Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Aug 24, 2012

Persiapan takbir

Sepanjang aku lahir, memang rumah aku ni ada buat takbir. Aku tak sure la sejak bila mak ayah aku buat takbir, aku rasa masa kakak-kakak aku kecik, aku tak lahir lagi pun memang ada buat takbir. Lama jugak la kan. Aternya mak aku dah duduk sini dekat 45 tahun. Dah tuaaaa dah abang sulung aku tu. Huhu!

Korang tau tak takbir tu apa. Mana la tau korang ni orang bandar sangat kan sampai tak tau tu takbir apa, meh acik gitau. Takbir kat rumah aku ni macam ni. Lepas dorang solat Isya' kat masjid, dorang akan beramai-ramai konvoi ke rumah-rumah (yang nak buat takbir la). Sapa yang nak buat takbir? Tak kisah. Kalau kau ada duit lebih, rasa nak bersedekah, terus bagitau ketua yang mengetuai takbir tersebut. Huhu!

Rumah aku kalau raya aidilfitri adalah rumah last sekali. Itu yang kadang2 pukul satu pagi pun dorang tak kunjung tiba. Mengantuk sampai terlelap-lelap tunggu dorang sampai. Tapi kalau raya aidil adha, rumah aku rumah first. Adil gitu kampung i ni... =)

Nak dijadikan cerita, kitorang adik beradik memang macam biasa akan tolong mak masak kat dapur. Masak nasi himpit, rendang daging dengan sup tulang. Itu je. Dah senang sikit nak masak sebab rendang tak serumit masak laksa. Dulu rumah aku orang panggil rumah laksa. Sebab mak memang pandai masak laksa. Beberapa tahun ni mak dah tak larat nak masak. lagipun bahan nak masak laksa ni banyak gila. lepas tu lotih nak leraikan tulang ikan. Rendang senang sebab campak je semua. Gaulkan saja sampai masak. Hehe!

Eceh cite pung pang pung pang macam la aku pandai sangat masak kan. Aku tolong je. Tapi saja je buat-buat terer. Kuikuikui! Sup tulang aku tak blajar lagi. Sebab mak suka buat sup senyap-senyap. tetiba dah siap je. Kalau kita kuatkan api sup dia, marah sangat okey. Hahaha! Sebab sup kan api dia kena slow je. Kalau panas nanti daging dia hancur. Ekceli masak ni senang je. Antara nak dengan tak nak je. Kalau ko rajin turun dapur, ko tau la. Kalau ko tak berapa nak rajin turun dapur, google ajelah resepi kat internet. Apa susah ye tak. Huhu!

Suasana takbir kat rumah. Aku tak snap gambar banyak sangat. Sebab bila ada masa sikit main game kat fon.

Ini masa nak berbuka hari last tu. Masak tomyam, sambal jering, dengan kerabu. lepas tu makan sekali sup yang masak untuk raya, rendang pun bedal.

Selalunya kalau takbir, kitorang buat 4 5 hidang, hidangkan kat tengah-tengah, jap ni tahun lepas punya takbir. macam ni la kitorang akan hidangkan..

Tapi disebabkan semua orang pun dah tak berapa nak rajin untuk hidang dan kemas semua ni, aku dan kaklang telah memcadangkan kita buat buffet aje. lagipun set buffet memang ada. Lagi senang macam tu kan. Tak payah susah-susah nak basuh pinggan kemain banyak. Oh terima kasih akak sebab tolong kita basuh pinggan malam itew. Hehe!

Ini tahun ni punye takbir, dah takde nak hidang macam dulu. Tak koser. Mak aku pun cakap, next year and so on kita buat buffet aje. Lagipun dah takde anak dara lagi kat rumah tu tahun depan. Der? Konfiden iols..hahahahha!

Okey la, nanti u update hari raya pertama k. Bubbye!!

2 comments:

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

bestnya org dtg bertakbir kat rumah...meriah sgt...payah nak cari situasi gini kt KL kan? Selalu kt kampung2 la...
Selamat hari raya utk sepet sekeluarga... Korang seba biru turqoise, akak punye family pulak serba kuning keemasan....hambekkk....nak raya punye pasal kann:-)

Aida Effarina said...

hepi eidulfitri sis sepeettttt. nak duit raya jugaakkk :P