Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Aug 8, 2012

Lauk Orang Kampung

Aku kalau gi mana-mana, mesti nak cari nasi. Kalau makan tengah hari la. Sebab pagi aku tak makan. Kalau tak dapat nasi rasa nak nangis. Aku kan gembeng. Tak dapat nasi sentap, tak dapat nasi sentap. Pfffttttt!

Lagi-lagi bila aku lapar gila, orang bagi aku makan KFC, memang aku jeling je. Nak nasi hokey, takkan la tak tau..i kan orang kampung melayu jati berperwatakan Korea. Eh? Haha!

Gambar kat atas ni lauk semalam yang mak aku masak. AKu buat sambal belacan je. Aku buat yang senang-senang je. Mak aku buat susah-susah. Sebab aku tau makan je.

 Ikan bilis sahur, tak habis jadi kita hidangkan lagi.

Sayur semalam punye, pucuk ubi tanam kat depan rumah. Jangan membazir. Santan pun pakai kelapa belakang rumah. Jimat.

Abah aku beli, lepas tu kena membebel dengan mak aku sebab lauk dah cukup, berbuka 3 orang je okey, beli ikan sampai 2. sapa nak makan?

Petai, mak aku sekarang ni permaisuri petai. Mesti nak ada petai. Aku rasa berbuka tahun ni mesti ada petai.Tak paham

Sambal belacan belimbing. Paling senang aku buat. Campak2 tunbuk. Siap. Halau lalat. Lalat ni sibuk nak makan sambal belacan. Dia tak pedas ke??

Sayur kangkung tumis. Mak aku masak. Sebenarnya dia suruh aku masak. Tapi aku baring je lagi. Aku cakap pukul 7 baru aku masak. Tetiba pukul 6 mak aku dah masak. Dia tengok aku baring macam taknak masak ke kot. Hahaha!

 Jerinng bapak aku beli. Aku tak makan. Sekali abah makan dia cakap manis gila. Lepas tu rupanya tukang masaknya Kelantan..Kuikui!

 Ikan siakap masak taucu. Tengok ikan ni kan dah banyak. Abah aku gi beli lagi ikan. harus la kena bebel. Aku tumpang sekaki. Stress abah aku..haha!

Buah mangga belakang rumah.

Air kelapa lupa nak snap, itu pun air kelapa belakang rumah.

Itu la makanan orang kampung dari Sepet88 the gojes. *julingkanmatasekarang*

7 comments:

RieNa said...

"Halau lalat. Lalat ni sibuk nak makan sambal belacan. Dia tak pedas ke?? - akak gelak terbahak2 baca ayat ni. kelakar la kamu ni hana. hahaha!

::cik asha:: said...

lauk kampung la yg best..kan2..terliur tgk lauk2 tu..

Irfa said...

Lalat ni sibuk nak makan sambal belacan. Dia tak pedas ke??

huhu..akak gelak sambil nanges

A.I said...

lauk pauk gitu le yg sodapppppp! juling...juling...juling..
a'ah kan? aku pon pelik. tak pedas ke lalat tu? hrrrmmmm...

Chekgu Azrine said...

terliur tgok buah mgga tuh..huhu

hazanis said...

lauk org kg la sedap..:)

purpleryna said...

lauk orang kampung lah sedap.. lagi2 kalau mak yg hebat memasak yang masakan.. wallah