Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Aug 28, 2012

Raya Ke-2 Di Kampung (Kunjung Sanak Saudara)

 Setelah semua sampai kat rumah Opah, kitorang pun bergerak la ke rumah mak sedara ataupun rumah Nenek (Rumah Arwah Nenek). Untuk sapa-sapa yang tak tau, Opah tu adalah Emak kepada Emak aku, Kalau Nenek pulak, Emak kepada Abah aku. Tapi Arwah Nenek dengan Atok dah tak ada. Kitorang melawat la mak/ayah saudara yang jaga rumah arwah nenek. 

 Sebelah Ode tu abang abah aku, kitorang panggil dia Ayah. Wife dia kitorang panggil Emak. Tiap2 tahun memang akan datang melawat dorang ni. Muka ayah dengan abah sama je.

 Abangah tengah melayan Abang Arip (anak Ayah). Kitorang sebenarnya nak makan laksa, sebab selalu kalau beraya rumah Ayah mesti dapat makan laksa. Tapi tak dapat. Kempunannnnn i. Tapi takpe sebab dapat makan kuih konflek yang sedap itu.

Tak lama lepas tu, kite gi rumah kedua pulak. Belakang rumah Ayah je.

Rumah Cik Faridah. Tak lama pun kitorang lepak sebab rumah dia takde orang. Kesian pulak kat dia nak buat air untuk semua orang kan. Lagipun sebelum pasu rumah Cik Faridah pecah dimain olah anak buah aku, baiklah kita beredar. hahaha! Takde la, kitorang nak cepat sebab nak gi rumah Ayah Cik. Kami memang behave. Percayalah.

Ayahcik ni adik mak. Anak dia ada sorang laki tu sebaya dengan aku tau. Tapi anak dia lagi pandai dari aku la. Dulu aku boring gila, tiap2 tahun mesti ayahcik tanya result exam aku, nak banding dengan anak dia lettew. Anak dia Doktor Kanak-Kanak. Aku memangla tak berapa nak pandai untuk jadi doktor. Sobsss

 Emak dan Andak

 Keisha dan Mia


 Hakim Ottomen

 Weolssss

Lepas tu kelam kabut balik rumah sebab ada orang datang rumah Opah. Kitorang sambung raya lepas isya' saja. Pergi rumah Maklong dengan Usu
Keisha asik nak dukung aje

Malam tu aku sebenarnya malas nak tukar baju, ingat nak pakai je baju raya ungu tu. Tapi sebab Ceera dengan Jemah kata dorang tuka baju. Aku pun join la sekali. Nanti nampak macam takde baju baru pulak kan. Cite gebang-gebang ada 10 helai baju omputih. Huhu!

 Jumpsuit dari Whitesoot


 Sampai-sampai rumah maklong terus makan. Maklong masak Bihun Sup, ada kuah kari, ada lemang. Terbaik lah!

Maklong saya, kakak emak. Emak anak kedua. Muka sama.

Lepas balang kat rumah maklong pecah, si Qayyum buat, baru reti nak bangun balik, hahahaha! Kong ajo sangat. Kita gi beraya rumah Usu pulak.

Tapi malangnya Usu takde. yang ada Rizal je. Jadi kita lepak kejap sambil snap gambar.






Anak buah aku punye tudung tu beli kat mak aku je RM10, tudung bawal pelangi eh namanya.

Itulah saja kunjungan pada hari raya ke-2.

No comments: