Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Aug 2, 2012

Ini sudah lebih

Ada baca blog Qery? Kejap lagi siap dia..cubit-cubit, lesing-lesing dia..ini boleh isytihar perang saudara...grrrr.

Itu bila eh,semalam semalam kot. Nak curi gambar dari laptop dia. kuikuikui! Oh pandai kata aku suka merajuk. Hik! Biaaaa aaaaa... Aku memang la suka merajuk, tapi aku comel. Apakah?

Aku selalu tak ikut dia gi pos barang. Jadi tunggu je dalam kereta. Qery ajak aku teman..Oih malas aaah!


 Wajah menandakan taknak ikut.

Lepas tu Qery kena pergi sendiri. Padan muka..boooo boooo...


Pastu membebel-bebel masa nak keluar tu, dia yang suka membebel. Lepas tu muka kedut kedut salahkan aku. Aku dah suruh beli mask kat Guardian tak nak. Malu la tu dengan mak. Kuikuikui! Aku selamber je pakai, sebab aku perempuan kot. Semalam nampak cara buat mask untuk muka dari Ira, kawan lama.. jap aku kopipes


Hehe, Si ira ni memang pandai bab-bab kecantikkan. Aku syak semua family dia pandai masak. Dulu mak ayah dia selalu buat nasi lemak bagi kitorang makan. Ingat esok nak buat mask ni, takyah kuar duit beli mahal-mahal. Mahal la bagi aku, aku kan suri rumah, nak buat apa semua kira-kira. Sedih..


cara nak buat

1. potong timun, 1/3 je cukup.
2. potong kecik sikit supaya senang nak blend
3. blend
4. tapis, tanak hampas ye!
5. ambil square cotton tu, celup dan tekan-tekan sikit supaya tak serap banyak sgt.
6. simpan dalam tupperware macam kat atas tu
7. sejukkan dalam bahagian freezer!
8. pakai dalam 20minit, sebelum tidur. pakai kat mata pun boleh.
 
Ira, kalau ko nampak aku curi ni, ko tak saman aku kan..huhu! Korang pun boleh buat jugak k, ke korang dah tau aku je tak tau...tak kisah...
 
Berbalik kepada cerita tadi..


Mamat ni masuk-masuk kereta je, aku tengok dia amik kertas pos laju dalam 20 kot

S : kenapa amik 20 je?
Q : Dia letak kat depan tu sikit, takkan nak ambik semua
S : Ambik je..20 mana cukup..
Q : Alah nanti nak pos kita amik lagi
S : Nanti jadi macam haritu...

Haritu, kakak pos bagi sikit je. Habis tu takkan la aku nak tulis satu-satu kat pejabat pos tu kan. Leceh la. Ada yang kerja kat pejabat pos tak kedekut bagi je banyak-banyak, ada yang kedekut bagi 5 6 je. Stress aku..

baru taip dah stress, kalau macam ni kena buat sekarang la mask timun tu..call Qery suruh beli timun..lalala~~ Aku suka suruh dia beli. Semua benda nak dia yang beli. Semalam dia membebel

Q : Kamu kan boleh je pergi turun beli air kat petronas tu, nape kite yang kena pergi belikan?
S : Sebab air yang kamu belikan mesti sedap, kite dapat rasakan air ice lemon tea bersama kasih sayang.

*korang nak kata aku mengada la tu, biaaa aaa*

8 comments:

Tentang Kita said...

cantiknyer kulit muka awak...nmpk putih, gebu, mulus....geram nak cubit2

~mi + ny~ said...

kita sama lah!! sy pun kalau nak beli pape,kirim kat bf je..sy tunggu dalam kete je! hahaha..suka la akak! korang sweet sangat taw..:)

Cikgu Ma said...

ermm......bagi sket masker tu =_=

nalsweet said...

awak dah pakai tudung ke dik??ke pakai ms bulan posa ni je?
*eh, xde niat perli ke apa tau..saje nak tau..kot2 dah buat penghijrahan*

nalsweet said...

eh..mcm nyesal plak comment tanye camtu tadi..akak saje tanye jetau..jgn amek hati..sbb b4 ni sepet pakai tudung ms gi keje je kan..kot2 jela..tanye je..xsuka xpyh jwbla k..n pls ignore my comment

sepet a.k.a zack_u said...

Tentang Kita : Tak la, ada update pasal kulit muka, hehe! cepat baca =P

~mi + ny~ : Best kan buat mcm tu..hahaha!

Cikgu Ma : Kalau nak yang tu kena mintak ira, dia kat sarawak. kuikui!

nalsweet : Saya nak kecik hati jugak, tak kire belanja saya tepanyaki..huhu!

nalsweet said...

fuhh..lega.. @____________@
senang pujuk budak ni..merajuk tahap bley rasuah..hehe

mai penang la kalo nak..hiks!

sepet a.k.a zack_u said...

nalsweet : Saja saya balas komen lama sikit, nak bagi akak berdebar lama-lama. kuikuikui!