First Time

Korang mesti macam stress bila baca entry aku ni, lepas baca mesti korang akan cakap 'hek eleh itu pun nak cite' Walaupun korang selalu je cakap macam tu dalam hati lepas baca blog aku, tetapi haku tak kisah. Macam ni cite dia

Aku dengan Pemalas adalah berkawan rapat seperti yang sume orang tau. Kami tak pernah bergaduh. *mata ke atas*. Fine cite dia camni. Aku memang dah lamaaaaaaaa ada lesen kereta. Tapi aku tak suka bawak kereta. Itu pun Qery yang paksa aku belajar memandu. Aku belajar kat SINAR, tempat belajar satu family aku.

Pakcik tu tanya aku,

Pakcik : Pernah drive kereta?
Aku : Tak pernah langsung
Pakcik : Kalau macam tu kita ada pakej 8 jam, 16 jam, *ada lagi aku tak ingat berapa jam*
Aku : Saya nak 8 jam

Ewah...hahaha! Ko dah la tak pernah bawak kereta, lepas tu amik 8 jam je. Fitam pakcik tu dengar.

Pakcik : Selalunya kalau tak pernah bawak kereta, kita suggest ambil 16 jam. Untuk biasakan diri dengan jalan raya
Aku : Takpe pakcik, kalau saya tak pandai lagi, saya tambah hours k

Konfiden perlu ada. Korang kan tau konfiden level aku tinggi. hahaha! Jadi berbosan la aku belajar kereta selama 8 jam. Tapi yang tukang ajar aku tu adalah tak bagus. Sebab

1. Kalau pukul 8-10, dia akan datang lewat, 8.30 baru sampai. Lepas tu habis sharp pukul 10.
2. Kalau pukul 7-9. Dia akan suruh aku singgah mamak dulu, lepas tu dia gi minum kopi. Boleh?
3. Cakap pelan sangat. Dah nak masuk simpang baru suruh aku masuk.
4. Kuat membebel. Aku nak fokus kat jalan raya pun susah.

Jadi nak kata 8 jam tu tak sangat la. Aku rasa aku blajar tak sampai 6 jam kot. Tapi aku tak komplen. Sebab aku kan memang malas nak drive. So lagi sikit lagi best. Tapi 2 jam terakhir aku bgtau kat kerani dia aku nak anak pakcik tu ajar aku. Anak pakcik tu LELAKI okey, hensem bergaya. Auww! hahaha! I memilih sikit, abang yang ajar aku tu tak fun. Boboyot, so anak pakcik ni muda kacak lagi, hampir jatuh hati kat dia. Dush!

Aku tak komplen kat SINAR, tapi aku komplen kat anak pakcik ni pasal brother boboyot tu. Ngengada kan i. Tapi lepas anak pakcik ni cakap 'awak ni manja la macam adik saya yang bongsu' Sentap hati i, maknanya dia anggap aku sebagai adik je tak lebih dari itu. itu last aku jumpa dia. Ceaaa drama sangat.haha!

Pada hari nak ambik lesen tu. Semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Walaupun 8 jam je. Lagipun family aku semua amik 8 jam kot. Ceera pun 8 jam, akak, emak, ayie, takkan la aku nak amik 16 jam. Mana nak letak muka selain dari kepala??? OH no no no!

Sejak dapat lesen, aku tak pernah bawak kereta. Qery selalu paksa aku siap merajuk-merajuk suruh aku drive kereta dia. Tapi aku jenis takkan drive kereta orang. Sorry la ye. Merajuk la kau di sana. Aku pedulik apa ken..hehe!

Selepas bertahun-tahun, poyo cam lama sangat tak cite aku ni? haha! Padahal 2 tahun lepas je kan. Tadi Qery mintak tolong aku drive kan kereta dia. Kerana??

1. Kereta dia masuk bengkel sebab problem wiring. Semua okey cuma bila nak start tu dia tak connect
2. Selama 3 harini dia pakai Neo (Auto), kereta sebenar dia (Manual)

Nak dipendekkan cite, dia plan macam ni.

