Raya Ke-2 Di Kampung (Jalan-jalan rumah Opah)

Hee, bukan main lama nak update raya ke-2 ken, aku sebenarnya rajin je nak update. Tapi aku malas nak edit gambar. Nak resize satu-satu, nak cari mana yang ok, nak letak watermark. Ada tak sistem yang kita upload gambar kita kat situ, dia dah siap setting kita punye size dengan watermark. Aku bukan malas okey (cover line) tapi aku nak tau la kot-kot ada sistem yang macam ni kan..hehe!

Raya ke-2 aku kaat kampung. Begini ceritanya. Plan family aku Abah, Emak, Abang, Ateh dengan aku naik satu kereta, bertolak lepas solat subuh. Andak pun sama. Akak pun lebih kurang jugak. Ceera pun balik Tronoh tapi dia dari Sabak Bernam, Ode pun bertolak tapi tak tau pukul berapa. Plan baik punye. Tetiba abah kata naik kereta 5 orang sempit. So dia nak tumpang Ode. 

Aku sampai Tronoh nak dekat pukul 10, lepas tu Abah call kata Ode tak sampai lagi. Kuikuikui! nasibla, begitulah hidup menumpang, hahaha! Aku kat rumah Opah boring sikit sebab Jemah, Ceera, Akak, tak sampai lagi. Sampai-sampai rumah Opah terus snap gambar kat cermin.

Sebab nak MMS Qery, Qery mesej2 aku nak tengok aku pakai baju apa haritu. Auw! Anje sangat nih...Windu i lettew *pitam*

Lepas tu aku jalan-jalan sekitar rumah Opah dengan Emak. Tengok buai ni, sebenarnya buai ni dah lama. Tapi Cik Intan cat balik warna putih, terus nampak baru dan menyelerakan
 Kenapa rumah Cik Intan banyak bunga?? Begini kisahnya. Cik Intan ni bekas Guru Besar, baru tahun ni pencen. Ko tau la sifat-sifat guru besar perempuan memang selalunya suka tanam pokok bunga. Dulu aku punye pengetua pun perempuan. Habis satu sekolah penuh bunga. Jadi bila Cik Intan suka bunga, memang aku paham sangat lah..hehe!

 Belakang rumah ada rumah kucing dengan rumah ayam, belah kanan tu kucing, belah kiri tu ayam. Jadi Cik Intan tak payah beli telur ayam. Ambik je kat belakang ni ha..

 Belakang rumah Cik Intan, ekceli rumah Opah rumah Cik Intan sama je la. Cik Intan ni adik emak aku. Dia yang jaga Opah dan dia jugakla yang jaga rumah ni. Ini semua tanah dia la. Orang kampung memang kaya dengan tanah kan..

 Ini tanah yang tak sempat Cik Intan nak majukan, sebab dia sorang je, itupun nasib baik ada orang gaji yang super rajin selalu tolong dia mencangkul semua.

 Pandangan rumah ayam dengan rumah kucing dari jauh, bukan tak nak panggil reban, tapi sebab dia besar sangat, dah macam rumah! Untunglaaaa kucing dengan ayam ni

 See? Banyak pokok kan..

 Rumah Opah dari depan. Tengok masa ni takde sapa lagi kat rumah kecuali kereta Myvi tu je. Teksi tu Ayah Cho punye, dia gi raya rumah orang lain time ni.

 Depan ni sebenarnya ada kedai runcit, tapi dah tutup sejak suami Cik Intan meninggal. Dulu arwah hasben dia yang jaga. Disebabkan Cik Intan tak ada anak, memang dah takde sapa la yang boleh jaga kedai ni, tutup terus.

 Tanah yang masih dalam pembikinan. Hehe!

 Tanam pegaga dalam pasu uols, senang, Daun pudina semua ada. Petik je kalau nak masak.

 Emak menunggu anak-anak yang lambat sangat nak sampai. Huhu!

 Kuih raya

 Alamari ni elok lagi, dari aku kecik agaknya dah berpuluh tahun dah.

 Cik Intan

 Aku tido kat sofa ni menunggu adik beradik. Takpe takde orang datang beraya, boleh la tido kejap.

 Pokok Ciku

 Belakang rumah

 Gambar atas buaian, a.k.a gambar profile picture kat faceboke. Ekekekeke!


Paksa mak amikkan gambar.

Nanti gambar dengan adik beradik pulak eh. Okey la bye!!
Terima kasih kerana membaca, hehe!

Comments

aku nama nora said…
sepet, nape x kabor nak blk raya tronoh..idak buleh le kite jumpe ngan tokey handbag hehe
shura shushi said…
Dear, TAK panas ke pakai jaket macam tu..?
tengok gambar sepet.

lari lari turun bawah bukak almari.

hoh! sama ngan baju opah kite la! :D

beli kat tesco hari tu :D
ada dik, kat www.picmonkey.com
akak edit gambar, buat watermark terus kat sini...
menyenangkan keja & jimatkan masa jugak...
gi terai eh....

bebila sudi jenguklah blog akak plak, erinhakim.blogspot.com