Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Aug 5, 2012

Juada berbuka hari ke 14

Aku selalu cakap kat mak aku, masak cukup-cukup je. Jangan membazir. Kalau masak banyak sangat, bila nak diet. Ewah poyo dapat anak cenggini. Bukan apa. Manusia dalam rumah ni bukan banyak sangat. Tapi nafsu berapa orang ni memang macam nafsu 10 orang. Hehe!

Selalu mak akan tanya, ikan 2 ekor cukup? Sayur nak banyak mana? Nak goreng ikan lagi tak? Selalu aku akan cakap 'cukup' 'dah tu' 'jangan masak banyak, buang kang rugi' jadi hasil masak tunuk 6 orang semalam =) 

 Sayur = Aku masak, tapi emak yang potong sayur semua. Aku tinggal campak dalam kuali je. Heee

 Bubur lambuk, abah ambik kat masjid

Sambal kepah. Aku beli kepah. Tetiba nak beli kepah. Mula-mula nak beli kepah yang ada dengan cengkerang tu. orang panggil Tiram eh? Yang besar gabak tu. Tapi takut mak tak suka. Tapi tanya mak haritu, dia kata sedap. So lepas ni boleh beli.

 Ikan goreng berlada. Aku tak tau la betul ke tak namanya. Mak aku goreng dulu ikan. Yang cili bawang semua tumis lain. Lepas tu gaul je dengan ikan. 

 Kuih ode beli kat param

Ulam, yang resberi, resberi kan nama dia? Mak aku tanam. Buat ulam. Aku tak makan, kecuali la kalau dia masuk dalam kerabu. Aku telan je..

Air asam, cicah dengan ikan goreng. Mak aku goreng 3 ketul, tak sempat snap gambar. Sebab dah berebut nak kaut lauk masuk pinggan. He He He. Diet konon. Boleh bla.

Air pun tak sempat snap. 

Korang kalau masak, masak berpada-pada je k. Agak-agak boleh habis malam tu jugak. Sebab kalau korang simpan lauk tu, esok nak makan mesti dah tak best. Sebab ko mesti nak lauk baru je. kecuali la kalau ko tak puasa. Huhu! Kbye!

3 comments:

cik chinta said...

lauk simple. tp sme nye sedp2. ske la

hafiz hafizol said...

sedapnye awak... nak bubur lambukk

sepet a.k.a zack_u said...

cik chinta : Sedap la kalau mak yang masak, kalau anak dia yang masak, kucing pun tak lalu makan..hehe!

Hafiz hafizol : Sedap kan, tak tau la sapa masak kat masjid tu..hehe!