Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Dec 12, 2012

Tahap Penakut, Tahap Kekuatan

Entry ni seperti biasa, aku taip tengah malam. Di kala semua orang dah membuta dengan jayanya. Aku je yang tak normal. Aku ni sebenarnya tak tau la aku ni penakut ke tak. Aku rasa aku ni penakut. Tapi tu la. Bila kejadian terjadi, aku secara tiba-tiba tak takut.

Macam semalam kan. Masa aku tengah syok-syok buat kerja dalam bilik. Aku dengar macam ada samting kat dapur. Kalau nak diikutkan, akan terfikir macam-macam la. Tapi aku selamber gi cek kat dapur.

Pernah sekali dengar perempuan ketawa kat jalan raya pukul pagi. Intai-intai rupanya memang ada perempuan ramai-ramai tengah lalu depan rumah sambil berborak ketawa-ketawa. Aku rasa minah rempit kot. Sebab ada lelaki jugak. Tapi lelaki tu tak ketawa la. Huhu!

Eh dorang ni, pukul 3 4 pagi la pulak nak bergelak sakan. Pergi la gelak kat depan rumah orang lain. Ini gelak depan rumah aku. Terpaksa aku seram-seram sikit. Seram tapi sibuk intai. Poyo sangat.

Walaupun aku rasa aku bukan seorang yang penakut. Aku tetap takut nak tidur tutup lampu. Sebab aku serik dah. Tiap kali tutup lampu, mesti adaaaaaaaaaaaaaaaaaa jeeeee tak kena.

Tapi, perkara yang aku paling tak boleh bla. Adalah Lipas. Kalau aku nampak lipas. First reaksi aku. Aku kejung. Tegamam. Aku tak boleh la. Benda yang terbang ni. Kadang2 rama-rama yang comel tu pun membolehkan aku kejung. Rama-rama yang tak bergerak tu aku boleh usik-usik lagi dia punya kepak. Kalau dia terbang pun aku tak kisah. Tapi jangan terbang ke arah aku. Kompom aku terkedu sampai tak boleh gerak.

Belalang pun aku tak boleh. Dia punya lompat, tak tau sampai mana. Kadang2 aku teka dia nak gi tempat lain, rupanya dia ke tempat lain. Tanjat tau. Jadi aku selalu fikir yang belalang tu akan lompat kat aku. Pernah belalang masuk farmasi. Satu kejeeeee pun aku tak boleh buat. Haha! Terpaksa la Kak Ros selamatkan keadaan. Tangkap belalang tu. Lepas tu buang pokok-pokok.

Drive. Aku takde la penakut nak drive. Kalau tak caya KLIK SINI. Tapi kalau tak caya jugak. Takpe lah. Nak buat cane ann ann annnnn. *majuk, muahahaha* Aku takut nak drive pakai kereta Qery. Walaupun reverse. Hahaha! haritu, Qery pergi Tesco. Dia park jauh sikit la. Tade la jauh sangat. Aku tunggu dalam kereta. Dia gi beli barang sekejap je. Sekali hujan turun dengan lebat tak hengat punya. Dia pun call aku suruh reverse sikit sampai kat tempat ada bumbung. Dia tak nak kena hujan.

Aku pun membebel la. Poyo sangat. Lari je la sikit. Lelaki kot. Pedehal kena hujan kan. Qery pulak dia bermati-matian suruh aku undur jugak. Kalau tak dia tak nak masuk kereta. Aku pun mengalah. Aku start enjin kereta. Masuk gear reverse. Tengok belakang.......woiiii tak nampak apa ni. Bagaimanakah??? Kang aku langgar orang macam mana? Kenapa Qery tak pasang viper kat cermin belakang ha?? Okey tak klaka.

Aku call Qery balik, suruh dia lari je, sebab aku tak nampak, hujan lebat gila pulak. Qery kata aku mengada. Amboiiiiii..sakit hati hanya tuhan yang tau ketika itu. Kuikui! Dengan perasaan bengang. Aku matikan enjin.

Tengok kat sit belakang. Amik payung.  Keluar kereta. Nampak Qery rupanya sejengkal je dengan kereta. Kirenya kalau aku reverse dalam 10 tapak (jalan kaki) dah sampai ke dia. Hahaha! Qery bengang tengok aku yang comel jalan jemput dia sambil pegang payung.

