Baby? Abang?

Korang tau betapa sakitnya kalau aku dengar Qery panggil diri dia Abang... Memang rasa nak pitam!

Qery selalu cerita pasal family dia, ayah, emak, syah, cepul kat aku. Kadang-kadang tengah cerita dia tersasul. Contohnya kan..

'Ayah dengan Mak dah beli baju raya dah, Abang je belum'

WTF!

Lepas tu kita dua orang tahan gelak. Qery la malu. Aku nak termuntah.

Dia kan bahasakan diri dia Abang kat rumah. Tu yang kadang-kadang tersasul. Selalu kalau lepas kol ayah/mak mesti lepas tu dia tersasul. Aku jarang tersasul sebab memang kat rumah aku bahasakan diri 'kite'

Semalam aku tengah update, lepas tu nampak Qery online facebook. Dulu kitorang jarang gila bertegur kat facebook sebab malu. Bukan malu apa la. Kalau setakat tegur biasa-biasa tu boleh la. Tapi takde la ayat tangkap leleh semua kan. Zaman ayat manis kat facebook sudah berlalu. Itu zaman myspace dulu. Bila online je bukak page boifren tulis 'i love u' dengan harapan nanti masa boifren bukak dia cakap sweet. Oh please la. hahaha!

Kalau nak sweet-sweet kita mesej je la ye. Takde la nak cite kat facebook. Lagipun adik beradik aku dorang ni ada je kat mana-mana tau. Sibuk sangat kalau aku nak bercinta. Huhu! Kadang-kadang, kalau Qery update status, dorang yang komen-komen siap panjang berjela komen kat Qery. Aku tertekan. hahaha!

Sambil update sambil tenbgok facebook, tetiba dapat mesej kat facebook. Tengok nama Kaede Rukawa. Bukak-bukak je..


Baby? Seram i dengar... Nak tau kenapa dia panggil i baby? Sebab dia nak gi main futsal sampai pukul 1 pagi. Pandaaaaaaaaiii diaaaaa tuuuuuu!!

Lelaki......samaaaaaa ajeeee....

Comments

Puteri Satu said…
hahahahhhahaha.. itu je yang mampu akak komen... memang nak tergelak2... hik hik.. ada2 jekla kamu ni zuhana... akak doa..cepat2 ke jinjang pelamin... :) samat hari raya
Rina Ellisa said…
hahhahahahhaha.. lawak2.

asal terjah blog akak je ku tersenggih2..asal tengok blog akak je ku tersimpul2 senyum..

HAHAHAHAHAHHA.. :P
Lelaki said…
ok apa sweet jer...
Irfa said…
akak senyum je kat baby
ny+mi said…
comel la!!! dia nak bodek lettew! hehehe..selamat hari raya! :)
ok la tu sepet...
panggilan manja gitew...kasik la chance Qery panggil gitu..

ckp kat Qery, panggil camni sampai dah jadi isteri..hingga ke hujung nyawa...jgn nanti bila dah lama sket kawin...terus jadi saya awak, saya awak...kau aku pulak...
tak mor ok ;D

Meg-ct said…
Sejak bulan puasa hari tu la akak start baca blog awak dengan qery. Huhuhu setiap kali baca mesti tersenyum-senyum. Akak doakan korang ni bertemu jodoh cepat-cepat. Hehhe
Amalina Ali said…
HAHAHAHAHAAAAAA..... comel je.