Followers

nuffnang

My Blog List

  • Cleanser By Seqy Beauty - Assalamualaikum dan Salam sejahtera. SQB sekali lagi mengeluarkan produk terbaru iaitu 'Cleanser by SeQy Beauty'. Setelah kami edarkan sample Cleanser SQB...
    2 days ago

Aug 9, 2012

Soalan PJK Tahun 5? PJK????

Semalam otw nak balik tu, kitorang singgah Old Town minum minum. Sebab Qery nak buat kerja sikit. Dalam kereta dia borak dengan aku..

Q : Kamu buat soalan PJK yang kita buat nak tak?

Gulp?? PJK? Dia tak tau ke aku ni apa pun tak boleh masa sekolah dulu. Lagi-lagi Bab PJK ni. Oh stress

S : Kamu buat soalan? Senang ke susah? *hehe! Tanya dulu*
Q : Kite nak tengok kamu lulus ke tak? PJK kamu kan memang ke laut.

Kong ajo. Ko dah tau PJK aku ke laut lagi mau aku jawab. Tapi disebabkan untuk darjah 5, takkan la aku nak memalukan diri sendiri. Atleast lulus la kan. Kuikuikui! Target adalah lulus. Tak tau hentam. Set!

Sampai-sampai Old Town terus buat. Qery siap bagi masa. Benci. Tak payah la sampai bagi masa kan. Lagi la aku kejap-kejap tengok jam. Erghhhh!

 Aku kan tak nak kalah, mesti la tahun 5 yang paling pandai sekali. Ngeh ngeh ngeh

 Ko tau? Soalan satu aku dah blur, OMG! Kerut-kerut dahi aku..

Acara balapan? Balapan? Wtf?? Aku terus terbayang acara lari yang ada lompat-lompat tu. yang ada palang tu. Lari berpagar la kan? Kenapa aku ingat yang tu? Sebab aku syak benda tu kena 8 kali lompat. Suka hati aku je. So jawapan yang paling dekat adalah D. Lepas tu macam familiar je acara balapan larian, acara balapan lari-lari. Tak pernah pulak dengar acara balapan lompat-lompat. Okey kompom D. Bongok betul balapan pun tak tau

Yang ni kompom senang, sebab jawapan dah ada tinggal isi je. Cer kalau takde jawapan. Aku hentam je nama-nama dia. Lantakkan..hehe!

Gaya Gunting? Macam mana tu? Lompat lepas tu kaki kepit macam gunting? Tiruk? Fosbury? Bury bury macam kebumi je. Atau tengah lari-lari baring macam orang nak kebumikan? Pelana? Stress! Ok hentam. Haha!

Oh? Aku punye la baca 4 5 kali, sambil bayangkan, Naikkan punggung, rapatkan dagu. Nak try tapi kat old town pulak. Terbayang2 aku. Jadi jawap guling ke depan je.

Yang ni aku langsung tak tau. Aku pernah dengar orang kata. Servis je, servis! Tapi aku rasa nak jawab menyangga. Sebab nama menyangga tu nampak best. Tapi aku takut salah dan Qery gelakkan aku. Rupanya memang jawapan dia menyangga. Shit!

Plat? Sekolah aku dulu ada permainan soft ball, tapi aku kan tukang sorak je mana aku tau ko guna apa, tapi aku tau la kena pakai glof kan. Plat macam pelik. No Plat kereta aku tau la.

 Otot belakang peha? OMG mana i tau!! nyanyi lagu bapaku pulang dari kota sambil tangan tekan  a b c d (ini nak hemtam) so last berenti kat huruf B. Baiklah bulatkan je.

 Ihtilam? Watisdis??? sebab nyanyi lagu yang sama, jadi jawapan dia still berenti kat B. hahaha!

Aku suruh Qery cek. Berdebar ni. Qery kata atleast aku kena dapat A. Ewah! Tadi aku target Lulus je la pakcik. Tetiba nak A kan. Amboiii dia tu... Not fair not fair! Takpe, baca bismillah...Aku rasa soalan dia takde la susah sangat.. Sebab aku tak baca buku dan aku tak suka PJK. Ofkos la tetiba suruh aku jawab kan. Cer aku baca, kompom sap sap sui. Ken?? haha!

S : Senang kan soalan ni (berlagak habis padahal asik nyanyi bapaku pulang dari kota.. kahkahkah)
Q : Susah la ni, ini selalu budak tak boleh jawab.
S : Serius? (buat muka tak boleh percaya padahal soalan no 1 pun aku nak mencarut-carut)

Lakonan harus mantap okey. Qery cek aku punye gelak terbahak-bahak kalau aku jawab salah. Sentap mak nak. Pasal servis la, kompom la salah servis. Pasal Ihtilam la. Malas nak layan. And markah aku..


OMG OMG! 90%! Macam tak percaya. hahaha! Qery pun macam tak percaya. Euw! Kompom la A1 kan. Balik tu terus berlagak dengan Qery

S : Tengok nanti ada tak anak murid kamu boleh mengatasi kepandaian kita (tahap tahun 5 aku ni, haha)
Q : Berlagaknya

Pagi tadi............aku dapat mesej......

Q : Kita dah cek, kamu salah lagi dua soalan. so markah kamu yang sebenar 86% je.

Aku baca, terus delete mesej tu. Tak dapat terima kenyataan.

Soalan PJK bagi aku jawab? Aku dah la bodoh bab-bab PJK ni kan. Darjah 5 punye pun tak boleh jawab. Malu iolsss

11 comments:

RieNa said...

pic no 5. soalan no 3. manakah antara berikut bukan acara TOMPAT TINGGI?

APA TU TOMPAT TINGGI?lompat tinggi tau la..hahaha cikgu pun salah daaaa...

Mimi Sharif said...

Kalau ada budak sek qery bca blog sepet, depa dh dpt hint dh!
Soklan bocor! :)

qery said...

cik reena : kesalahan ejaan tu dah diperbetulkan.cikgu pun manusia ada buat salah jugak =)

saidatul maria said...

sepet....

hahaha....uols mmg selalu menceriakan hari :)

Filla ~ Kasihs said...

Hahahaaaa haku pon x leh terima hakikat....darjah 5 nye soklan mcm tu? Kalau tingkatan 5 confirm i olls dapat E.... Kemain susah la qery oiiiii...kalau soklan main teng2 ok la...hihihhi

Miss Uya said...

Gambar muka berkerut nak jawab soo innocent! Hehe

sharifah rosidah said...

Hahaha Qery nak tengok bakal isteri dia ni pandai ke tak, tapi serius 86% tu kira dah bagus lah nampak nya dah boleh masuk hantar rombongan meminang lah.

sepet a.k.a zack_u said...

riena : qery memang manja dgn anak murid dia. memang dia panggil tompat tompat. kan anje tangat. hahaha!

mimi : dorg da lepas exam ni. tu yg brani kuarkan..huhu

Siti (Butik Fatma) said...

heheheh...
macam2 la kowg ni.sweet sgt tau^_6

Aida Effarina said...

sis buat sy jadi gilerr kejap, dok sengih2 sorang2 depan PC kat cc kampus ni. haha so funny okeyhhh :P

nurulizzah said...

nasib baik zaman skolah dulu takde PJK test.kalau ada,ginilah gamaknya.kuikuikui