punyaaa laaaa....!
Q : Dia tak nak tu. Hihi!

Memang Keisha taknak pun. Tapi hagak-hagak la terus makan kan. Atleast bagi la aku try-try suap Keisha dulu.. Huhu!


Nasib Keisha tak takut dengan Qery, kalau tak lagi paraaahhh aku nak melayan. 

Tengah lepak-lepak tunggu makanan sampai, sekali Ceera turun bawak Yunnan. Rupanya Ceera kata kawan dia bizi. Jadi dia turun dulu. Nanti dah sudah baru dia naik. Jadi kitorang pun lepak la sana.

Ceera : Ait kenapa ada barbie doll?
Aku : Kite beli tadi, takut dia boring, ada ke Qery nak beli kereta.
Ceera :Eh dia memang main kereta pun. barbie doll dia kureng.
Qery : *angkat-angkat kening*

Huh!!

Dalam sejam camtu kot. Ceera ajak naik. Kawan dia kata dah ok dah. Sekali Qery boleh offer jaga Yunnan. Sebab Yunnan tengah tido. Dia cakap takpe dia jaga.

Q : Takpe, kite jaga Yunnan la. Korang naik je takpe.
S : Betul ni? Kalau Yunnan nangis?
Q : Kite tepon la.
S : Ok
Q : Kalau nak tinggalkan Keisha pun boleh.

Amboi..yang tu aku tak percaya. Hahaha! Baik aku bawak je Keisha. Ada hati nak jaga sekali dua orang. Poyo gila.


Masa Yunnan nangis ek ek ek ek sikit kan. Ko tau Qery pujuk macam mana? 

Dia pergi bukak baju barbie doll tu siap au cak au cak.

(____________________)

Aku tak tau sama ada nak happy atau nak lempangkan je.

10 comments:

Vee Lea said...

Hahah, so cute. Si Kesha sampai berdiri atas meja.. Hahah.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. masyallah lawanya awak.. suka tengok. silalah kasi lempang untuk bagi kesedaran beliau. hahaha

mrs kayrul said...

dah ada tokoh jadi papa penyayang nie sepet...qery dah bagi hint ajak kahwin la tue..pastu dapat anak ramai2...hehehe

Shima Mazlan said...

xpew .. qery nk belajar tuh .. t korg dh kawen senang la ko .. ko soh jew la qery jaga ank ko .. hahahahaha

Shahada Fauzi said...

hahahahahaha..meh nak tolong lempang sekali..hadoiii..

✿ pink velvet ✿ said...

hahaha! mmg lawak betui si qery ni :P

::cik asha:: said...

comel je tgk..hehehe..ada gaya dh ni qery boleh jadik bapak..;)

Mira Adzlia said...

da ade ciri2 sorg bapak mithali tu..hihi

RieNa said...

lps baca 2 ayat terakhir, kriena dah ketawa terbahak2. nak kena betul qery ni. meh nak lempangkan. hahahahaha

Hidayah said...

serius nkorang nih sweet..

mcm k.dyh ngan suami...

hahaha..(nak jugak kredit tuk diri sendiri )

:P