Q : Kamu ni, reverse je la. Bukan jauh pun. *kerut-kerut dahi dia*
S : Sukati a..
Q : Tak nampak belakang la apa la. Mengada
S : !@#$%^&*()

Kalau la aku diberi kekuatan 10 kali ganda dari Qery, Memang aku pukul dia kat situ jugak. Ha nak cerita pasal kekuatan kan. Haritu kitorang singgah kat tempat main game-game ni. Ala kat shopping complex kan ada tempat yang main game tu. Yang boleh lawan kereta semua tu.Ada la satu game ni. Dia macam ada satu sarung tangan yang boxing tu. Dia suruh kita tumbuk benda tu dengan segala kekuatan. lepas tu dia akan bgtau la tahap kekuatan korang tu tahap mana.

Kalau yang paling kuat tu aku tak ingat, tapi ada la normal, strong, over strong ke apa aku tak tau la. Kiranya ada 8 stage, ke 6 stage, aku tak ingat*. First Qery tumbuk. Lampu tu naik sampai stage 6 kot. Qery dapat bahagian normal la. Dua kali dia tumbuk. Dua-dua dapat normal. Tapi ada satu tu dah nak sampai atas sikit. Sikit lagi dapat la dia level 7. Aku macam biasa kan suka kutuk dia.

S : Eleh. Normal je ke kekuatan kamu ni. Cite macam kuat sangat. Nampak je lengan besar. Normal rupanya
Q : Nah kamu cuba pulak. Banyak cite kan.

Aku pun dengan konfiden, bagi beg suruh Qery pegang. Sambil dengan penuh gaya....satu...dua....

TUMBUK!!!!!!!!

Sekuat hati ni..

Sekali..

keputusan dia....

tahap..

SATU!!???!!!!!!

OMG!! Korang tau tahap satu tu kekuatan jenis apa?

BABY!!!!!

Habis haku kena bahan dengan Qery haritu.

Q : Tahap baby je..uwekkkk...uwek..... *tiru baby nangis*
S : Kite jaga hati kamu, tak nak la tunjuk kekuatan yang ada

*lap air mata*

Kenapa aku perlu dimalukan sampai sebegini rupa. Perlu kah masin game sebegini dihapuskan???

***************************************

KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN FELINNA INCHLOSS
KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN FELINNA VIT C + PURE COLLAGEN

12 comments:

Cik Cammy Lia said...

kahkahkahkah..mmg lucu cete yg last tu ekeke..

Shima Mazlan said...

hahahaha .. ko ni memang lawak .. mane bole nk banding kn kekuatan kita ngn laki .. mmg xla .. aku pon penakut jgk .. tp klu jd sumthing aku mesti nk taw + nk tgok .. lepas tuh baru takot .. bole ?? hahahahaha

Yann said...

hahahha... abis bc blog hang mesti aku nk tgelak punyer.. adoinyerpon..

Shahada Fauzi said...

hahahaha..lucu la kamu ni..hadoi..

kekuatan tahap baby eh? hahaha..

tapi kan bab lipas terbang2 tu pun kite takot..haiyooo..suke2 ati je nak terbang2..

Filla ~ Kasihs said...

hahaha comel sangat kamu ni sepet.. baby baby baby.. hahaha

ina ariffin said...

anggap jela kecomelan pun tahap bby..bby bby bby ooo..justin bibir.. hehe.. :)

nalsweet said...

hahaha..napela awak ni best+comel ye dik?setiap ayat awak akak bace tau..setiap perkataan..salu ada blog yg akak bace akak skip2 jek..tp awak memang best!hihihihihi..kelakorrr

ishy77 said...

Hai baby :p

sharifah rosidah said...

Ahahaha kelako betul lah, tu lah lain kali jangan pandang rendah kat kekasih kan tak pasal2 malu kat situ.

Khalilah MNor said...

Alhamdulillah... Fuuhhh selamat. Nasib baik la baru lepas solat ,kalau tak sure tergolek2 dengan sesak nafasnye time baca entry nih.. Hahahaha~!! dlm jiwe :D

FairuzJaafar said...

antara paling banyak2 entry.. entry ni la rasa nak gelak sangat... uwekk.. uwekkk..

mrs kayrul said...

kelakar...kita kalau nampak mesin macam tue takut nak cuba..takut sama macam sepet..hehhehe