1. Dia jemput aku kat rumah pergi bengkel
2. Sampai sana, aku bawak kete Neo (auto, selamat..haha)
3. Dia bawak kete dia (manual)
4. Aku follow dia sampai rumah dia
5. Park kete tu kat sana. Dan kita keluar balik

Hoyeah!! Sebenarnya dia nak mintak tolong ayah dia, tapi ayah dia balik pukul 5, lambat sangat. Jadi dia mintak ihsan aku untuk tolong dia. Kong ajo.

Jadi aku nak tak nak terpaksa setuju la. Sebab aku kesian sangat. Dia nak tunggu lama-lama. Bukan aku takde lesen kan...

Plan berjalan seperti biasa. Well Qery tak pernah tengok aku drive. Hahahaha! Jadi ko bayangkan lah betapa dia jakun. Hello? Auto kot. *jeling*

Dah sampai kat bengkel, dia pesan kat aku

'Ingat eh follow je belakang kereta kita'

Macam la aku tak tau rumah dia kat mana kan. kalau ko nak jalan dulu pun guwa takde hal la. Ewah poyo habis cakap camni.

Tapi kompom la jalan kat KL ni pukul 4 dah macam harem. Aku memang tak ikut belakang Qery la sebab ada je orang potong kereta aku. Aku bawak cam siput. Maklumlah sebab aku bukak radio kilauan emas punya channel kot. Entah lagu lama slow je. aku pun slow je la *alasan bawak slow*.

Bukan, sebenarnya jem gila kat bukit ceras tu. Rimas aku. Aku dah tak nampak dah kereta Qery. Lantakkan. Dalam hati menangis 'sampai hati u tinggalkan i.sob sob sob'

Lepas tu nak masuk lorong rumah Qery tersalah masuk lorong. Shit! Kena reverse. Takpe aku hebat gila part reverse. *ni perli diri sendiri hokey, hahaha* Tapi aku bertabah. Dah kau salah lorong, takkan nak ketuk pintu rumah orang mintak tolong reversekan kereta ko kan. Kang ada yang orang tu masak lauk berbuka Sepet masak tempoyak ke apa.

Sampai-sampai rumah Qery, Qery buat muka terkejut. Seperti tidak percaya yang aku boleh drive. Memang kurang ajar. Dia kata aku ohsem gila. Nampak sangat selama perhubungan dia je yang drive, kahkahkah!

'Kita kagum sangat kamu boleh drive'
'Kamu hebat oh!'
'Kamu memang terbaik!'

Lepas tu aku malas nak layan sebab dia dah lelebih kan. Huhu! Drive dekat je kot. Puji macam aku drive kete manual dari Perlis sampai Johor.

OTW Qery nak hantar aku balik, dia cakap dia nak demam

Q : Kita rasa nak demam, penat, mengantuk...tak larat la..
S : Balik ni rest la k
Q : Kamu drive hantar kita balik eh pleaseeeeeee

*pandang luar tingkap malas nak layan, amboiiiiii diaaaaa tu...over sangat ni*

Aku takkan drive selagi bukan kereta aku. Ada pahem?

Comments

Lelaki said…
faham boss!

hehe!
Chot said…
hehehe...hehehe.. tergamam, terkemam, sepet mampu drive kete. hehehe
Puteri Satu said…
wekekek... apapun akak tetap tersenyum2 baca citer kamu ni... sangat comel! kekekek..
hahaa.. sebenar nya ko bukan malas, nak memanja je.
NorrShakor said…
tak sangka la sepet leh drive kete gak walaupun auto..kagum2...
Epal merah said…
bleh masuk hari ini dalam sejarah kt rtm dh ni..huahua!
ala rugi x snap gambar sblum start nak drive tu... Lepas ni mesti qery kerap suruh drive lg...barulah ayu+macho dik:-)
Sepet said…
lelakisemalam : Good boy

ishy77 : Sila kagum lama-lama sikit, kuikui!

Puteri Satu : Saya comel kan.. *haha! mesti akak menyesal puji*

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P : Eh apa pulak, memang malas hokey..ohh nak baring sekarang...

mamafarah4 : See the right leg la..kuikuikui!

Chikova_Airashii : Malas nak bising2 *padahal...haha*

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara : Oh man, tak mungkin saya akan drive lagi. nehi nehi