Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Aug 29, 2012

Kibarkan Jalur Gemilang

Nak dijadikan cerita. Kawasan rumah aku ni macam kampung kann. Rumah Lot. Tapi kebanyakkan rumah kat sini pemilik buat sewa. Ada la kat lorong aku ni dalam 10 11 buah rumah orang indonesia yang sewa. Sedangkan rumah sewa abah aku tu pun sewakan kat orang Indonesia. Tapi dorang semua ada permit la. Nak dikatakan anak-anak dorang ni pun agaknya dah dapat warganegara dah. Wallahualam aku pun tak tau. Tapi ada certain anak dorang ni dah cakap Melayu kita. Maybe kat sekolah berkawan dengan orang Melayu kan. 

Tapi jenis budak-budak kan suka cakap kuat-kuat. Anak buah aku kalau berborak macam guna speaker. Sakit telinga aku. Kalau ko nak tengok tv, kompom kau berbulu je sebab kalau ko kuatkan volume pun still suara budak2 ni kuat. Nasib la budak. 

Lepas tu budak-budak area rumah aku ni, *aku tak nak la cakap budak Indonesia ke apa sebab sensitifkan, huhu* dorang suka main kat jalan raya. Cakap pulak memang kuat habis la. Ko tau la kan pekat je dialag dorang. Aku dah tau sangat, start pukul 4 5 6 7 dorang akan main kat jalan raya, main bola, main buaian kat rumah orang. kadang2 dorang main bola sampai kena pasu bunga mak aku. Aku senang, keluar dan sound je budak2 tu. Hahaha! Ayat aku seperti

'Korang dah tak ada tempat lain ke nak main!'
'Pergi main kat rumah korang!'

Sangat makcik kan. Hahaha! Bukan apa, mentang2 laman rumah aku besar. Dorang boleh nak main bola la. Lepas tu rosak pokok2 mak aku. Lagi kesian jiran aku. Buai dia tu nak roboh nak aku tengok dorang kerjakan. Mak masing2 takde pulak nak marah anak dia ke apa. Aku dulu pun main jugak, tapi takde la sampai main kat rumah orang ken. Mak aku kalau aku main rumah orang pun dia marah. Tapi aku dulu tak buas sangat, aku banyak lepak kat rumah teman mak aku jahit baju. *cea nak up diri sendiri* haha!

Nak dikatakan, apa yang dorang buat, aku rasa annoying gila. Hahahaha! lagi satu bahasa yang dorang gunakan. Dorang mencarut, anak-anak mencarut, selamber badak je. Kalau anak buah aku memang dah kena tepuk mulut tu. Aku memang pantang sikit. Qery cakap 'bodoh' pun kena lempang dengan aku. Rasakan...Aku tak suka. Even dalam blog aku mencarut WTF bagai, tapi aku tak cakap. haha! Walaupun macam sama dengan je kan. Kuikui! Tulis takpe, kau dah sampai nak cakap, merasa la tapak tangan aku kat muka kau.

Tapi....dalam keadaan dorang macam tu. Ada jugak membuatkan aku rasa tersedar seketika. Semalam time tengah syok-syok aku update blog main facebook. Tetiba budak-budak tu macam biasa main kat jalan raya depan rumah aku ni. Tapi harini dorang bawak bendera Malaysia sambil lari-lari nyanyi lagu

'Tanggal 31, bulan , 57. Merdeka, Merdeka......'

Aku rasa macam...sedangkan emak ayah dia bukan dari Malaysia, *tapi aku agak anak-anak maybe warganegara la kan sebab lahir sini* Dorang bukan main bersemangat lagi nak sambut Merdeka. Aku tau kita tengah sibuk nak raya lagi, open house sana sini. Tapi tak salah kan kalau kita ada semangat nak sambut merdeka. Inikan negara kita. Kita kan lahir kat sini. Mak ayah kita lahir kat sini. Atok Nenek Moyang kita semua lahir kat sini. Tanah yang kita duduk sekarang ni kan tanah negara kita. 

Aku ni nak kata menyumbang kat Malaysia tu tak de la sangat. Tak kisah la kau pangkah BN ke, engkau pangkah PAS ke, DAP ke, kite tetap rakyat Malaysia kan. Kite membesar kat negara yang cukup aman, cukup makan, segalanya cukup la. Jadi marilah kite bersemangat untuk sambut Merdeka yang ke 55 ni. Ingatlah perjuangan kite belum selesai... =)

Dengan ini, aku yang sedikit malu dengan budak-budak tadi terus save gambar bendera Malaysia lalu letak kat Timeline facebook. Walaupun aku rasa semak je Timeline ni, tapi kadang2 berguna jugak. Hehe!


Saya dah letak bendera kat facebook saya. Korang bila lagi???

No comments: