Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Dec 11, 2012

Korang perasan jugak eh? Hihi!

Suatu masa dulu. Masa mula-mula buat blog. *masa ni tak berapa ramai lagi ada blog*, Siapa yang komen, mesti aku reply. Siap masuk blog orang tu. Komen kat dia pulak. Dulu ada letak chat kat tepi. Boleh borak-borak. Memang haku dulu takde keja. Hahaha! Dulu terlebih masa. Student katanya. Student yang tak berapa cerdik macam aku memang banyak masa. Aku banyak main masa study. Tu sebab aku tak dapat sambung pelajaran ke luar negara *tetiba nak ke luar negara, apakah? haha*

Preparation KMN04 (Pottasium Permanganate 0.01%) Ecewahhh..haha!

Kalau student yang bijak gila tu, dia takde masa nak buat blog ni. Kerjanya asik la ke library. Study group, Buat assignment, jumpa lecturer. Woi!! Aku memang tak pernah buat semua ni. Pergi library adalah terpaksa je. Kalau dah takde tempat lain yang best dalam dunia ni, baru aku jejak masuk dalam library. Study group pun bertukar kepada group gosip. Apa ni?? hihi! Memang aku takde keje. Padahal orang kata study farmasi bukan senang. Memang pun. Aku sendiri tak paham apa aku belajar dulu. Haha!

Aku ingat lagi masa exam anatomi. Kena lukis sendiri gambar sel kulit. Siap dengan labelling la. Ini apa itu apa semua nya apa. Mula-mula aku tengok soalan tu. Aku termenung. Aku tengok kawan sebelah. Pun termenung. Sama gaya macam aku. hahaha! Termenung dalam 5 minit. Tengok lagi sekali kawan aku dah start lukis. Aku usha dari tepi. Nampak la sikit-sikit dia garis, nampak dia buat alur, nampak dia lukis layer epidermis bagai. Kang usha lebih orang kata aku meniru pulak. Usha kejap-kejap je. Pejam mata membayangkan balik macam mana la rupa full sel kulit ni. Adoi. Stress haku. Lecturer ada ajar ke eh sebelum ni? Muahahaha! *over gila*

Sudahnya...lukis je. Walaupun tak bijak sangat. Gaya perlu ada. lukisan harus mantap. Siap kawan sebelah tadi tengok aku macam terkagum-kagum. Iolls perasan okey, aku siap pandang dia sambil angkat-angkat kening. Muahahaha! Dia tak tau aku lukis sendiri punya halusinasi. Eh? Hihi! Soalan kemain lagi la lecturer aku ni bagi. Nasib lulus. Target lulus je. Boleh? Haha! Tapi takde la bengap sangat. Ko jangan la fikir aku bengap gila tau. Aku slow je, tapi tak bengap. Tak pernah lagi repeat subject la *motip bagitau?* Muahahaha!

Nak cerita betapa aku takde keje masa study, sampai esok pun tak habis. Ada sorang lecturer chinese tau. Dulu dia student MSU jugak. Lepas habis study dia jadi lecturer kat MSU jugak. Aku tak ingat nama dia. Masa mula-mula dia masuk kelas aku. Dia tenung semua student. Lepas tu dia cakap

'I masuk-masuk sini, tengok muka u semua. Memang muka kerja farmasi'

Boleh? Bagi semangat sangat pulak lecturer aku ni. Hahaha! Sebab dia ada cakap, dia sebelum ni masuk kelas lain, kelas makmal perubatan, tapi ada sorang tu muka macam kerja model, sorang tu macam tak layak kerja, sorang tu macam muka akauntan. Huhu! Psycho.

Eh cerita tu takde kene mengena. Aku pun tak tau kenapa aku cerita. Hihi!

Punyee laaaaa takde kerja. Sibuk update blog. Balik rumah update blog, komen orang, baca blog sana sini. YM jantan sana sini. Auw!!

