Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Dec 20, 2012

Blog yang aku suka baca part 2.

Ewah, poyo gila habaq hang nak ber part part. Huhu! Maafkan diriku ini. Aku sekarang ni tak tau la apa punye perangai. Suka baca blog makcik-makcik tau. Dulu aku suka bca makcik Filla, Makcik D, dan makcik Peeja. Sekarang ada list terbaru tau.. Meh kongsi dengan korang, mana tau kot yang belum pernah baca macam aku, memang aku suggestkan gila-gila. Aku baca sampai bawak berhari-hari.

1. Makcik Ana. (muahahaha)

Suka baca blog dia kerana???? Dia sangat comel. Kalau masak memang sedap. Walaupun aku tak pernah rasa lagi, cuma tengok dalam blog, tapi dah terasa-rasa je kat lidah aku ni. Lepas tu Kak Ana ni sangatlah cool. Yang aku terkagum-kagum dengan Kak Ana ni, tahun lepas dia bercuti dengan anak-anak kat luar negara. Selamber 6 buah negara sekali harung. Amboi..Tahun ni bercuti 2 negara *kalau tak silap la* tapi kemain lama tau. kita ni kalau paling hebat pun bercuti seminggu, itu pun lepas balik Malaysia sebulan berbuka makan Maggy, muahahaha! baru-baru ni Kak Ana pergi 4 Disember sampai 21 Disember. Lamanyaaa..lepas tu syiok tengok dia dengan anak-anak main salji, suka tengok rumah Kak Ana besar dan cantik. Terus jadikan dia idola. 

2. Makcik Elly (Kak Elly sangat cantik hokey)

Kak Elly ni pun cute, lepas tu funny. Tengok anak-anak dia pun cantik macam mak dia. Semalam tengok barang-barang yang dia pakai untuk diri dia, rasa macam nak ada jugak, sebab nampak dia cantik kan, haruslah nak cantik macam dia. Aku memang tak boleh tengok perempuan cantik, mesti nak tiru dia pakai apa. Muahahaha! Tapi ofkos la barang-barang tu mahal. Tak tau la nak kena kumpul duit sampai berapa baru mampu nak beli. Sedih. Hahaha!

Buat masa sekarang ni aku malas la nak snap gambar. Takde nafsu. Sebab duduk rumah je kan. Kompom la muka sepah habis. Lepas tu tak kuasa pulak aku nak capai tudung semata-mata nak snap. Lepas tu keluar dengan Qery pun semata nak gi pos barang. Kompm lagi sekali muka tak siap, sebab aku tak pakai mekap pun.Agak keji jugak kalau snap gambar syok sendiri.

Lagipun rasa macam tak selamat bila pegang fon kat tangan setiap kali keluar. Sebab aku ni careless. Kecuali kalau Qery yang snap gambar takpe, kalau aku yang kena keluarkan fon sendiri lepas tu snap, memang sorry naik lori la.

Cepatnyaaaa dah nak masuk tahun 2013 kan. Aku takde plan apa pun tahun ni. Tapi tahun depan punya plan memang banyak gila. Tak tau la macam mana ni. Nak fikir pun macam stuck je. Huhu!


Sajikan korang dengan gambar raya lepas, hidung kembang lambang kebanggaan. 

Okbye!

9 comments:

nadia said...

nadia pon suka gile baca blog kak ana! sempoiiiii abis kan dia. macam supermom pon ada kadang2. hihi

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. takleh blah gambar hidung kembang sepet ni hahaha

Ayu azmir said...

hikhikhik...vangga tu...

mrs kayrul said...

suka blog kak elly gak...pernah jumpa kak elly kat kedai makan..cantik sangat tapi tak berani nak tegur...hehhee

Miss arfisa said...

sama dgn saya..huhu

sharifah rosidah said...

Nanti aunty gi terjah blog2 tu ya....aunty suka semua blog yang aunty baca termasuk lah awak tau.

Miss Moon said...

ala ....blog akak tak masuk list ke sepet ( tetiba nak menyibuk jugaks hahhahah )

peej said...

motip masukkan iolls kategori makcik. sentap kuasa lapan tau. bagi chan la panggil ahkak. *kembang2 hidung*

kita tau plan apa 2013 tu. kepak kepung kepak kepung. la la la

Ana Suzana said...

Cisss aku di panggil makcik.. kekkeke..