Pages

Followers

nuffnang

Dec 17, 2012

First time ke Pavilion. Pavilion adalah biasa sahaja.

Kata je orang KL *walaupun begitu, muka kampung habis*, tapi baru nak sampai pavilion. Sedih..haha! Itupun pergi sebab ada event. Kalau tak memang harapan tinggal harapan je la. Semua salah Qery *siapa lagi haku nak salahkan, kekeke* Dia selalu set dalam kepala dia area KLCC Pavilion BB adalah JEM! Jadi dia tak nak pergi. Dia pernah la pergi sana dengan kawan-kawan. Aku je tak pernah lagi. Sob sob sob. Lepas event Celcom tu kitorang jalan-jalan, tapi tak lama sebab hari Jumaat kan. Qery nak solat Jumaat lagi.


Pestaim. Gini la jadinya. Masa ni pagi lagi pukul 9.50 gitu. Tak de orang, Pak guard lagi ramai dari customer. Hihi! Nampak dorang tengah jalan-jalan round tengok kedai mana bukak, kedai mana tak bukak kot. Bila takde orang, boleh la kita posing hover sikit. Sikit je boleh. Kang pak guard nampak terus resign sebab tak boleh terima ada manusia spesis jakun macam ni.
 

Pagi-pagi memang kerjanya berkepit dengan fon. Mesti customer terkejut aku reply mesej/wasap seawal jam 8. Muahahaha! Aku pun masa nak reply tu macam tak percayaaa je,


Qery yang kebosanan. Tapi sebab ramai awek kat sini. Dia terhibur la sikit. 
 

Gambar syok sendiri ni, snap 10 kali habaq hang. Bengang je aku. Snap-snap je nanti Qery delete, dia kata dia nampak hodoh la, nampak gemuk la, posisi tak cantik la. *grrrrrrrrr, siapa perempuan sebenarnya ni??* Lepas tu malas nak layan dia.
 

Ha, baju ni dari Pretty Chase tau.Cantikkan. Baju ni sebenarnya loose. Fit saiz S M L. Tapi aku pakai belt sebab saja nak bgtau i ramping macam kerengga, kerengga nampak pun akan iri hati *lap peluh*


Lepas aku snap gambar ni, dia terus upload kat fesbuk okey. Dengan excitednya. 'Kita hensem kan?' 'Kite style gila kan?' Adui..tak mampu nak jawab soalan tu. Nanti jawab secara jujur kang kecik hati, tak jawab pun kecik hati.  Jadi kita jawab tapi tipu sikit-sikit. Terus Qery berbesar hati, tu yang terus upload, kalau boleh nak update kat instagram dia sekali. Nasib baik line tepon dia takde. Huhu!


Baju dari Pretty Chase bila takpakai belt. Gitu la jadinya. Pun cantik jugak kan. Kalau pregnant pun boleh pakai. Huhu!


Gambar dari sisi dan belakang. Sapa nak boleh gi cari baju ni kat Pretty Chase okey.
 

Oh baju ni jarang, jadi memang kena pakai inner kat dalam yeah. =)

Lepas habis event, konon2 datang pavilion nak makan kat restoren korea. Dan sampai dah kat Cuisine Korea *aku tak ingat la ejaan dia camne*, tapi rupanya dia macam food court. Ramai gila orang. Aku ni boleh je makan kat food court, tapi aku tak boleh kalau dah ramai sangat, rasa macam adoilaaa...sampai langgar-langgar bahu orang. apakah?? 

Lagipun haritu refferi korea tak adil kan. jadi terus boikot tak nak makan makanan korea. Hari Jumaat tu  je la pun boikot. Haha! Kite gi makan kat tempat lain. Makan kat The Fish Manhattan. Tapi servis dia, macam kap kun kap. Boleh tak dorang ni amik bekerja jangan nak bangla. Amik la orang melayu. Ini bangla, potongggg okey. Lepas tu kita baru habis makan. Terus nak amik pinggan kita. Nak suruh kita bla terus. Bila kita dah bayar, tak pulangkan balance. Boleh? Aku punyala tunggu kat meja tu nak tunggu balance kan. Sekali datang tanya aku tunggu apa lagi. Ha amik kau kena makian sikit. Ingat aku nak sangat ke tunggu situ.

Apakah pavilion servis dia sangatla entah pape? Aku singgah machine ATM cimb dia, atas machine tu penuh resit sampah sarap, provide la tong sampah kat sebelah, bape sen sangat, eii malu betul. jaga la standard korang tu. Bilik air pun kotor gila. First impression dah not good. Aku orang Malaysia dah pandangan ke laut, apatah lagi orang luar. Dengar kata gah sangat, barang2 sana mahal, orang kaya je boleh beli. Mungkin la, tapi bukan semua benda orang kaya je boleh beli. Ada jugak orang yang so so macam aku boleh beli. Muahahaha!

Mungkin memang nasib aku datang ketika keadaan tengah tak boleh bla. Haha! orang lain datang elok je kan. Apa pun kesimpulan aku, lepas ni tak teringin dah nak pergi pavilion, kecuali terpaksa. Huhu!

7 comments:

Shima Mazlan said...

hahaha .. ykew ko 1st time g pavilion .. mcm xcaye jew .. muahaha .. aku pon xberapa suka g pavi .. lg best g sg.wang or time square .. bole cuci2 mata n cuci2 poket .. kikikikiki .. bak kata ko brg kt pavi mahal kan ... ntok org kaya+berlagak kaya bole la ..aku xmampu kot .. hihihihih ..

Alan said...

aku suka lepak pavi time sabtu ahad..banyak awek cun hehehe

Shahada Fauzi said...

gambar yg masa balas mesej customer tu kan kamu nampak tembam sikit la..hehe..:P

mrs kayrul said...

suka ngan servis sepet..bila sms laju jer balas..memang mesra pelanggan

sharifah rosidah said...

Alah bukan best sangat pun pavi tu....kalau tak pergi pun tak rugi.....aunty lebih suka pergi sg wang plaza atau bb plaza dari ke pavi, cuma kalau nak beli barang2 branded je baru aunty ke situ.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. comelnya. pergi pavi ye. mmg nothing pun. hahahaha

salam perkenalan ye :)

cik nur said...

lawa jgak naju eh :)
untuk size plus pn muat nur rasa nie :)