Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Aug 13, 2012

Gotong Royong lap tingkap pasang langsir rumah Opah

Sabtu lepas adik beradik aku plan nak balik rumah aku "rumah opah" sebab semua anak buah aku panggil mak aku Opah. Aternye mak aku lahir Perak nun. So terbawak la panggilan opah tu. Aku tak sure la nanti kalau aku ada cucu, dorang panggil aku opah ke nanny *ewah nak nanny, biasalah i lahir kat London* matiklah cakap macam ni, hahaha!

Secara tetiba kakcik tak jadi balik sebab orang yang buat bumbung rumah dia tu tak boleh siap. So dia kena tunggu sampai orang tu siapkan. Ekceli yang buat bumbung rumah dia tu jiran aku je. Yang dulu cat rumah aku ni. Sebab dia je yang boleh dipercayai dan murah. So harus la panggil dia je. 

Lepas tu Kaklang pulak kitorang ingatkan dia nak berbuka kat rumah sekali. Rupanya dia berbuka kat luar sambut befday Ajoi, lepas tu dorang shopping kejap kat IOI Mall, lepas tu baru datang rumah opahnye.. Yang abah aku ni dah beli macam-macam suruh mak aku masak. Akak aku pulak gi rebonding rambut angah, pukul 7 lebih baru siap. So dorang lambat sikit la baru sampai. Yang sampai before berbuka adalah family Ode dengan Andak je.

Nak dijadikan cerita, family kaklang sampai rumah aku dalam pukul 11 lebih macam tu la. Masa tu lauk semua dah habis. Tetiba dorang ni bergotong royong nak lap tingkap and pasang langsir rumah aku. Alhamdulillah. Kurang sikit kerja aku..kuikuikui!

 Ajoi, anoi pun sibuk je nak lap.

 Pakteh / Ateh

 Ajai

 Kaklang tengah pasang besi yang nak sangkut tu, aku tak tau nama dia apa.

Langsir ni semua mak aku jahit. Mak tanya nanti aku kawin nak langsir warna apa. Aku malas nak layan..kuikui!

Sementara dorang gotong royong, aku dengan mak masak nasi goreng. Sebab kesian masing2 muka nampak macam lapar. Lepas tu haus. So kita masak aje, lagipun nasi tu banyak sangat satu periuk lagi. 

Sambil makan tu aku suruh Ajoi dengan Ajai main game ni kat fon aku.

Aku tiap-tiap malam main game ni. Yang arcade punya dah setel *berlagak iols*, yang classic punye pun malas dah nak main. Sekarang ni gila main mineral tu. 

Ko kena pecahkan batu kat bawah tu la. So markah aku 235200, perlu bagitau kat sini kan, kahkahkah! Aku cakap dengan Ajoi dengan Ajai

"kalau korang boleh lawan high score maksu, duit raya maksu bagi lebih"

Kelam kabut masing2 main, hahaha! Sampai takde bateri. Dekat 2 pagi baru dorang balik rumah. Tapi still tak boleh lawan la. Ajai sedih sangat dia. haha! Takpe Ajai, balik rumah main kat handfon mama, kalau lebih dari markah maksu, printscreen k. Tag kat facebook.

Ceera lagi teruk, balik rumah aku je. Tak segan silu amik fon aku terus main game ni. Tapi dia main yang arcade punye la. Korang yang ada game ni kompom tak leh benti kan. Kalau aku rabun ni, tau sangatla sebab apa...hehe!

2 comments:

sharifah rosidah said...

Seronok ramai adik beradik, wat kerja gotong royong tak terasa penat, ni ha rumah aunty dua ketul je yang bersih kan rumah rasa nak pengsan dah ni.

sepet a.k.a zack_u said...

sharifah rosidah: dua orang je? Upah la orang aunty, aunty jangan buat kerja teruk sangat, nanti raya takde tenaga..