Aug 18, 2012

Baju kurung sekarang mahal gila, kenapa?

Khamis lepas plan nak gi Jalan TAR. Khamis kan dah start cuti sekolah. Jadi Qery pun dah cuti lah. Tu yang beriye-iye nak pergi. Tapi fikir 80 kali. Tak jadi. Sebab aku dengan Qery ni memang tak ada kesabaran yang tinggi. Aku boleh je sebenarnya, Qery ni tak boleh. Kadang2 aku jalan slow-slow nak tengok, nanti dia suruh aku jalan cepat. Acane? Dia jenis tak selesa kalau beli tempat sesak-sesak macam tu dengan aku. Takut orang amik kesempatan ke apa aku pun tak tau. Tapi dia elok je gi sana dua hari berturut-turut dengan family dia. Lantak ko lah. Asalkan baju raya aku ada cukup. Huhu!

Pikio punye pikio, ambik keputusan pergi PKNS je. Kitorang ni memang la kuat merayap. Tapi merayap pun kat tempat yang sama la. Jadi tak tau mana tempat best untuk shopping. Sapa yang kaki shopping tu memang dia dah hafal kot jalan KL ni. Masuk la jalan mana pun, dorang takde hal. Dorang tau kat mana jual tudung best, mana jual baju best, mana jual seluar best. Gila hebat. Aku dengan Qery memang tak ditakdirkan menjadi orang seperti itu. Dua-dua buta jalan. Haha!

Kalau tak PKNS, mesti SACC. Haha! Depan belakang je. Tiap-tiap tahun gi sini. Tapi tahun ni pergi macam kurang menarik la. Baju dia cantik, tapi mahal gila. Baju yang RM50 pun ada, tapi stok yang buruk gila, bibik ko pun belum tentu nak pakai. Aku ni bukan la orang kaya gila nak beli maju mahal-mahal kan. Dua ratus ke bawah boleh la lagi. Tapi aku dah fikir nak beli baju seratus ke bawah je. Sebab ini baju raya hari ke dua. Raya kedua tak payah nak over sangat. 

Lepas tu aku tak nak beli mahal sangat sebab aku pakai time raya je. Aku bukan kerja lagi. Kalau tak, boleh la pakai gi kerja kan. Jadi beli murah je. Kalau tak pakai takde la rasa sayang/membazir sangat kan. Kau bukan orang kaya Zuhana. Fine *sambil cek purse nipis, sobs*

Lalu 2 round, satu pun tak berkenan. Tahun ni punya baju raya macam takde design baru kan. Sama je macam tahun lepas. Lebih mengarut pun ada. Jadi aku tak beli. Lepas tu frust. Pergi la tesco Shah Alam. Baju lebih kurang dengan kat PKNS, tapi harga ofkos la lagi murah kan. Dan lebih banyak choice. Keraskan hati beli jugak walaupun biasa-biasa je. Sebab aku malas nak fikir dah.

Baju raya pertama yang aku tempah tu katanya siap pagi Ahad, tapi aku tak tau la dah siap ke belum. Harapnya dah la ye. Kalau tak siap jugak malam ni aku gi la Jalan TAR. Beli je baju pape yang ada. Oih mood nak raya haprak gila kan. hahaha!

Harini last day puasa. Rumah aku ada buat takbir. Jadi harini kompom bertungkus lumus memasak. Nanti lah entry-entry ni maybe after raya baru aku update eh. Kla aku dah ngantuk (update ni tengah pukul 2 pagi, i buat schedule entry you) Dah tak boleh fikir sangat. Nak tido. Da letih.
Kbye!

Baju from Whitesoot
(poyo nak pakai baju ni time raya, aku tak tahan okey nak pakai baju baru.huhu)


Love - Sepet

4 comments:

Hanna said...

betul! baju-baju skrg ni design simple2 pon mahal.

Lelaki said...

biasala ...mana ada yg murah lagi la ni...

Unknown said...

xde yg murah zaman nie, nak masuk toilet pon 50sen.haha btw, selamat hari raya :D

Que said...

cantik plak baju coklat tu.. =)