Semalam malam, Qery call kata windu. Ouch! Hahaha! Geli ke korang? Aku okey je. Lalalalala~~~
Aku dengan Qery ni nak kata macam pasangan kekasih yang memanjang berkasih tu takde la. Kitorang ni sebenarnya macam kawan baik, adik abang (Euw!). Kalau aku manja-manja tu contohnya macam cakap manja-manja. Ko paham tak?
'Kamu ni gawaaaaannnggg je, tak anjeee pun'
Okey yang ni lebih kepada fasa gedik OMG, haha! Terasa umur i baru lepas SPM bila cakap macam tu. Tapi Qery pun samaaaa je. Dia pun gedik nak cakap anje-anje macam aku. Takpe aku rasa dia comel je. *mata ke atas*
Tapi selalunya kalau kat depan orang (yang kitorang kenal), kitorang akan bersikap rasioanal. Haha! Takde la over gedik ke apa kan. Tapi still la aku je yang over. Sebab aku tak boleh ubah la. Aku memang dari kecik cara cakap macam tu. Memang gedik. Qery pulak biasa la garang-garang sebab dia kan anak sulung. Plus dia cikgu. Dia dah biasa buat muka serius. Aku tak boleh. Selalu kena marah dengan Qery sebab buat muka anjeee kat orang lain. Kuikuikui! I tak sengaja u..Maafkanlah...
Selalu aku sharing cerita dengan dia, benda tu even rahsia pun aku akan cite kat dia. Hahaha! Kalau Ceera datang rumah aku akan cite kat Ceera. Ceera kalau dia nak pecahkan rahsia pun kat Ciput je. Huhu! Lagipun dia je la yang dekat umur dengan aku kan. Even 6 tahun pun. Jemah tu jauh nau kat Somban. Dulu selalu gak cite-cite kat dia. Akak-akak lain tu semua masuk fasa makcik dah, tak nak kawan. Boleh? Hahaha!
Takde la, kakak-kakak aku yang makcik tu semua mulut besar tak boleh simpan rahsia. Dush! Ko bgtau sorang, habis cerita tersebar kat wassap. Kau nak?? Huhu! Aku ni kalau benda tu betul-betul perlu dirahsiakan, aku akan rahsiakan. Macam tu la. Kalau macam rahsia 'baju kau saiz L' Memang maaflah. Aku akan war-warkan kat blog. hahahha!
Dah merewang, sebenarnya aku nak cerita pasal malam semalam. Qery kata dia windu i kan. So dia kol 3 4 kali jugak la.. Dia nak jumpa kawan dia kat luar. So dia boring dia kol aku. Sampai la jumpa kawan dia. Lepas tu dia kol lagi..masa ni pukul 12 lebih pagi kot.
Q : Kamu lapar tak?
S : Takde la lapar sangat, kita makan banyak tadi
Q : Nak MacD?
S : Kamu tak penat ke patah balik rumah kita?
Q : Tak nak ke?
S : Rindu kita eh? Tomeinya iye tu *pitam*
Q : Hikhik! Nak tak?
S : Boleh? Kita nak bubur ayam dengan air gas
Q : Okey, nanti kita hantar rumah kamu
S : Kite nak dengan kasih sayang sekali eh..
Lalalalalala~~ I kan manje.
Lepas tu aku masuk bilik berangan sambil nyanyi lagu Siti. Menunggu Qery tak kunjung tiba. Dalam pukul 1 lebih dengar bunyi kete dia. Terus cecepat lari kuar rumah.
Q : Cantiknya kamu, windu oh oh
S : *blushing, percayalah daku ada sifat pemalu, haha* Yeke? *sambil buat pusingan 360darjah untuk kembangkan skirt, yang ni tipu*
Q : Hehe! Ni kamu punya bubur dengan air.
S : Kamu beli air je? Tak makan pape? Diet eh?
Q : Tak la, kite dah kenyang.
S : Okey la kita masuk rumah dulu eh. Ati-ati k, bye! *sambil buat mulut muncung konon2 kish kish dan kenyit mata sebelah, pasti aku comel sekali, teeettttttt! haha*
Tapi Qery malas nak layan aku dia jelingkan aje. Sobs... Masuk rumah cecepat kunci pintu. Masuk bilik. Terus bukak bubur ayam, pastu ternampak nugget ni. Aku rasa Qery tertinggal nugget dia dalam bungkusan ni. So aku terus call dia.
S : Hello! Kamu kat mana da? Jauh eh?
Q : Hehe! Nugget tu kamu punya. Itu kasih sayang kite...
*terus rasa terbang di awang-awangan, kahkahkah* Macam tau-tau je aku nak tanya pasal nugget
S : Olo sweetnya. Kita ingat kamu punye tertinggal. Baru nak suruh kamu patah balik amik.
Q : Tak la, makan kenyang-kenyang k.
S : Okey!
Q : IloveU
S : Omiomiomio....tak boleh tido malam kita macam ni.
Der? Lena je aku tido malam tu sebab kekenyangan. Hahaha!
Makanan yang aku order. Habis bubur ni. Dah la size large. Gemok la aku.
Nugget kasih sayang tadi. Pun habis. Sebab Qery kata nugget tu penuh kasih sayang. Terpaksa i habiskan. Padahal memang kuat makan!
Lain rasa dia kalau boifren yang delivery berbanding abang MacD yang delivery sendiri. Okey aku tau aku macam poyo. Haha! Padahal sama je kan rasa dia. Aku terus mesej Qery
S : Kamu dah sampai rumah?
Q : Belum, tadi kita singgah petronas sebab nak beli topup
S : Kita dah habis kan MacD kamu tak sampai lagi?
Ok sekarang korang nak cakap aku makan gelojoh?
Kbye!
10 comments:
aku taktau nak cakap ape, ko comel ke Qery yang comel? hahaa
Eeee mengada. *jeling..
haha ayat smue xmenahan..sakit perut gelakk..
both of u are so sweet...bila nak kawen?teringat zaman i cintan cintun dgn my hubby dulu2 bila baca story uolls...;))
alamakkkk saper nak belikan bubur mcD ngan nugget utk ai nak sahur kang.. x per.. x per.. ko tunggu dah kawin.. nak tak qery belikan.. kahkahkah.....
hahaha..ceera jeles tu..x per2 nnt suh ciput belikan ek..tomei la korang berdua ni..
Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P : Takkan la Qery comel. Euw! huhu!
ceera : Biaaa aaaa
Chikova_Airashii : Nasib sakit perut je, kalau sakit kaki takleh shopping pulak..hehe!
faizah : Nak kawin saya jemput yeahhhh!
Filla ~ Kasihs : Kak, kompom la belikan, saya kan puteri santubong. *libas tudung*
mamafarah4 : Ceera memang pendengki berwibawa. sy je comei, qery tak. *mata ke atas*
sweet nya tengok korang!! jeles nya!! haha..semoga berkekalan! :)
kecemburuan jelas teryata kepada kamu berdua!!dush3
Alololo.. Suwittt!! :P
Post a Comment