Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Aug 2, 2012

Lauk berbuka semalam

Aku malas nak kira berbuka day berapa. Sebab bukan hari-hari tayang gambar makanan kan..huhu! Jadi inilah lau berbuka 3 orang makan. Semalam ateh tade, dia berbuka dengan tunang dia. Tapi gambar blur sebab aku pakai fon cokia nokia, fon samsung takde bateri, cas dulu.

 Gulai daging, daging dia lembut sangat, mak aku rebus dari tengah hari sampai nak berbuka. Santan pun pakai kelapa belakang rumah. Satu biji kelapa sendiri tanam, haruslah sedap kan..

 Roti jalan RM2 beli kat param.

 Kerabu mengkudu

 Sayur bayam, rebus dengan air daging. Kan mak aku rebus daging kan. Air dia aku letak sini sebab mak aku suruh. Rasa daging bersama bayam. Aku tak makan, mak dengan abah bedal sampai habis.
 kari ikan, ikan apa aku tak tau. Tapi ini lauk semalam. Tak habis jadi kita panaskan balik

 Ikan masin, abah goreng sebab dia je yang nak makan..hehe!

 Bubur lambuk, amik kat masjid dekat rumah aku. Ni pun abah aku punye.

 Sambal belacan aku buat *perlu ke bagitau kan* tapi semalam punye, mak masuk peti ais.

 Mangga belakang rumah. Buah ni terjatuh, jadi mak aku kutip. Belakang rumah aku ni macam-macam pokok mak aku tanam. Anaknya tau makan je..hehe!

 Air tembikai pasar ramadhan. Banyak hampas. tsk

Ulam raja, aku beli kat param. Ada pakcik ni dia bukak belakang van dia je, parking tepi param. Kuikui!

Itula 3 orang punye makanan.

**********************************************

Untuk cek beg korang still ada ke tak kat aku, boleh tegok kat sini k
Diskaun 20% Full version

Cepat sementara stok masih ada =)

4 comments:

Irfa said...

SEMALAM AKAK BELI IKAN PATIN TEMPOYAK DAN PATIN ASAM PEDAS TPI KEDUA2NYA BUANG JE..HANYIR TAHAP GABAN ;(

Siti (Butik Fatma) said...

ari tuh kita beli air tebu tapi rasa cam air lalang je-_-

sepet a.k.a zack_u said...

Irfa : Ikan sungai memang takut nak beli orang masak, sebab bukan semua orang masak sedap. ramai masak mesti hanyir

sepet a.k.a zack_u said...

Siti (Butik Fatma) : Air lalang? Hahaha! Lawok sangat