Bila dah kerja. Langsung aku tak heran dah pasal blog. Update tetap update. orang nak komen, orang tak nak komen. Aku buat tak tau je. Muahaha! Baca blog orang apetah lagi. Siap Ceera dengan Jemah cerita pasal blogger sini blogger situ. Semua aku tak kenal. Padahal bila aku cek, blogger tu femes. Masa ni semua orang berlumba-lumba nak naikkan traffic blog, nak naikkan followers, aku tak heran. Sebab aku tak kisah pun. Masa ni dah tak ramai pun baca blog. Pun aku takde rasa sedih ke apa.

Lepas tu, bila dah resign. Aku rasa macam aku keji sangat. Jadi aku pun reply balik komen-komen orang. Reply je la aku mampu. Tapi kalau nak membaca sorang-sorang punya blog. memang ambik masa. Huhu!

Sekarang? Ada yang perasan aku dah tak reply komen. Aku reply jugak, tapi jarang la. Bukanla bizi gila sampai tak boleh nak komen kan. Tapi tu la. Bila dah penat. Apa pun tak function. Kepala hotak dah tepu. Apaaa pun tak boleh. Hihi! Jangan marah tau. Aku suka korang komen. Nanti ada masa dan kalau aku ingat, aku reply yeah.

Oh nak update sikit pasal semalam yang korang email nak jadi Dealer tu kan. Sorry. Bukan Dealer. Akan tetapi agent. Hihi! Sebab owner dia lantik dealer dulu, buat masa ni dealer terhad, aku jadi dealer. Jadi sapa bawah aku adalah agent lah. Korang doakan aku dapat jadi stokis. Kalau aku jadi stokis, boleh la korang upgrade jadi Dealer. Kehkehkeh! Tak paham? Takpe nanti aku terangkan. Hihi!

Ada yang suruh aku bagi detail semua. Sorry sebab benda ni tak launching lagi. Big boss kata 1 Januari, jadi 1 Januari lah baru kite cite-cite eh. Buat masa sekarang. Kite tunggu lah bersama-sama. Hihi!

Sekarang ni tengah popular produk Felinna, losyen kurus dengan vitamin C, siapa nak order, macam biasa mesej aku k. =)

Felinna Inchloss
Felinna Vit C + Pure Collagen

4 comments:

Shima Mazlan said...

taw xpew .. sentap aku .. ary tuh ko reply komen aku ckp box follow aku xdew .. skrg dh adew cpt2 la follow aku .. hahahah .. aku always doa kn ko .. sbb ko ni funny+jujur .. bagi aku la .. hihihi .. yer la fellina tuh dh pemes .. 1st aku tgok+taw dr ko .. so aku xkn g kt org len .. sbb tuh prinsip aku .. yg ary tuh nyer xabis lg .. dh abis aku whasApp ko laju2 ..

Cik Cammy Lia said...

biasa lah sepet, masa mula2 dlu org x kenal..mmg kite rajin skit nak reply sbb nak suh org dtg blog kite jugak..skrg ni bile dh rmi yg kenal kite pon cm mls nk pegi blog dorg. hahaha..keji pangai ko sepet. kahkahkah...bz bisness ye ekekkee..

mama jariss said...

dulu selalu baca blog jemah..dia yg beriya2 nak keja sendiri...tknak keja makan gaji..tp , tgok2...adik dia yg buat dulu.....
semoga seQY berjaya/.. chaiyok2

sharifah rosidah said...

Oooo cam tu cerita nya...alah aunty tak kisah pun kalau tak balas komen2 aunty..sebab kalau aunty rasa nak berborak borak dengan awak aunty pergi je ke fb awak.

Aunty ni jenis orang yang suka dan cepat mesra, kalau yang muda aunty anggap macam anak anak dan kalau yang berumur sikit aunty anggap sebagai teman seumur...senang kan...sebenar nya bila dah tak ada anak kat rumah aunty rasa sunyi sebab tu cari dan buat kawan dengan blogger.